Friday, 26 March 2010

9 hari bekerja.





masuk hari ni dah 2 hari aku bekerja di bakery boutique. kenapa bakery butique ? hah. sengaja aku panggil macam tu, kecelaruan identiti. kedai aku menjaga tu sebenarnya bakery, segala macam kek dan biskut ada dijual, tapi sejak akhir akhir ini telah upgrade jadi boutique pulak. boleh kata penuh kedai laah baju kurung, jubah, tudung, blouse dan bermacam jenis pakaian wanita. kedai kecil ni kepunyaan Cik Pah, saudara abah.

yaa, aku bekerja hanya untuk 9 hari, menggantikan pekerja Cik Pah yang cuti menikah. sebab tu aku terima bila Cik Pah sms, mintak tolong jaga kedai. 9 hari saja, kalau lama lama mati bosan jugak dibuatnya. aku pulak jenis yang tak berdisiplin. hah, perit jugak bekerja dengan orang lama-lama kalau macam ni cantik punya perangai.

baru bekerja 2 hari, macam-macam ragam pulak aku nampak. biarlah, aku tak nak semakkan cerita ragam manusia dalam post ni. baik layankan kejap perangai aku, takut nanti penyakit sawan menyerang lagi.






ini baru 2 hari, kalau lama lama aku tak tau laah apa pulak yang jadi. mungkin aku akan bertukar jadi power rangers kaler kuning dan berlawan dengan raksaksa jadian, gamak aku akan kalah, aku bertukar pula jadi robot. dan akhirnya aku menang. power rangers mana boleh kalah..

okay, sekian dulu !

4 comments:

pojie said...

childish....haha

its ATIQ said...

haha.. mcm xdak nk btpa jaa?? hehe... klo aku xbosan kut.. jnji masyuk.. haha..
gila mta duitan..
tp skg neh tgh gawat! hehe
btw.. lma xnmpk ang lma duk keja nehh.... heheh...

f a ndhra said...

HAHA
gilaa cun awek jaga kedai neh
kena p neh
;p

oney said...

POJIE : lambat lagi aku nak matang wehh. baru lapanbelas, relax ahh, HAHA


ATIQ : lama tak nampak ? amboih. aku baru kerja 2 hari, HAHA


FATH : wah. jemput datang kedai.
boleh bagi discount. HAHA