Friday 28 January 2011

respect.

1. jangan main kepala.
ntah lah sejak bila aku tak suka orang main kepala. kalau orang Arab, main kepala ni macam bermesra eratkan silaturahim, tapi kalau bagi aku, main kepala ni macam kedudukan aku lekeh gila. padahal Allah pandang kita semua sama ja. maka tolonglah adik kakok abe abe, jange mae palo hambo. tersiat hati ambo, sakek.
dan jangan tarik sanggul belakang aku, memang fuck you lah. kau fikir aku botak ka apa nak buktikan tu rambut betul. fuck fuck fuck. tambah pulak kalau yang tarik tu lelaki. mak aii. memang babi bin celaka lah.

2. jangan main pegang-pegang.
aku tak biasa lah sebab aku budak kampung. fikiran aku kolot, tak boleh pakai. maka, biarlah aku kolot sendirian. banyak lagi cara kita boleh lepak.

3. hormat makanan.
kalau kawan kita makan sesuatu yang kita tak suka, diam. jangan sebut "eiw" jangan cakap benda tak baik. biarlah dia nak makan. berak keluar tahi dia yang teran.
kalau dah sudah makan, janganlah main makanan. geli lah tengok. kehsian kawan kita yang belum sudah makan. terbantut nafsu jin dia nak melahap..

4. jangan mainkan fizikal orang.
saya kayu. saya ranting. saya papan. saya hitam. saya gelap. saya berjerawat. saya pendek. saya keding. saya flat. saya buruk. dan saya okay. lali dah lah dengaq. muak.
cuba support sikit kawan yang chubby nak kurus, yang kurus nak berisi. support lah. hang kutuk macam tu sikit pon tak ubah apa-apa. 5, 6 kali dengaq memang lah lawak, boleh dibuat gelak-gelak. tapi kalau dah dekat 100 kali duk ulang benda sama, orang cool macam aku pon boleh hot.

benda sama akan tetap ulang-ulang. mungkin aku memang dilahirkan untuk ditindas kot. takpa lah. selagi aku tak keluar kata-kata marah, boleh lah tahan. jangan sampai aku angkat tangan sudah.. nasib baik aku jenis fikir banyak kali nak buat sesuatu. bukan macam hang dan hampa semua, main buat ja tak fikir apa. pi rah! otak ada, tapi bangun pagi tinggal otak atas katil.

okay lah. ampun dan maaf dipinta, selamat maju jaya.

Wednesday 26 January 2011

dah kau kenapa?

lepas exam maths dah habis, aku dah rasa merdeka dah. kejap lagi paper English. hah. lantak. esok Construction Technology. lagi tak tau apa benda. apa yang aku tau, BALIK!!! hehe. macam-macam aku nak buat balik nanti. serius macam-macam.

aku nak main futsal. tapi takda kawan yang cuti. memang pathetic. dah tu jom main bola depan rumah dengan budak kembar. lepas tu bila pakcik/makcik jiran sebelah rumah keluar, senyap-senyap lari masuk rumah. tau pon malu.

okay. sekarang pukul 11 dan masih belum mandi. best. aku memang tak suka mandi pagi. kesejukan boleh buat aku bengap. roommate aku dah sudah jawab exam, aku baru bangun tidur. memang cool lah exam petang. buat aku tidur 10 jam hari ni.

dan post ni memang takda arah tujuan. sama macam Projek 3 Basic Design aku. tak tentu arah. serabut. sama jugak macam aku. dan apa kata tak payah fikir? tapi gambar ni memang buat aku teringat projek lah. haha. bodoh.


teaser Project 3.
aku buat owl, orang nampak kucing.
memang seni.

Saturday 22 January 2011

mid semester exam.

letak tepi projek semua, jangan ingat, jangan fikir. buang jauh-jauh godaan pembaziran masa dan wang akibat stress. hempuk laptop biar mampus. buka buku, buka buku, buka buku! aku nak 3.8 semester ni. InsyaAllah. cuma satu aku mintak, doakan aku untuk subjek Art dan Basic Design... amin, amin, aminn.




Alhamdulillah. Project 2 Basic Design, Plane Composition dapat A/A-.
Prof : "very expressive, nice colour combination, should be an A
but some planes are not 90 degree"
beyond expectation jugak. tapi bila dah dapat antara A dan A-
otak tak bersyukur aku ni mula nak lebih. haha.

Thursday 20 January 2011

nasib.

banyaknya benda dalam kepala nak tulis. okay lah. tengok lah banyak mana yang mampu aku merepek. heh. mood swing tak habis habis lagi.

dah 2 hari aku demam dan cirit-birit. tinggal study, skip kelas, project tergendala. sedih memang sedih. waktu-waktu getir macam ni jugak nak sakit-sakit kan. semalam pulak kena paper cut. emo habis lah bila nampak darah. sakit beb. jari telunjuk tangan kanan pulak tu. haih. kenapa lah nasib aku macam ni. sekarang baru tau hargai nikmat kesihatan..

lepas tu tadi nak balik dari Midvalley, naik teksi sorang-sorang, kena marah dengan thambi driver teksi. celaka sungguh. mana pergi customer right? tahu lah stress tak boleh pergi Batu Caves sambut raya, tapi nak marah aku apa hal. bodoh punya *****. aku orang Melayu yang penuh sopan santun dan tata susila, maka aku bagi orang potong line sebab dia nampak nak cepat, tu pon salah kah uncle? tak faham aku. buat baik salah, buat jahat dapat dosa. hmph. itu lah, korang tak baca Quran.

biar lah dia. driver teksi tadi tu stress kot, aku maafkan. sebab aku pon selalu stress, marah orang tak bertempat. heh.

dan tadi Shahir datang UM, lepas tu pergi Mid. dan jumpa kakak jugak di Midvalley. makan, beli handbag mama, jalan-jalan sampai lenguh kaki sakit pinggang semua, balik. kuat pulak badan ni kalau bab berjalan, kalau time buat kerja lemah ja eh. bangang.

sekarang ni aku rindu sangat amat dekat kawan-kawan. busy gila kan kita sampai nak call, nak text pon tak sempat. Shah Alam dengan PJ memang jauh gila macam Arab dengan USA kan Mierah. Puncak Alam pulak tinggi sangat, susah nak kena golek jatuh bawah kan Atiq. lepas tu UM ni memang banyak gila cuti. cuti ja kerja, belajarnya tak pon. best gila UM sampai Azida datang KL pon tak boleh curi masa keluar sekali. sorry guys.. hampa cuti aku tak cuti. dah cuti sekali ada family plan pulak, tak boleh ikut pergi Penang.. i miss you.. :(

Wednesday 12 January 2011

bukan buruh kasar.

Selasa 11 Januari 2011. Muzium Kesenian Islam.

untuk subjek Art, budak Design dikerah beramai-ramai pergi melukis apa yang patut dekat muzium tersebut. major point nya ialah nak melihat replika masjid-masjid terulung di seluruh dunia. Islamic Architecture lah kira. model saja pon dah awesome gila babi. bayangkan kalau betul betul depan mata, menangis beb.

kalau dah subjek art tu memang tak boleh dipisahkan dengan lukis melukis. maka, sekali lagi aku terpaksa dan memaksa tangan menconteng-conteng dalam sketch book. melukis tu tak gemar sangat, tapi berjalan melihat sekeliling sangat lah best. bila berjalan guna kaki bukan naik kereta ka apa benda, dan tengok sendiri guna mata dan akal, baru dapat rasa Malaysia ni cantik rupanya. kita yang kurang hargai negara sendiri. tapi masalah yang tak dapat dielakkan dengan negara ni, bau busuk dan kotor. waktu lalu terowong stesen KTM Kuala Lumpur, muka aku dah pucat. busuk gila nokk. tapi tempat dia cool lah, rare.

aku sarankan korang pergi muzium ni. tak rugi pon duit sebab harga untuk maintenance muzium tu sendiri makan duit yang banyak. interior dan seni bina muzium ni tersangat lah lawa! kayo gila tuan punya muzium. oh. muzium ni hak persendirian tau. hebat tak hebat orang Malaysia. dan, aku rasa aku akan pergi lagi sekali tempat tu.






Rabu, 12 Januari 2011

untuk subjek Construction Technology, semua budak Alam Bina buat site visit hari ni. kemain lagi excited aku ni. boots yang berat tu aku buat main lari-lari jah. gagah kemain. akibatnya, malam ni aku dah tak rasa kaki dah. cool. serius best laah naik bangunan 11 tingkat yang belum siap. sebab aku dulu memang suka main pasir, main perang perang dengan sepupu sepapat dalam construction site, iaitu rumah pak long aku. haha. kecik-kecik dah nampak ciri-ciri gagah pada aku. memang cool.

okay. petang tadi penat yang amat. tapi best. walaupun aku tak dengar langsung explanation project manager and tutor tadi, berguna jugak site visit ni pada aku. contohnya, aku dah ada profile picture baru dah sekarang. heh. aku dah dapat bayang kerja aku nanti macam mana. sabar ja laah untuk 5-10 tahun. lepas tu, aku lah suri rumah paling berjaya! angkut anak pergi sekolah ja lepas tu. tak ke sweet, hahaha.


kalau aku jadi project manager,
aku akan jadi project manager yang paling gagah dan cool.
dah boleh nampak dari sekarang. hahaha

Tuesday 11 January 2011

Juara Lagu.

hihihi. seronok malam Juara Lagu tak habis-habis lagi. dapat tiket lah siot! tempat depan pulak tu. heh. tuah. kalau tak memang tak tengok langsung lah AJL tahun ni, tv takda lah katakan. tiba-tiba kakak message cakap kawan dia ada lebih satu VIP tiket, hihi. sebelum tu kakak siap text, "cuba lagi tahun depan, haha" which is satu ayat cubaan nak menaikkan rasa dengki dan cemburu. yeah. dia berjaya! tapi kalau dah rezeki tu tak ke mana kan. dah ada tiket, tak kan aku nak cakap tak nak! haha

aku rasa malam tu awesome gila. sound bagus. lighting superb. cool lah kira. result ja sikit spoil. sebelum ni aku tau Ana Raffali tu main puisi jah, tiba-tiba dah jadi penyanyi mainstream. kolot gila deh aku. baru hari ni dapat dengar betul-betul lagu Tolong Ingatkan Aku. lirik sangat puitis. memang patut menang, tapi sorry to say, malam tu penyampaian dia tak berapa bagus. tak cukup buat bulu roma naik macam bila waktu aku baca dia punya lirik.

okay. opening AJL oleh Francisca Peter! omg, omg!! suara dia sangat best nak mati!!! lepas tu Nash dan M. Nasir lah pulak!! aku kalau dengan M. Nasir, Jamal Abdillah, Alleycats, Siti Nurhaliza ni memang cukup minat, wakaka. Ghazal Untuk Rabiah siap tertunggu-tunggu bila Jamal nak naik menari sekali dengan M. Nasir. rupanya takda. takpa, balik tengok cd karoke abah pon okeh. hurm. persembahan sebelum result pon sangat superb. Sharifah Aini punya suara memang stock kalau bagi comand "dari kiri, cepat jalan" kaki kanan terus keluar pacak 90 degree terus kawat tak ingat lah kira. lepas tu Ziana Zain. boleh nampak Fara Fauzana yang 6 kerusi sebelah aku tengah ikut menyanyi. lol. semangat sungguh. aku tak sangka lah Fara Fauzana nak duduk tiket VIP biasa-biasa. kenapa dia tak duduk lagi depan? kan ada tiket kuning? apa der. okay. lepas tu persembahan aku tunggu-tunggu. Siti Nurhaliza weh! suara merdu tak payah cakap lah. lawa pulak tu. aku pon tak faham macam mana orang cakap dia gemok. mantap ada lah weh. haih. Siti, Siti..

overall performance okay! hurm. awesome lah kira! ada jugak kakak aku tanya, "awat hang macam takda perasaan?", "awat hang macam boring?", "hang okay ka?"

apa benda lah dia ni. kalau dah waktu tu time Hafiz AF, Adila AF, Shahir AF, Satcy. memang lah boring. aku tak tau nak ikut pon apa depa nyanyi. =.="

okay. performance paling melekat dalam hati. Yuna, Cinta Sempurna. tengok lah video mana pon tak kan sama dengan tengok dia perform live. menitik air mata lah siot. feeling habis dia perform! meremang. serius rasa dalam. walaupun lagu tu tak best mana, tapi penyampaian dia menyentap habis. dan semestinya, FAIZAL TAHIR!! ohmaiiigodddd!!! cair, cair, cair!! suara lelaki lah siot!!! dah la. dah la. tak nak cakap pasal Faizal Tahir. macam nak strok rasa. terlebih excited.

okay lah. bye bye! lama kan tak update blog. biasa lah. orang busy. hidup penuh warna-warni. saya gay, saya okay. I'm fine. thank you. kthxbye! LOL


sempoi ja pergi AJL. takda nak meghelik meghelaq macam lain-lain.
mandi pon tak hah. lepas dating terus gerak.
hurm. mungkin kena fikirkan costume lebih menarik untuk dating. baru daring.

Tuesday 4 January 2011

main nombor.

akhirnya, niat murni aku untuk menjauhkan diri dari benda-benda lagha di facebook terlerai sudah. ciss. Haiqal Shofi punya hal. aku pon describe lah pasal dia. lepas tu satu satu manusia datang request number. apa lu ingat gua main Sport Toto?

hihi. aku pon terjebak jugak main benda ni. maka gatal jugak tangan bagi nombor dekat orang. jom tengok outcomes jom. terasa nak buat portfolio "diri saya di mata anda" ciss seng!

Amzar ShamsulKamal punya hal.

3077|wah dari utaro nih...bg aku kau mmg terer bab lilit tudung hehehe..n mmg style a..n ko ade semangt nak wat sumtin walupon malas..itu yg pnting..smgt..malas laen kire de..hahahaha...all da best de

Fatin Nabilah Jailani punya mata.

911 | suka sangat tengok dia! suka style dia! cool doe. kau simple je orangnya. suka cakap art kau tak lawa, tapi sebenarnya lawa okey. better than me. kecik je dia nih. makan banyak, tapi tak gemuk gemuk pon. haha. jeles. kau berbakat besar. serious. dan aku rasa, kau kena makan banyaaaakk lagi! sebab kurus sangat. hehe. apa apa pun, best kawan dengan kau! :)

Fatimah Abd Razak kata.

1102: haaa aku ingat first time ckp dgn kau masa kat gazebo. masa tu ada nak buat projek GC kot. aku pinjam laptop kau sbb nak online cz time ni tak bawak lagi. HAHA aku suka style kau. kau comel sesuai dgn encik kumbang kau :) bleh ajar aku pakai shawl tak? HAHA kau suka cakap design kau tak cntik and tk siap lagi lah. *twitter punya psl :P* tapi aku tgok gempak jeh! goodluck okay, semoga jadi arkitek terkemuka! :D

Faez Faisal merepek.

1102, what a N.E.R.D for sitting in front of the class almost all the time. Haha. Don't deny it, you only started sitting at the back of the class starting 2nd sem, and tha't because someone took your seat! Ahaha. Got to know you in detail from Twitter, she adores hyperbole & metaphor. Too much of it, perhaps. But who's caring, I'm hyperbol-ing effective now. You're great, I would cross the seas for you. There? Haha

Afiq Fawwaz cakap cakap.

911|this small girl,,haha,,aku ske ble dpt bork ngan kau,,aje je mende de yg kau nak ckp,,style dye x yah kate r,,mmg den salute,,hehe,wlaupon saiz kau yg agak kecik,,tpi smgt kau aku tau besa,,haha,,x abeh2 ngan omsick kau tu,,tp kau ni best r buat kwn,,n slalu je mrendah diri,,proud what u have sis!!haha

Ahmad Bakhtiar Jawi punya blur.

1102, aaaaaaa, suka buat ang jeles ngan shahir :P dh lama xnmpak ang, slalu nk ajak keluar kl ada ja time xleh keluar huhuuh~ xpa aih aku keluaq ngan shahir pun aku jga dia gak~ haha papapun snornok kenal ang! gudluck dkt UM tu

Fathin Kasim puji memuji.

3077-kenal dari form1 lagi , tpi mula rapat masa form3 sebab kelas sekali,apa mahu cerita pasal dia?she's beautiful in her own way.senyuman paling menawan!aku rasa encik colgate kena ambik dia jadi model :P,apa lagi ? she's good in fashion.serious,bagus dalam mix and match.gadis ini juga seorang bercita-cita tinggi.kita kawan kan ? ILY :)

Ahmad Ibrahim Khamis punya falsafah.

3077, org agak susah pd mulanya utk diselami pemikirannya.. namun hatinya slalu bersih.. kepentingan diri dibelakangkan.. rakan2 diutamakan.. periang .. sronok brkrja dgn ag.. sorang komited dlm krja.. kreatif ngn idea2 baru.. berjiwa lembut mudah tersentuh tp mudah memaafkan.. thanx 4 being my frenz.. psstt.. raya nnty mai la umh ak.. :P

Nur Hanani Hailmy berkasih sayang.

911 hee..kakak sehari!kenal dari form 1,cool ouh gf aku yg ni..makan 10 kali lagi byk dari aku,tapi tak besaq2..pandai,talented,byk idea..harap2 hg bole capai cita2!iloveyou!:)for the first time tahun ni tak bole celebrate birthday sama2 kan?sobss..sedih..takpa,nanti aku balik sana,aku claim kek birthday..XD thank you for everything!

Ahmad Helmie punya sarcasm.

911 - jiran kesayangan ni. woot. haha sempoi, satu kepala ja. apa2 ja kita buat dulu mesti sekali kan? kecuali date dgn bf dia tu laaa. dia ni satu hal sikit. memanjang ja stress. meluat aku -,- dia stress pasal mcm2 haaa. haha duk stress pasal study apa, padahal aku tahu sgt ah dia ni mcm mana. boleh ja buat. but mampoi p lah dkt dia nak stress haa, aku tak kisah lah, dah paham sgt perangai dia mmg mcmtu. hoho. bestmates sekali dgn mierah. banyak rahsia antara kita tiga kan? but since aku datang manchester ni. entah banyak benda dah aku tk dgr apa. haha. jenis hati kering, tapi tak kering sgt lah. ada perasaan jugak la. nak jumpa anis? jgn harap, jumpa dkt KL boleh, mmg harapan nak bwk dia masuk perlis. hahaha. err apa lagi haa? oh dia ni kedekut sikit, tak pernah lg belanja aku. haha. blog mau duk tau memanjang emo. hahaha entah ah. aku rindu hang btw! haha :D byeeeeee


ada lagi kot 2, 3 orang yang buat pasal aku. malas nak cari balik. conclusion yang aku dapat, puji memuji ja banyak. bila nak cakap benda betul ni? biar aku sedar diri sikit. baru betul-betul describe diri. Helmie tu memang isolated case habis. memang memanjang nak ber sarcasm! haha. okay lah. bye!

Monday 3 January 2011

kembali ke sekolah!

wow. dah seminggu tak update blog. minggu ni paling hectic, paling. kalau minggu lepas separuh mati, minggu ni tak tau lah macam mana nak survive. dah ada 2 draf dalam dashboard. betapa busy nya hidup. tengok, tengok!!

okay. hari ni first day sekolah. bagi aku, first day belajar dalam tahun 2011. wah wah wah. gejala tertulis tarikh tahun lepas masih ada. paling kurang 1 kali silap. wajib nak tertulis 2010. wajib. walaupun mulut sebut 2011, tangan tulis 2010. memang tak normal.

dah 2011 weh. dah 2 tahun tinggal sekolah. tapi semangat Dermarian tu masih kuat! yeah! Derma terhebat oh Derma terhebat, huha! haha. teringat zaman hoki sukan premier. bukan main lagi menang sorak. tapi game kalah semua, hahaha.

okay. memandangkan aku tiada azam baru yang specific, maka, lecture di tahun baru sama jugak macam hari-hari biasa. 1 Januari 2011 ada kelas Basic Design. bukan main gelabah aku bangun lewat design tak siap, description tak buat. maka, lecture tak pergi. hanya pergi studio, hantar project, mengelamun, mengeluh dan membebel. lecture input untuk second project haram apa satu tak tau. memang cool.

3 Januari 2011. lecture lecture, tutorial tutorial. memang bosan. aku lalui hidup bosan tapi hectic ini dengan penuh sabar. Alhamdulillah. hidup sampai sekarang. walaupun dalam kelas aku duduk paling depan, tak bermakna aku paling focus dalam kelas. haih. memang tak ah.

oh. aku suka tahun baru aku sebab aku habiskan masa dengan family. sekarang memang aku hargai sangat masa dengan mak ayah adik-adik kakak semua. cewah! baru hang tau!

okay lah. aku busy sekarang. update blog pon biar cukup syarat. heh. ada lagi 1 draf bertarkh 31 December 2010. flashback sangat perlu. mana tahu nanti aku hilang ingatan. 2010 hanya sekali beb. okay. ini lah hasil kerja sehari aku di malam tahun baru. tak hebat mana. idea termendap. maka, keluar lah tahi sebijik. sekian, terima kasih! bye!






dalam bilik aku ada tikar mengkuang, klasik kan.
jangan main-main.