Wednesday, 31 March 2010

aku cemburu..

aku cemburu bila orang lain berada jauh di atas aku dalam pelajaran. yaa, sejak sekolah rendah aku suka bersaing dalam belajar dan aku rasa itu motivasi yang bagus.

aku cemburu pada perempuan cantik yang bertudung, berpelajaran, bergaya, disenangi, hidup senang, berjaya dan bahagia. perfect.

aku cemburu bila Shahir puji perempuan itu ini cantik. dan buat masa ini aku hanya cemburu pada Lisa Surihani. -___-"

aku cemburu pada ibu-ibu yang ada anak comel gila. aku nak jugak ! dah siap prepare nama lagi beb. psycho gila. ehem, bukan nama-nama yang nak ke ala-ala mat salleh, bukan. aku suka nama 4 sahabat Rasulullah saw.. sedap, simple dan bermakna.

aku cemburu bila orang lain mampu bangun pagi solat, baca al-Quran, zikir dan semua. tapi mereka masih mampu bersosial dan berdunia. sedangkan aku buat-buat pejam mata.

aku cemburu pada orang yang mampu bersabar, bertenang dan tersenyum walaupun seribu macam masalah melanda. dan dia masih utuh tanpa melatah walau sedikit.

aku cemburu bila tengah asyik membeli-belah, duit telah habis sedangkan duit teman shopping (kakak) masih banyak. dan aku hanya mampu melihat serta membodek. HAHA

aku cemburu pada mereka yang punya nama, punya pangkat, punya harta, dan segalanya, namun masih merendah diri. tidak riak apatah menunjuk-nunjuk.


okay, cemburu aku hanya untuk ini dan setakat ini. pergi dulu !

hari ini.

hari ini macam-macam situasi dah aku lalui. bekerja kadang kala menyeronokkan. bosan dan penat tu kena hadap laa..

apa-apa pon, aku suka dikelilingi baju-baju cantik walaupun aku memang jarang pakai baju kurung. rasa puas bila tengok orang pakai lawa-lawa. manis..

tengah hari tadi Shahir datang kedai hantar nasi. wahh. mana nak cari boyfriend macam ni.. hari tu hantar pizza. bagus ni, bagus. teruskan pencapaian cemerlang anda. lagipun memang setiap kali waktu rehat kami keluar lunch. lepas tu masuk kedai lewat. sangat tak berdisiplin.

dan tadi ada customer gerak aku tidur. HAHA. gila malu. nampak sangat tak berdisiplin. tapi nasib baik makcik tu baik, ramah sangat. suka.. cantik pulak tu..

bila kedai lenggang, aku bersembang dengan Cik Pah. kuat bercerita Cik Pah ni. aku nak message pon tak senang. tapi takpa. aku suka mendengar. apa dia cakap, nasihat dan puji-pujian tu aku ambil iktibar. yaa, apa orang kata, yang tua lebih dulu makan garam.

okay. sudah-sudah laa membuat sampah. tak sabar menanti hari Sabtu. last kerja ! Ahad dah boleh bangun lewat. HAHA. baru berapa hari kerja aku dah bosan gila. ntah apa jenis manusia aku ni. okay, okay. jumpa lagi!

award from Kak Anati.

" The most beautiful things in the world cannot be seen or even touched,
they must be felt with the heart.
" Helen Keller



You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause I'll never be with you.


wahh, kemain. beautiful blogger lagi tu. beauty-fool mungkin laah jugak. bagi aku, cantik itu abstrak. biar hodoh di wajah, cantik dek santun.


1. thanks link the person that give you award
http://anatiii.blogspot.com/
thanks Kak Anati ! :)


2.pass this award to 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic
Atiq
Mierah
Kak Myra
Fathin
Nia
Ena

3. contact the blogger about the award

done ! mostly via plurk.

4. state 7 things about yourself

- semua perempuan suka shopping. so do I. boleh habiskan semua duit dalam purse tanpa rasa menyesal walau sekumit. shopping punya pasal.
- saya suka barang branded. sebab kalau baju beli tempat lain, tak muat betul betul dengan badan, tak berkenan sungguh-sungguh dan lepas tu mesti tak akan pakai. susah okay jadi petite. bukan belagak okayy. kakak lagi tahi. kalau dia pakai seluar takda brand, badan dia gatal. gila.
- saya ada banyak tempat bergantung. keluarga, Shahir dan kawan-kawan tersayang.
- saya suka makan. gembira makan, sedih makan, risau makan. tapi kalau sakit, memang tak lalu makan. makin kurus, kurus dan kurus.
- saya suka tidur. ohh, bantal, katil dan comforter dalam bilik saya memang terbaik dari ladang.
- saya mudah hilang kepercayaan pada orang dan saya juga pendendam. okay, jangan tiru aksi ini, sangat tak baik untuk kesihatan.
- saya tak cemburu pada orang yang tiada apa-apa untuk dibanggakan kerana saya ada lebih dari apa yang mereka ada.


itu saja, terima kasih kerana mendengar saya membebel. wahh. rasa sangat innocent lagi suci bila ber-saya-saya ni, HAHA. apa-apa pun, kecantikan biar datang dari hati yang tulus dan bersih. *nasihat untuk diri sendiri*

" For beautiful eyes, look for the good in others;
for beautiful lips, speak only words of kindness;
and for poise, walk with the knowledge that you are never alone.
"
Audrey Hepburn

Tuesday, 30 March 2010

hadap laa kejap.

life seems to be bored. super bored and lame. everything going to be wrong, absurd and perfectly spoiled. I'm not going to blame anybody. yeah, Allah always know best.

I got an interview for JPA next Tuesday. wish me luck everybody.. I want this so bad.. pray for me and Ili. she's gonna do dentistry and I prefer quantity surveying, all about Maths and physics for sure.

all the best for my bro, Pojie. he got TNB interview on 1st April, and JPA interview in mechanical engineering. good luck bro ! see you there.

till then,

menangis laah.

jika kamu rasa sunyi,
maka menangis laah.
kalaupun kamu tiada berteman.
air mata masih setia bersama kamu.
jika kamu rasa putus asa,
maka menangis laah.
nescaya selepas itu semangatmu akan pulih.
jika kamu marah,
maka menangis laah.
nescaya selepas itu, amarahmu berlalu pergi.
jika kamu rasa dikhianati,
maka menangis laah.
nescaya kamu mampu atasinya.
jika kamu rasa dunia seakan membelakangi kamu,
maka menangis laah.
kalaupun kamu tidak mampu mengubah apa-apa di dunia,
tapi Allah masih ada.

Monday, 29 March 2010

slip yang hanya kertas sampah.

dulu aku pernah digelak, dikutuk sebab terlalu kepingin, sangap untuk dapat straight As. 'kenapa mahu letak target tinggi-tinggi, kerja gila' yaa, kerja gila. bila aku dah buktikan yang aku mampu gengam semua ini, masih berkata aku gila ? yaa, aku yang gila. aku.

semua orang tak tahu, aku kalau mengimpikan sesuatu, memang aku hempas pulas doa siang malam semata-mata untuk itu. aku mungkin tak bangun pagi study macam orang lain. aku mungkin tak pernah tusyen personal macam orang lain. aku mungkin tak berjaga lewat malam macam orang lain. dan aku mungkin tak dapat soalan ramalan atau soalan bocor macam orang lain..

penat mama abah berdoa siang malam, menangis depan Kaabah. lepas dapat result trial exam yang cuma 6A 3B, lepas tengok muka frust mama yang mengharapkan doanya dimakbulkan, aku kuatkan semangat, aku kuatkan tekad. aku berhenti sukan, aku berhenti kadet. aku mesti dapatkan itu, ataupun aku mati. yaa, aku gila.

dan sekarang lepas segalanya aku penuhi, aku tunjukkan pada semua yang aku mampu dapatkan itu, lagi mahu cakap-cakap. nak apa lagi ?! masih mahu letak tahi pada muka aku ? silakan jika anda mampu.

tunjukkan pada aku yang kau mampu capai sesuatu. tunjukkan. kerana aku cabar setiap kau, kau, kau dan kau.

tahniah. berjaya buat aku ambil kisah untuk hal yang satu ini. tahniah !



aku rela jadi bodoh untuk kali ini. kerana aku juga sudah hilang sabar.

blissful.


thanks Mohd Shahir Kholim.
how I wish I could stay with you,
forever..

Sunday, 28 March 2010

happy birthday, Nia !


Nia, stand for Nur Izzati Amira.
a good friend to everyone..
small girl, with a strong determination.
not to forget, high frequency voice
and non stop talking. HAHA
happy birthday dear.
may Allah bless you.
good luck.
there are lots of things to do !

I love you, Nia. :)


Friday, 26 March 2010

Earth Hour, 60 minutes to save the world.


Saturday, 27 March 2010
8.30 p.m to 9.30 p.m


Alhamdulillah. doa aku dimakbulkan. ingat lagi post global warming ? kan aku pernah membebel panjang cerita perit kepanasan dunia. waktu tu memang teringat sangat nak adakan Earth Hour. pucuk dicita ulam mendatang, wahh !

okay mari tutup semua lampu besok dan nyalakan lilin !


p/s : aku musykil. kipas dan aircond boleh buka tak ? panas dohh.

9 hari bekerja.





masuk hari ni dah 2 hari aku bekerja di bakery boutique. kenapa bakery butique ? hah. sengaja aku panggil macam tu, kecelaruan identiti. kedai aku menjaga tu sebenarnya bakery, segala macam kek dan biskut ada dijual, tapi sejak akhir akhir ini telah upgrade jadi boutique pulak. boleh kata penuh kedai laah baju kurung, jubah, tudung, blouse dan bermacam jenis pakaian wanita. kedai kecil ni kepunyaan Cik Pah, saudara abah.

yaa, aku bekerja hanya untuk 9 hari, menggantikan pekerja Cik Pah yang cuti menikah. sebab tu aku terima bila Cik Pah sms, mintak tolong jaga kedai. 9 hari saja, kalau lama lama mati bosan jugak dibuatnya. aku pulak jenis yang tak berdisiplin. hah, perit jugak bekerja dengan orang lama-lama kalau macam ni cantik punya perangai.

baru bekerja 2 hari, macam-macam ragam pulak aku nampak. biarlah, aku tak nak semakkan cerita ragam manusia dalam post ni. baik layankan kejap perangai aku, takut nanti penyakit sawan menyerang lagi.






ini baru 2 hari, kalau lama lama aku tak tau laah apa pulak yang jadi. mungkin aku akan bertukar jadi power rangers kaler kuning dan berlawan dengan raksaksa jadian, gamak aku akan kalah, aku bertukar pula jadi robot. dan akhirnya aku menang. power rangers mana boleh kalah..

okay, sekian dulu !

Thursday, 25 March 2010

happy birthday, adik !

happy birthday, Afini.
you are now officially thirteen.
act like one, okay.
erk, you are only thirteen.
what do I expect ?!



okay, tadi godek-godek laptop mama cari gambar nak buat post birthday wish ni. terjumpa gambar-gambar lama. HAHA. rasa macam nak share. sebab vintage dah gambar ni. rindu time kembar zaman ni. comel, chubby dan tak belengas macam sekarang. yang sama tu tahap kebuasan dan kelicikan saja. okay then, lets see.


Afini and mama zaman tudung Ariani takda lagi.
no wonder aku dulu pakai tudung senget senget.
like mother like daughter.

zaman masih baik dan sangat innocent.
sebelum mereka berdua mendapat super power.
sebelum bertukar menjadi raksaksa ganas yang berusaha musnahkan bumi.



okay, sampai sini saja.
kak Oni tak larat nak wish panjang-panjang.
semoga yang baik-baik sahaja hendaknya.
take care !

Wednesday, 24 March 2010

tag by Moon

1. siapakah diri anda di rumah ?
seorang anak dan kakak yang baik. rajin memasak, mengemas dan mambasuh. sangat cool dan suka membantu. gemar melayan kerenah adik-beradik. anak yang selalu mendoakan ibu bapa. sentiasa berusaha dengan gigih untuk menggembirakan hati keluarga. penyabar dan penyayang.. oleh itu, sila hantar rombongan meminang. sekian.

2. siapakah diri anda di samping rakan ?
wahh. yang ni kena tanya rakan laa macam mana saya di samping dia.

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
- Vaio, coming soon.
- new phone, coming soon.
- new jacket, coming soon.
- scholar, kalau ada rezeki.
- apa lagi ? hah, kawin !
- hah, ada lagi, potong rambut..

4. siapakah nama pasangan anda ?
kan dah kata, Chris Martin.. hamboih. Mohd Shahir bin Kholim laa. popular dah kott dia kat sini.. lagi mau tanya ?!

5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
love, understanding, nice, good sense of humor, no drug and alcohol.

6. bila tarikh anda couple ?
3 Februari 2009.

7. apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda ?
busy body gila -___-

8. lagu tema cinta anda ?
dengar jaa apa yang masuk di telinga. erm, Kukatakan Dengan Indah dan Lucky kott.

9. apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda ?
hidung mancung sikit pon jadi laah.

10. tag 10 rakan anda yang lain.
seploh followers yang membaca kalau ada.

is it real ?

yesterday, when I had my breakfast with Shahir, I saw 3 guys sitting in the same table, talking and laughing while having their breakfast. the unique thing about them, they are from different races which is Malay, Chinese and India. both non Malay guy were very fluent in Bahasa. I was really impressed so that I asked Shahir to snap a picture from the back, but he resist ! urghh.

this is the real example of unity in Malaysia. not only sitting in the bench, talking about unity, go fishing or whatever as been shown through media nowadays. it's cliche, plain and boring. but this is cool. beautiful. and awesome. they were all by late Yasmin..

I've learn the concept of 1 Malaysia since I was young. when I was 6, in my class, there's one Indian boy which I forgot his name. but surely we are friends. I remember the time he shout when teachers came to our class, 'cigu mai, cigu mai, duduk tempat!' till now I remember his voice, cause it's kinda new experience for me, having a first non-Malay friend.

then, when I was in form 4, called 4 Bestari which I was the class monitor. heh. there are 2 Chinese girls, Pei Chia and Ling Hui and a Chinese guy, Shen Yen. there are also a Siamese, Manontri and an Indian, Kanagesh.

Ling Hui and Pei Chia were a good friends of mine. they are friendly and always help me in my study. during Chemistry class at the lab, I sat beside Ling Hui, a daughter to a fisherman, cause it's easy for me to ask her if I cannot understand the lesson. she's congratulate me when we got our result that day. yes, she got 10A+ and she deserve it.

Kanagesh is a nice, smart Indian boy. he's the one who always believe that I can score in the exams. for sure, we always fight to get a good result. he's good in Malay too. either in writing or speaking. we are good friends though. same goes to other male students. he's nice with everyone. playing futsal together, hang out and everything.

that's the real concept of 1 Malaysia. everything around us were not depends on races or differences, but friendship and unity. I'm proud being a citizen of a multiracial country, beloved Malaysia. cause we are all family..


friends..

there's no bridge separating us..

celebrating Hari Raya together.

during our farewell dinner last December.



p/s : Atiq cerita adiknya dbuli, dan ntah kenapa aku patriotik sikit hari ni.

Tuesday, 23 March 2010

aku berkurung hari ini.

hari ini aku saja buat buat hectic. mulanya hanya mahu breakfast dengan Shahir. dan lepas itu perlu ke Unimap, taklimat mengisi borang UPU katanya. Zzz. pergi buat syarat, tunjuk muka sudehh.

pagi tadi aku dan Shahir pergi breakfast di Beseri sana. jauh punya cari capati. takpa. bak kata pepatah orang bijak pandai, jauh perjalanan luas pengetahuan. ceit. banyak laa. jauh berdating, sedikit orang. itu baru betul..

nak dijadikan cerita, sedang aku mengurut mak aku malam tadi, ada pulak mama tanya aku nak kawin umur berapa. mau aku jawab 18 satgi kot kena hambat keluar rumah pulak. banyak betul rahsia mak aku korek berkaitan hati dan perasaan sekarang ni. malu laa nak menjawab.. tak seronok pun... haihh.

okay, lepas breakfast, Atiq, Nan, Jatt dan aku, gerak pergi Unimap. tak sampai 30 minit, balik. useless gila.. penat jaa aku pakai baju kurung.. penat iron dohh ! panas tu tak dapat dipersoalkan lagi. tapi aku sabar. ini baru dunia.. aku cakap dalam hati, sebab tu masih tak insaf. hehs.

lepas tu apa lagi, sambung dating laa ! jalan punya jalan, perut dah lapar balik. bertemankan Mierah dan Arep, kami makan tengah hari di Pokok Sawa. aum. memang terbaik. balik saja rumah, tiada apa yang lebih mempesonakan selain daripada katil, bantal, aircond dan comforter. wahh. gila nikmat !

okay, sebenarnya motif aku menulis cuma satu. aku rasa aku sudah menjadi perempuan hari ini. tak pernah lagi aku keluar rumah dalam tempoh masa yang laama, pakai baju kurung. wahh ! kemain lagi. aku tau, Shahir dah seploh kali tergoda tengok keanggunan aku. eh, tak sempat pula aku bergambar tadi, kalau tidak boleh aku tunjukkan pada dunia betapa manisnya aku berkurung. HAHA. tapi bila jalan tetap gaya gangster. haihh -__-"

baik, aku mahu berhenti dulu. ntah kenapa passion untuk menulis sudah hilang. tak ada feel. haihh. jumpa lagi !

Monday, 22 March 2010

aku rindu pada Derma.

pagi ni, bukan main awal lagi aku bangun. khabarnya mahu ke sekolah. wahh. suci sungguh niatku. rindu pada Cikgu Azuraini dan yang lain sudah tak tertahan.

aku berada di sekolah tidak lama. hanya ambil masa untuk pergi ke pejabat, ambil sijil, sah sijil dan terus jumpa cikgu. secepat yang boleh. aku mahu gegas keluar. rasa tak cool berada di sekolah setelah menghabiskan zaman sekolah, walaupun hati ini meronta rindu zaman sekolah. okay, aku dah start metafora. sila jangan jangan terlalu percaya dengan tulisan selepas ini. -___-"

erk, sambung. bukan apa, dulu aku juga selalu cakap-cakap dalam hati, rimas tengok senior yang dah habis sekolah ulang-alik datang sekolah. tahu laah result cemerlang, pencapaian gemilang..

dan aku pilih untuk keluar. aku tahu, adik-adik yang masih bersekolah juga penat bersumpah seranah macam aku dulu. what goes around comes around bebeh. nasib baik jugak aku jenis sedar diri, HAHA.

sampai sini saja. konklusinya, kadang-kadang aku rindu zaman sekolah dan itu lame. get a life laa oni !




p/s : sepatutnya ini aku publish semalam lagi, tapi aku biar tertunggak dalam draft. aku tak tau, mana hilangnya passion aku untuk menulis. mungkin buku, pen dan kertas di rumah makin banyak, dan aku pilih untuk menconteng, renyuk dan buang.

tag by Kak Farteen

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

What is your name : Auni (wahh, sopan jaa sebut Auni, haha)

A four Letter Word : amor

A boy's Name : Aiman

A girl's Name : Amirah

An occupation : architect (cita-cita tak kesampaian)

A color : aqua

Something you'll wear : Aldo shoes !

A type of food : apple pie

Something found in the bathroom : accessories ?

A place : Australia

A reason for being late : " alamak, bangun lewat ! "

Something you'd shout : " arghh ! "

A movie title : Avatar

Something you drink : air suam

A musical group :
Avenge Sevenfold

An animal : arnab ?

A type of car : Audi (dulu-dulu ada orang panggil aku Audi)

A type of fruit : avocado

mangsa tag : Atiq, Nia, Kak Myra, Moon.
tag kembali : Kak Farteen.


p/s : amboi. bukan main lagi orang main tag aku sekarang. mentang-mentang laah aku penganggur. HAHA. takpa. enjoy jugak buat menatang ni. boleh asah fikiran supaya tak tumpul.

Sunday, 21 March 2010

back to school !

yea ! walaupun aku sudah tak bersekolah. tapi 4 orang adik-adik aku masih perlu ke sekolah. kiranya aku juga terlibat sama secara tidak langsung. pagi-pagi tetap terjaga dengar huru-hara, kelam-kabut dalam rumah. ahh, rindu jugak moment apabila rushing bersiap ke sekolah.

petang tadi Afini dah bertolak balik ke SSP. good luck and study smart. cuba catch up walaupun tertinggal banyak sebab chicken pox hari tu. main laah sukan apa-apa sebab adik memang talented. jangan fikir malas saja. waktu zaman sekolah laah kita nak enjoy puas-puas. dan lari laah dari senior-senior yang bajet cool tu, sebab kamu ada seorang kakak yang jauh lebih cool. HAHA -__-"

apa-apa pun, kita jumpa lagi 2 bulan. InsyaAllah.


budak kembar pula sekarang dah berjangkit insomnia dari aku. waktu cuti asyik tidur lewat saja. penat aku teman budak dua orang tadi tidur. selalunya mama yang akan teman, tapi hari ni mama tidur dulu nampaknya. persediaan untuk ke sekolah juga mungkin. HAHA

itu laah. family aku memang bergiat aktif dalam sistem sekolah. ada yang mengajar, ada yang diajar. aku ambil ini sebagai suatu motivasi, untuk menjaga perlakuan dan belajar lebih rajin. ya laah, anak cikgu. siapa suka orang bercakap-cakap perihal family ? khabarkan pada aku, biar aku ajar apa itu family pada dia.



okay, Aiman pula aku rasa dia paling cool dan relax. masa sekarang masih belum pulang. entah ke mana dia merayap. esok sekolah laah bongok !

kalau laah aku ada super power, aku akan ajar dia. biar jadi manusia lebih berguna. tapi sekarang aku mula bangga dengan dia. sudah ada inisiatif mahu berhenti merokok. sudah ada kesedaran mahu pergi ke tusyen dan kelas tambahan. sudah tahu rasa tercabar.

apa-apa pun, semoga dia mendapat 5 A dalam SPM. nescaya tokwan akan buat kenduri kesyukuran, korban lembu seekor.


exclusive, gambar chicken pox Aiman.
hanya boleh didapati di http://oney-owns.blogspot.com/




selamat kembali ke sekolah semua !

tag by Ayuni.

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
Kak Myra
Shahir
Kakak

2. YOUR MAIN RINGTONE?
Guns and Roses, Sweet Child O Mine.
sat, ringtone phone buruk pon nak tau ? Zzz

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
chocolate cake.

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
Shahir,
Mierah,
Arep.
Padang Besar dan Wang Kelian.
Jumaat, 19 Mac 2010.

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
purple.

6. THE LAST THING U DID?
typing. and still typing.

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
3 jaa ? aku boleh bagi seploh.
Shahir, phone, laptop, bantal, katil, comforter.
makan minum secukup rasa. lain-lain. sila nyatakan.

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
ehem, purple jugakk.

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
wao. banyak laa jugak.
nak beli hadiah birthday untuk Shahir.

11. YOUR FAVORITE SONG?
amboi. banyak sangat. muntah satgi.

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali.

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
mama ada kat seblah.

14. WHERE IS SHE NOW?
dekat sebelah laa !

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
baru tadi jaa.

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
Kak Myra.
dia cakap dia dah nak balik Penang.
tak reply pon, kredit habis pulakk.

17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
rumah tok !

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
apa hah ? semua suam-suam saja.
jarang le nak terkejut beruk ni.

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
Jenny Green's Killer Junior Year.
belum habis baca walaupun dah berbulan-bulan pinjam dari Mierah.

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
Chris Martin.
ehem, Shahir laa sapa lagi.
malu aku sebut banyak kali -___-"

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
bored.

23. WANNA SHARE WITH WHO?
share apa ?
semua orang dah cukup rasa bosan.
untuk apa aku bebankan lagi.

24. WHO KNOWS UR SECRET?
myself.

25 . THEY KEEP UR SECRET?
they ? what secret ?

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
takk. marah sekejap, reda. Alhamdulillah.

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
spicy chicken McDelux !
OMG. gila lapar McD.

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
erm, bila mama sakit hari tu. takut untuk sedih.

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
boleh dating.
makan kenyang.
tidur dengan lena.
sembahyang tak tinggal.

31. WHO WILL U TAG NEXT?
ambik laa sapa nak.
Nia,
Kak Myra,
Moon,
Mierah,
Fath !
ehem, tambah satu lagi,
Atiq !



p/s : aku memang malas buat tag, nasib le. tapi time bosan macam ni layan jugak tag pon. HAHA

chocolate cake untuk adik.

cewahh. tajuk sangat mengharukan lagi menghibakan.

okay, semalam aku terpaksa, dipaksa dan memaksakan diri untuk membuat kek chocolate. adik aku, Afini mahu pulang ke Cyberjaya sana, untuk bekalan dia laah kiranya. haihhh. bosan laa asyik kena buat kek jaa. tak mencabar langsung. suruh laa aku menjahit ka, menganyam ketupat ka, buat rumah ka..

disebabkan kebosanan melampau. apa kata kita berkongsi resipi kek chocolate. ewahh. main masak masak riang ria raya bersama Chef Wan pulakk. layankan jalaa. ini resipi original mama punya. original atau spicy? aku pilih spicy.. -___-"

*YaAllah berikan aku kekuatan untuk tidak merapu lagi*

serius.

okay, bahan-bahan :
2 cawan tepung kek (blue key)
3/4 cawan serbuk koko
1 setengah cawan gula halus
3/4 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan buttercup
4 biji telur
1 cawan air masak

ehem. first of all, tepung kek, serbuk koko, soda bicarbonate dan gula halus diayak bersama.
masukkan buttercup dan lenyek bersama campuran tadi.
masukkan pula telur sebiji demi sebiji.
tuangkan air sedikit demi sedikit.
kacau sehingga rata dan sebati.
kukus selama 1 setengah jam.

topping :
2 sudu buttercup
5 sudu serbuk koko
3/4 cawan gula ising
susu cair secukup rasa (susu ideal)
chocolate rice dan hiasan-hiasan lain

panaskan buttercup hingga cair.
masukkan gula ising, serbuk koko dan susu cair.
kacau sehingga pekat.
sapu atas kek yang telah sejuk dan taburkan chocolate rice dan segala macam hiasan lain mengikut cita rasa.
siap dan sedia untuk dimakan!





p/s : hambar. aku bosan tahap dewa hari ni.

Saturday, 20 March 2010

khabar dari kampung.

tajuk tak nak kalah. -___-"

kampung selalunya indah. dengan makanan yang super sedap, angin yang sepoi-sepoi bahasa, tidur di malam hari tanpa peluh dan lorat bahasa yang unik. apa lagi yang aku mahu ?! internet and fon coverage please! HAHA

sejak aku dapat result ala-ala gempak sekampung, bukan main lagi orang menyambut. dumdamdumdam bunyi kompang sambut ketibaan aku. okay, sumpah tipu gila.. tok aku senyum-senyum saja. tokwan aku macam biasa, steady ala-ala senator negara. pak menakan, mak menakan tak habis-habis bertanya resipi kejayaan. nak memasak untuk anak-anak pula katanya. okay, aku tipu lagi..

okay, cerita ni aku tak tipu.. pagi tadi di kampung, tokwan aku buatkan air penawar untuk demam campak. aku tengok dia kusyuk membacakan sesuatu dalam bekas air, disuruhnya aku bawa pulang. bekalan untuk mandi dan minum katanya. aku ikutkan saja. petua orang tua-tua jangan dilanggar, buruk padahnya. siapa-siapa nak suruh tokwan aku buatkan minyak pengasih, boleh saja. tak perlu terpekik terlolong menyanyi lagu Cari Jodoh dan tak perlu pengeras beribu-ribu.

nahh. tadi aku tengok AF. gila. dunia sekarang semua orang mahu jadi artis. macam takda punca rezeki yang lain. artis Malaysia ni aku paling salute Datuk Siti. bagi saja apa lagu, sedap saja aku dengar. tiada sumbang.

ya, tadi aku mahu cerita pasal kampung, sekarang dah masuk bab hiburan pulakk. sebelum aku bercerita pasal politik, baik aku pergi dulu. nanti ada pulak yang kena masuk court. sekian saja.

Friday, 19 March 2010

happy birthday, erk. sayang.

walaupun kamu tak hot macam ni..

dan tak cool macam ni..


dan walaupun hidung kamu besaar punya, saya terima. bukan salah ibu mengandung. kebahagiaan bukan terletak pada hidung, tapi pada hati. agak-agak hati tu besar mana ? muat untuk saya seorang jadi laah.

selamat lapan belas Mohd Shahir bin Kholim. 7, 8 tahun lagi kita menikah. terima kasih atas segalanya, susah senang, gembira menangis sama-sama. cuba lagi tahun depan. HAHA



p/s : sila muntah. aku terima. akhir-akhir ni kenapa asyik buat cerita publisiti murahan ntah. layankan jaa laah.

Thursday, 18 March 2010

ini orang panggil halwa mata.

hari ni aku saja check duit nuffnang aku, haritu ada laa dalam RMo.15 iaitu lebih dikenali sebagai 15 sen. tadi aku check ada RM5.90 wahh, pencapaian membanggakan. terima kasih pengklik iklan semua. jasa anda dikenang. agak-agak bila boleh angkat bag Marc Jacobs hah ? HAHA. duoblas tahun lagi baru nak lepas hoi. iaitu selepas aku kerja laa nampaknya. selamat tinggal MJ studded merah..

Wednesday, 17 March 2010

mari ikut tangan menari.

comparing your son/daughter with others are very not so cool. blaming them for their results were utterly not cool. put all the faults just because we cannot fulfill your dreams are definitely uncool.

things you should do are, encourage them, support and motivate them. be besides them and give a shoulder to cry on. cause there are no other place for us compared to you, parents.

we are not toys. we never ask to be born. cause we are the results of you.


nahh. jangan geli. ini semua concept. hidup kita memang hanya sebuah experiment. kenyataan kadang-kala memang menyakitkan. kan aku dah cakap, tangan aku mahu menari malam ni. sabar jalaa dengan kerenah aku. sekian, pergi dahulu.

Tuesday, 16 March 2010

bila aku nak jadi perempuan hah ?

okay, mari bercerita kisah kematangan dan keperempuanan yang sangat diketahui umum memang sangat kontra dengan aku. hari ini dalam sejarah, aku teringin nak menjadi matang. well, aku dah 18. hampa, korang dan anda semua lambat lagi. haha. macam besar sangat 18 kau. -___-"

tahu kenapa aku teringin nak menjadi matang ? kadang-kadang aku ada terpandang, budak-budak urban, mak aii, dressing kemain. dengan heels semua siap. aku masih juga dengan selipar dan sneakers. rajin sikit aku sarung flat. jangan kata heels, wedges pon aku boleh tergeliat kaki.

tengok saja gambar bawah. jangan muntah yaa kalau jumpa aku suatu hari nanti pakai macam ni. bagi laah sokongan untuk aku berubah jadi feminine sikit. HAHA




nah, kebaya lagi tuh. kemain berangan. Shahir tengok pon tak lepas ni. HAHA. pakai baju kurung pon mulut dah menyumpah seranah habis. lagi nak berangan kebaya ?!




wah, wah. ini lagi tak menahan. platform heels, ambik kau. asyik selipar, sneakers dan flat jaa. nahh, jangan terkejut suatu hari nanti kalau jumpa aku pakai 4 inci heels. pencapaian membanggakan. wedges yang tapak rata pon siap boleh tergeliat, ini kan pulak heels. HAHA


okay, dress perkara biasa kott. sekarang dalam proses nak kurangkan pakai tees dahh. bukan apa, sejuk sikit hati mama bila pakai labuh labuh mintak nak keluar. HAHA



wahh. ini sudah lebih. galak nak menikah laa ni, HAHA. takk, baju kawin aku nanti nak simple dan sempoi jaa. kalau boleh buat colour hitam memang cool.


okay, okay. sudah laah. aku kalau berangan memang tak nak kalah. kan dah obsess kejap. haihh. pergi menenangkan diri dulu.

Sunday, 14 March 2010

ini baru betul-betul seksa.

sudah 3 hari aku demam campak. hari pertama aku masih cool. hari kedua dan seterusnya macam saparuh nyawa sahaja yang tinggal. tambah-tambah bila tengok muka aku yang dah macam kuntilanak ni, aduhh. low self-esteem sungguh. macam mana nak keluar rumah dengan muka macam ni ? :(

virus chicken pox mulanya dibawa oleh Afini dari SSP. kemudian budak kembar pulak berjangkit serentak. dan sekarang masa aku dan Aiman. kami dua asyik lawan ber-adoi-doi-doi jaa. mama dah tak larat layan dahh. memang buat terok sikit. tapi sungguh tak tahan.

bila tengok muka aku sekarang, rasa benci, meluat dan sedih. selama ni aku macam African pon sikit aku tak pernah kisah. tapi bila naik biji-biji campak yang memang sangat besar dan mengenangkan parut-parut campak yang bakal tumbuh, ahh. sedih dan takut. sudah laa tak lawa, buruk pulak jadinya. kalau hantu tengok muka aku sekarang pon makhluk tu lari..

berada di rumah, dikuarantin dan harus berpantang makan memang menyeksakan. Aiman dan aku yang suka merayap ni memang dah terlampau boring duduk saja di rumah. kalau duduk rumah boleh makan kenyang-kenyang takpa, ni makan pon tak lalu. haisyhh. berat badan menurun lagi laa gamaknya.

dan aku hairan, bila sampai waktu aku demam campak, terus bertukar musim dari panas terik ke musim lembap dan hujan. dah laa tak boleh kena hujan. memang mencabar laah..

menaip pun sudah menjadi satu beban bila di tapak tangan dan jari-jemari depenuhi ketulan-ketulan campak. dugaan.. apa-apa pon, doakan aku cepat sembuh. terima kasih.

Saturday, 13 March 2010

S h a h i r


Bebe, its not like your 5 As are not enough. Its okay for me. mama said its quite good for a boy and she suggest you for a degree in TESL. keep on going, struggle for your ambition in aircraft, engineering or others. that's our dreams. be strong okay. I love you no matter what happen. thanks for your support, motivation, encouragement, prayers and everything. I love you and we love each other. I love you.

Thursday, 11 March 2010

Alhamdulillah..



6A+ 2A 1A- sungguh tak sangka YaAllah.. syukur Alhamdulillah..

ini semua buat mama dan abah, kakak dan adik-adik. cikgu-cikgu yang terlalu banyak jasa, terima kasih. kawan-kawan yang selalu membantu masa senang dan susah, tak jemu berkongsi ilmu, terima kasih. terima kasih semua, kerana setiap orang di sekeliling aku telah memberi inspirasi. terima kasih.

tahniah juga buat kawan-kawan. we did it !

ingat laah, kejayaan SPM bukan menjanjikan apa-apa, jadikan ini sebagai batu loncatan untuk kita pergi lebih jauh. doa buat semua, semoga langkah kita selepas ini diikuti dengan kejayaan yang gemilang, InsyaAllah.


p/s : aku keciwi sikit, tak pernah dapat, haha.

Wednesday, 10 March 2010

hari esok bagaimana?

tak payah aku sibuk menaip pon semua dah tau, esok 11 Mac 2010, result SPM keluar ! okay, takk. sebenarnya result dah ada, cuma tak tau jaa. haihh. pusing. hari ni aku dah rasa seram sejuk dahh. hari-hari semalam boleh lagi control cool, hari ni dah tak mampu lagi dah. sepetang aku asyik tidur.

esok mama nak ikut pergi ambik result. lagi bertambah beban. bayangkan kalau result esok hanya biasa-biasa. mama mungkin tak kata apa-apa, tapi dalam hati semestinya dia kecewa. haihh. bilangan A sekawah memang tak boleh bagi kerja, tapi merupakan satu platform untuk kita melangkah lebih jauh. semoga aku redha menerima apa saja ketentuan Allah.

apa-apa saja laah. malam ni aku ingat nak berfoya-foya kejap. mana tau kalau-kalau esok aku ditakdirkan berkurung dalam bilik jaa. lebih baik aku menikmati masa senang yang semakin suntuk ni. apa lagi, partehh !


p/s : kena jaga bahasa sikit sekarang, mama sekarang sudah pandai jadi stalker. haha

Tuesday, 9 March 2010

terima kasih segalanya.


terima kasih kerana selalu ada untuk aku.
waktu senang, kita bergelak bersama. waktu susah, kita menangis bersama. itu yang aku maksudkan kawan. aku tahu aku keras, aku tahu aku senang teriak. perangai aku contra gila kann. tapi kawan-kawan aku tetap sabar melayan. terima kasih.

terima kasih kerana menjaga aku sebaik mungkin.
teringat masa camping Kadet Polis. aku selalu ayam tambatan. macam-macam acara aku redah. ehem, menang okay. kadang-kadang tu, saja buat penat lebih. sebab aku tau, ada yang akan melayan. terutama sekali Nan. aku selalu sengaja nak menyusahkan dia. haha

aku hilang ayat, kerana segala yang baik-baik itu semuanya tentang mereka.

mulai esok, 11 Mac 2010, dalam sejarah. kita semua bakal bawa haluan masing-masing. jaga diri kawan-kawan. ingat laah masa susah senang kita bersama, kerana itu mungkin boleh dijadikan panduan, walau kita tidak lagi akan selalu ada untuk bersama.

Monday, 8 March 2010

dari Kangar ke Jitra dan Alor Star.

semalam, 7 Mac 2010 aku rasa merupakan hari yang sangat indah, sebelum aku baru tersedar, cuma berapa langkah saja lagi aku akan menerima slip berhantu. okay, tak mau cakap pasal itu yaa. menambah tekanan saja.

seawal jam 7.40, aku sudah siap bertudung dan mencuri hand bag mama untuk dibawa. aku lihat dari sliding door, tak ada kereta siapa-siapa pon lagi. 'eh, mana ni?' perlahan-lahan aku mintak duit pada mama dan abah. nak mintak duit kena susun ayat dulu, haha.

lepas aku dibekalkan beberapa puluh RM, hati aku bukan main riang lagi. katanya mahu ke Karnival Jom Masuk U. tujuan pertama aku sebenarnya hanya mahu berpacaran, haha.

bila semua dah berkumpul depan rumah, sempat lagi mama pesan jangan merayap merata sangat. paling penting pesanan mama untuk Shahir, 'nak kawin pon belajar laa dulu, bagi ada kerja' hahaha. mana tahann. oni takda laa gedik sangat nak menikah, sikit-sikit tu ada laa. haha.

malas mahu bercerita panjang pasal Karnival Jom Masuk U, nanti terkenang masa depan yang kian malap ni, jiwa kacau pulakk. cukup aku katakan, aku berseronok diceriakan oleh badut.

okay, lebih kurang sejam lebih berada dalam dewan yang penuh sesak tu, 3 kereta anak muda bergerak ke Jitra Mall. ada yang main bowling, tengok movie dan paling penting isi perut.

then, bila semua dah decide nak balik, boleh pulak Arep tukar plan, 'kita singgah Alor Star laah' hah, pucuk dicita ulam mendatang laah kiranya. aku taknak balik lagi, kalau boleh nak dating sehari suntuk. haha. rindu okayy. lama kott tak jumpa.

sampai jaa rumah, badan penat nak mampus. sampai hari ni masih terasa lagi. ohh, tipu.
oh yaa, tak sangka aku akan berjumpa kawan lama di sana. siapa lagi, Pojie. haha. aku segan nak sembang panjang wehh. hang pendiam macam dulu jugak. dah laa suara baligh aku macam Ella kann, nanti cakap aku gangster pulakk. haha

apa-apa pon, aku sangat menikmati saat-saat akhir kegembiraan aku sebelum tiba Khamis ini. Tsk. sekian.




Saturday, 6 March 2010

back off !

siapa-siapa yang rasa benci dengan anak-anak Zulkhairi, sila tekan punat merah di penjuru kanan monitor anda. sebab saya tak paksa kamu, kamu dan kamu yang sempurna itu baca luahan merepek hati busuk saya. antara semua anak abah, aku paling agresif dan paling busuk hati. jangan salahkan mama atau abah atau jangan sesekali berani salahkan tok. mereka antara orang-orang hebat yang pernah ada di muka bumi.

semalam Afini telefon mama. cakap ada junior kena buli di asrama. aku fikir 'sekolah perempuan, asrama penuh pun ada kes buli?' itu pasal aku insist adik-adik aku masuk asrama. sebab kami memang manja. tak boleh hidup lama bila jauh dari rumah. Aiman dulu duduk asrama 3 hari, then call mama cakap rindu. -___-"

Afini balik kali ni, aku nak belikan dia beg baru. beg Nike merah yang tak seberapa tu ada orang dengki sampai tak boleh tengok adik aku. sebab beg senior tu sama dengan beg Afini. 'kau tepi siket, aku tak nak tengok muka kau lagi depan aku, tepi, tepi!' kepala hotak hang. nasib baik adik aku sopan santun, tak macam aku. kalau aku, bertumbuk dahh. aku pun pernah jadi senior jugak. takda laa nak lebih-lebih sampai beg pon nak ada 1 jaa dalam dunia. baik kau buat design sendiri oi.

washing machine pon budak junior tak boleh guna even kat sekolah tu ada satu bilik basuh khas yang beratur washing machine tepi dinding. tahi sungguh. nasib baik adik aku kuat. tabah laa Afini. 5 tahun jaa hidup di sekolah. aku tau, Afini akan baca semua ni, sebab dia memang stalker terkuat, yang paling disayang di blog ni.

anak sulung Zulkhairi kadang-kadang buat aku bengang jugak. kenapa dia slow sangat hah? even orang sesedap hati kutuk dia, caci ka apa, dia cool jaa. bengap ka apa ? boleh hidup noh macam tu? itu laa, orang kuat saja boleh diuji sebegitu. walau macam-macam dugaan Allah bagi, kakak aku tabah. aku tak pernah tengok dia meraung. aku tak pernah dengar dia menyesal. semuanya dia kata ada hikmah. walau dia jatuh terduduk, ditinggal, dicaci. dia tak penah balas apa orang buat pada dia.

orang hati baik macam ni pon hampa nak kutuk? tolong cermin diri tu dulu apa ada. sebab aku kenal kakak aku lebih dari orang lain kenal dia. jangan pandai-pandai kata itu ini. sebab dia mungkin tak penah kisah, tapi aku sakit. apa kau rasa bila keluarga kau orang cakap-cakap? sakit. biar aku tolong tunjukkan macam mana rasa itu, sebab aku ada potensi untuk berperangai syaitan.

sekian,

Friday, 5 March 2010

demam.

aku taktau apa yang patut aku rasa.
risau. takut. tabah.
okay, bukan rasa sayang hey rasa sayang sayang hey.
bukan.
mama aku tengah demam.
taktau laa demam jenis apa.
tapi ini paling teruk aku rasa.
mak aku call emergency suruh aku pergi tengok dia dalam bilik.
kaki sejuk, mulut hitam, kuku biru. pucat yang amat.
dan tadi siap ketar ketar.
aku suruh mak aku mengucap,
elok dah lega sikit, abah balik.
aku takut.
nak act macam mana pon taktau.
tak kan nak teriak kot.
aku kena laa tunjuk kuat sikit, bagi sokongan.
mak aku suruh picit tadi,
aku ikut jaa.
sambil sambil lap air hidung.
mula laah aku fikir bukan bukan.
mama tanya macam macam jugak tadi.
'kaki mama sejuk dak? biru dak?'
aku jawab 'takk'
tak nak dia fikir bukan bukan.
petang tadi dia cakap pasal tok aku, saat saat tok nazak dulu.
tok meninggal sebab demam, jangkitan kuman.
haihh, tu yang buat aku risau tu.
tapi takda apa kot aku rasa.
esok esok lega laa tu.
okay, ini saja aku mampu tulis.

Wednesday, 3 March 2010

tahi sungguh makcik Myvi RG99**

okay, hari ni mahu cerita pasal perjumpaan persatuan perempuan muda tiada kerja. petang sikit dalam pukul 4 aku keluar rumah. takda arah tuju, jalan jalan dalam The Store tengok Barbie. habis suka suki, aku, Mierah dan Mun gerak pergi library, tempat parking. niat di hati mahu jumpa girlfriends di Roundabout Cafe.

terserempak dengan Ili dan Ena yang baru turun dari skuter. tiba tiba terkejut nampak Nia dan Nan turun dari kereta yang belum sempat keluar dari parking, tersadai. macam kelam kabut jaa nampaknya. 'eh, kenapa ni? aku mesti lakukan sesuatu. bertukar!' aku berkata. erk, takk. bukan. metafora saja. -__-"

okay, serius.

Nan datang pada aku, sempat aku kata, 'nan! comelnya baju!' aku gedik gedik kejap. dan bermula laa detik cemas apabila Nia bagitau, kereta Fadh baru lepas accident. ohh. 'apa sudah jadi dengan adikku?!' dengan lagak bergaya, aku ambil kunci kereta Fadh untuk parking bagi membolehkan laluan berjalan lanacar.

okay, ceritanya begini.

sewaktu Fadh sedang reverse kereta, ada sebuah Myvi hitam yang baru 6 bulan dilahirkan sedang membuat pusingan balik (U-turn) manakala, sebelah kereta Fadh ada sebuah van besar yang menghalang pandangan. Myvi hitam RG99** yang berada di lorong kiri, dengan lajunya datang ke arah kereta Fadh secara mengejut dan terjadi laah sedikit pelanggaran kecil ketika itu. pelanggaran kecil menjadi sedikit besar apabila Myvi hitam kepunyaan makcik berbaju purple bergelang emas, bercincinkan berlian, telah meneruskan perjalanan walaupun telah berlaku pelanggaran. maka, calar laah kereta Myvi barunya dari hadapan kereta sampai ke bontotnya. sungguh tidak masuk akal wahai kamu makcik bertudung Siti berwarna sedondon.

Fadh dengan hemahnya telah berbincang secara baik dengan makcik tuan punya Myvi tersebut. aku lihat dia sedang dileteri sambil makcik tersebut menulis sesuatu di bukunya dan kadang kala aku terlihat makcik tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

makcik tersebut telah menuntut ganti rugi dan mahu membuat laporan polis bagi membolehkan dia mendapat wang insurance. ohh. sangat kurang ajar kamu makcik tamak yang barangkali hanya mahu menambah koleksi barang kemas.

setelah semua salah yang dilembarkan terhadap Fadh seorang, datang pula seorang pakcik berbaju merah yang lagaknya mahu menjadi pengadil. kedatangannya tidak membantu apa-apa malah lebih memburukkan keadaan apabila pakcik tersebut menyokong makcik Myvi untuk membuat laporan polis. tahi sungguh. aku tidak mampu berbuat apa apa. takut nanti aku menjadi kurang ajar.

Fadh menelefon ayahnya. tiba-tiba dia menangis. lagi tidak masuk akal apabila makcik Myvi tersebut dengan lagak baiknya, memujuk Fadh pula kali ini. padahal tadinya dia yang beria-ia menambah pressure Fadh. hehs, takutkan kami bertujuh barangkali.

apabila keadaan bertambah baik, kata sepakat telah dicapai. kami bersurai dangan keputusan, ayah Fadh akan tanggung semua kos baik pulih. puas hati wahai makcik Myvi?! jangan mintak tukar Produa Alza pulak sudah laa ye makcik. gelang emas 4, 5 lapis, cincin berlian kiri kanan, pun masih tamak. dunia.

sesudah itu, kami gerak pergi Roundabout Cafe. makan-makan legakan bengkak.



p/s : aku baru dapat berita, ayah Fadh bayar perempuan tua tu RM700. cilakak, tahi laa. puas la aniya anak yatim macam tu?!

Tuesday, 2 March 2010

cerita lesen P

semalam pakcik suruh saya bayar RM60 untuk pass JPJ test jalan raya. okay, dalam senyum sebenarnya hati saya bengkak. dah hilang semangat waktu tu. pakcik cakap cara saya bawak latihan akhir ni teruk, salah sana sini, kalau test dengan pegawai JPJ confirm fail. hilang semangat. pakcik tau tak saya pening, tak sihat ?!

kecewa, selama ni saya puji pakcik pada kawan kawan, mama dan semua yang bertanya. saya cakap pakcik selalu tunjuk ajar, betulkan apa yang salah, bagi tips. tapi bila pakcik cakap macam tu, bengang jugak saya. hilang hormat terus. tak sangka pakcik sokong orang yang ambil rasuah. tapi saya takk. saya tak suka cable cable ni. tak biasa kerana saya hanya manusia biasa biasa.

tapi pagi tadi saya tak ambil hati dah dengan pakcik. saya tau pakcik bagi cadangan tu untuk bagi saya pass, pakcik risau kalau kalau saya tak pass, lepas tu teriak. pagi pagi lagi pakcik datang ambil saya dekat rumah, lepas tu suruh saya buat latihan naik bukit, parking semua. semua tu tersangat berguna, takda laa saya terkencing kencing nervous. lepas buat latihan sekali tu, pakcik cerita pulak setiap laluan kena buat apa, bagi signal, tukar gear, break, itu ini, terangkan apa yang patut buat akhir kali. terima kasih pakcik.

dan akhirnya tadi, saya call pakcik. saya pass ! terus pakcik datang pada saya. pakcik tengok kertas keputusan tu sambil senyum. saya tahu pakcik bangga sebab pakcik risau. dan pakcik tak nak kena ajar budak macam saya lagi. penat, lelah, susah. terima kasih pakcik, semua urusan semua pakcik yang buat. saya hormat pakcik.


okay, sumpah nervous kalah sikit jaa dari nak jawab SPM. tak guna betol. nasib baik lulus, tu pon atas pagar jaa. haha. lega bila dah habis semua. tak perlu lagi buat latihan apa semua. boleh relax. tapi tunggu result SPM lagi nervous beb. macam nak tunggu malaikat maut datang cabut nyawa. tawakal.

Monday, 1 March 2010

Orange peel cupcake.

memandangkan hari ni birthday budak kembar, aku dikerah buat kek. penat membeli barang, balik rumah terus gerak kaki tangan kepala dan seluruh anggota badan untuk buat kerja. pening pening pon tetap semangat jugak. biasa laa, aku memang ada superpower, aku gagah nan hebat tahu.

okay, tak mau bebel panjang. antara bahan-bahan nya ialah, cewahh. perasaan macam chef sekejap, haha. okay, sila annoying. -__-"

ehem, bahan-bahan :
250 gram gula castor
250 gram mentega
5 biji telur
250 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar jus oren
sebiji limau yang diparut kulit

cara-cara nya mudah saja,
1. pukul gula dan mentega sehingga kembang dan gebu.
aku guna buttercup, mudah. sebuku buttercup memang 250 gram bersamaan 1 1/4 cawan. aku dah pro, jangan tanya mana aku tau, haha. so, gula castor pon tak payah susah susah timbang berapa gram, letak 1 1/4 cawan. InsyaAllah jadi. doa banyak banyak. tapi kalau ada penimbang tu, lebih baik, sukat biar adil dan saksama.

2. masukkan telur, sebiji demi sebiji. sambil sambil tu teruskan putar dough tadi. putar arah sehala yaa. agar kek kita kembang cantik.

3. ayak tepung gandum dan serbuk penaik. tepung gandum pun 1 1/4 cawan. then masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau. masukkan pula kulit limau dan jus oren, guna laah sunquick. wangi jaa baunya nanti. aku tak letak 2 sudu, bersudu-sudu aku letak. haha

4. kacau sehingga sebati.

5. masukkan dalam cup dan bakar dalam oven pada suhu 180 degree celcius selama 45 minit.

siap, dan masa untuk topping !
seeloknya guna Topping Ace Vivo, berkotak merah. tapi tadi aku guna Rich's Whip Topping Base, kotak putih biru. sama jaa rasanya, cuma mahal sikit. tak susah, sangat mudah. ikut jaa instruction pada kotak tu. putar topping tadi sampai gebu laah kiranya. dan sedia untuk disapu pada kek. boleh juga tambah pewarna dan hias supaya nampak lagi menarik. tapi aku kurang berseni, ala kadar jalaa, comot comot sebab budak kembar rajin menolong.

okay, siap ! selamat mencuba :)





p/s : sorry yaa, kualiti gambar macam taik. hari ini kepala pusing, camera pon pening.
p/s/s : esok budak kembar nak kek chocolate pulakk. aduhh.

kembarku sayang.

baby, happy birthday.

belajar rajin rajin yaa lepas ni. adik and kakak cerdik, cuma kurang bijak. haha. takpa, exam kali ni jangan bagi dapat number last sudah laa. banyak tinggal kelas kan, dah seminggu tak pergi sekolah, chicken pox. nanti bila dah lega sikit kak oni ajar mathematics yaa. nanti kak oni takda di rumah, rajin rajin laa tengok buku. jangan asyik main, tengok tv jaa. Sobs.

kak oni dapat lesen ni kak oni hantar pergi kelas swimming and kelas muzik yaa. kalau abah bagi drive laa, haha. adik nak belajar biola kann, kakak pulak nak drum. ada pulakk, mana abah nak bagi. hah, dah 8 tahun, boleh dah berhenti hisap jari, berhenti bawa bantal busuk tu. busuk, malu kat orang jaa.

apa apa pun, terima kasih menceriakan kami selama ni, love. ;)