Saturday 27 November 2010

bosan siri tiga.

back to basic.
hihi. I think I'm cool ! :D



alaa. gambar ni patut gerak-gerak.
kecewa. hantuk kepala laju laju kat dinding.

Friday 26 November 2010

Design.

kenapa aku eager sangat nak masuk design?

sebab, aku malas belajar. aku tak suka benda teori. macam benda-benda yang aku paksa otak aku serap sejak zaman sekolah dulu. tak fun. aku nak buat praktikal. benda yang guna tangan, kaki, badan dan bukan sekadar guna otak. baru challenging, stressful dan ini baru fun. riak ni riak.

okay. untuk semester dua, subjek yang akan belajar ialah Properties of Matter and Chemistry, Statistic and Probability, Introduction to Construction Technology, Macroeconomic, Information and Technology, Art and also Basic Design.

fuhh. dengar pon pening.

lagi pening kalau dalam lecture asyik online, berangan, makan, mengantuk dan tidur. macam mana nak jadi pelajar cemerlang macam ni?! macam mana nak jadi manusia berguna?! hang tak payah nak berangan sangat Oni!

okay. untuk subjek art, iaitu seni lukis, aku cuak. sumpah aku cuak. yes. aku tak talented macam orang lain. apa aku ada cuma imagination and ideas. untuk aku luah semua imagination and ideas itu pon susah, ini kan nak design something new. fuhh. boleh tengok sketch book aku. hancur.

bagi aku, nak lukis orang lidi pon bukan main susah, ini kan nak lukis portrait. guna pensel pon aku belum mahir, ini kan pulak nak bermesra dengan charcoal, water calour bagai. arghh. tension!

macam mana ni, macam mana ni, macam mana ni?!

mama cakap, "boleh ka masuk design? kalau Oni rasa boleh, okay laa".
abah cakap, "macam mana nak masuk design? dulu tak ambik seni".
ntah laa. Oni pon tak pasti. tengok laah macam mana hidup nanti. kalau boleh survive okay laah, kalau tak boleh, balkoni ada. terjun saja dari tingkat 6 ni, habis semua masalah dunia.

at least, aku boleh rasa berbaloi sekarang. untuk masuk design, minimum gred untuk subjek Architecture Drafting dan Graphic Communication ialah B, dan CGPA semester satu harus 3.0 ke atas. means, aku dah lepas! yeah. masalahnya, untuk memastikan scholarship bertahan lama, harus 3.4 ke atas. adoihh. JPA ni pon satu hal. dah tak nak hantar oversea, nak demand pulakk. blah la lu!

aku sekarang berada dalam kesusahan yang amat teruk dan serius. cepat emo, insecure, paranoid pada semua benda. adakah ini normal?

aku risau subjek art.



"draw, draw, draw. time, time, time."
Miss Anum.

mari mencaci dengan aman.

sekarang aku suka tulis dan submit dekat twitter. oh. maksud aku, maki hamun di laman twitter. aku aktif balik twitter sebab aku nak ruang untuk bersendiri. aku nak meluah perasaan. aku nak mencaci dengan aman.

aku kurang gemar update status facebook. oh. aku memang kurang gemar facebook sekarang. terlalu open. semua orang boleh jadi kawan kau. celaka. padahal dalam realiti aku maki kau setiap saat dalam hati. oh. rupanya setiap nafasku penuh dosa. -__-"

sekarang twitter juga tidak aman. aku cuma ada 26 followers, tapi cukup untuk aku merasa tidak aman. aku lebih gemar kalau hanya ada beberapa kawan terdekat. aku mahu ruang.

mungkinkah aku perlu aktif Plurk kembali?

kalau-kalau curious aku kutuk kau ka tak, check ah twitter aku. mana tau dapat info menarik. buat masa sekarang UM-wifi-student dalam top list favourite topic to curse. aku cepat emo sekarang. ni semua sebab internet lembap. bangang.

Thursday 25 November 2010

emo.

aku jarang dapat apa aku nak.



aku memang paling loser.



serius aku emo sekarang.




hari ni aku dapat masuk Design. Alhamdulillah.
tapi tak tau kenapa aku rasa tak gembira mana.
tak hebat pon, jauh lagi nak sampai architecture.
tak kesah ah. aku tetap nak jadi designer.

Wednesday 24 November 2010

cerita sikit.

aku memang manusia paling tak bersyukur dalam dunia. bila tak ada kerja, memaki hamun sana sini bosan nak mati. bila hidup dihujanji kerja bertimpa-timpa, aku membebel tak puas hati. ah. aku juga manusia biasa la bodoh. sama, serupa, klise, stereotaip, tipikal. manusia.

tak. aku tak pms. jangan takut. bosan bosan memang macam ni.
emosi tidak stabil.

okay.

hari tu Isnin, aku tak buat apa-apa. pagi pukul sembilan pergi kelas. Chemistry and Statistic. damn boring. semua benda boring. tidur pon boring. aku tak tau apa nak jadi dengan hidup aku sekarang. PM Dr Aishah tu nampak cool sikit. tapi dia mengajar macam bercakap dengan diri sendiri kat depan. Puan Rohayatimah tu aku nampak ala ala Miss Anum sikit. tapi strict bukan main. dia mengajar bukan aku faham sangat pon. dia tak bagi sms dalam kelas. langsung tak cool. aku ni multi purpose tahu.

oh. lupa. semester ni aku tak nak kutuk lecturer. aku tak nak kutuk lecturer macam aku main-mainkan Daud dan Safiah. aku mintak ampun. aku nak jadi baik. aku nak dapat result bagus. nanti ibu di kampung seronok. orang-orang kampung respect. sejuk perut ibu mengandung.

okay.

hari tu Selasa, aku pergi Midvalley tengok movie. lepas ni kalau orang tanya Harry Potter tu apa benda, aku dah boleh cakap dia seorang budak lelaki berkaca mata bulat yang mempunyai tongkat. at least aku tahu something.

serius.

aku rasa Harry Potter 7 Part 1 ni best. kurang scene gelap. aku suka. aku tak tengok Harry Potter dulu pon sebab dia banyak scene gelap. menyampah doh. dulu aku tak pakai spec, tak pakai lens, memang ah malas nak jegil mata. sebab tu apa-apa cerita gelap aku menyampah. nak kurangkan bil elektrik ka apa.

Emma Watson memang aku minat dari dulu lagi. sejak aku ternampak gambar dia posing untuk Burberry. cantik bukan main. kalau ada dia depan aku, boleh histeria.

tapi aku menyampah cerita ni sebab duration lama nak mampos. beku aku dalam panggung. cerita best pon dah jadi bosan. kan aku dah cakap aku ni hyperactive. cepat bosan, kurang tumpuan. haih. lemah.

oh. okay.

hari ini Rabu. persoalan Design or Non-design masih tak tau lagi. bodoh. siang malam aku fikir. tak boleh lambat lagi? bagi tahun depan ja laa.

siang tadi ada kelas Introduction to Construction Technology. lecturer dia boleh tahan. lebih segak dari Daud. namanya, Imran. sedap bunyi.

tadi ada sesi memperkenalkan diri ntah apa ntah. dapat microphone jaa aku rambling ntah apa-apa. malu la bodoh. nasib baik tak rap ka dangdung ka apa. itu lah. kutuk Mai lagi cakap dia nak menyanyi bila dapat mic. eh. tapi suara Mai memang sedap betul. lunak semacam. kira boleh buat stock perlu-didengar-ketika-insomnia-pasti-boleh-tidur. best.

okay.

sekarang dah 12.30 malam. isya dulu beb. lepas tu pandai-pandai laah pejam mata, ingat Allah. dah banyak dosa aku sekarang. makin tua bukan makin banyak bekalan, makin berkurang ada lah. ntah ntah sudah negative. MasyaAllah. aku takut.

bye bye!

bosan siri dua.


waktu internet buat perangai cilaka semalam, aku main benda ni. HP Navigator. apa benda aku pon tak tau. boring boring, search rumah sendiri. HAHA. cukup bangang tak? ni semua UM-wifi-student punya pasal. kejap okay, kejap lost connection. memang cari nahas laah. aku tengah bosan teruk, dia buat perangai, memang mangsa cacian laah kan.

tapi kan, tak tau kenapa dia letak Taman Guru Jaya jadi Taman Permata. duhh. sumpah tak pernah dengar. tapi jalan-jalan, lorong, coordinate semua dah betul dah tu. thumbs up! coyy. macam aku tau pulak coordinate rumah berapa, latitute, longitude apa semua. dulu chapter Earths as a sphere pon malas belajar, berangan jadi genius. ah. merepek.

eh. kalau benda ni boleh nampak bumbung rumah, cat rumah, scan masuk dalam bilik, tengok orang-orang kat rumah, teropong tv, tarik internet connection atau ada pintu ajaib, mesti cool.



fikir realistic sikit lah Oni. boleh tak?

Tuesday 23 November 2010

boredom.

I'm bored. the internet connection is freaking slow and it's annoying! curse you UM-wifi-student! shame on you. living in this so-called metropolitan city, Kuala Lumpur with a freaking slow internet access, this is absurd. oh. yeah. it still in Malaysia. now, this situation seems to be logic right. -__-


hey. give me some project.
I'm bored!

Monday 22 November 2010

hey brother!


Zunnur Aiman Zulkhairi,
all the best for your SPM examination.
make us proud.
you will never know how much we're hoping for your success.
I love you!
cause you're the only brother I have.
hell yeah.
just do it! go for it!

Sunday 21 November 2010

semester baru.

tahun baru, azam baru.
semester baru, azam baru.
cliche.
tapi itu lah aku.
typical.

tak kisah lah.
ada azam baru,
ada lah semangat baru.

semua nak baru?
kasut baru,
baju baru,
seluar baru,
semua juga nak baru?
ah. melampau.

yang penting,
aku masih sama.
yang lama.

azam satu :
belajar rajin-rajin.
hehe. usah dipercaya.
dusta semata.

azam dua :
berjimat cermat.
oh. saya akan cuba.
walau betapa payahnya.

azam tiga :
be nice to everyone.
hehe. boleh kah?
atau makin annoying?
ah. kita tunggu dan lihat saja.

azam empat :
tidur cukup.
saya tidak mahu lagi eyebag dan jerawat.
sudah sudah lah.
sudah cukup banyak.

azam lima :
lengkapkan tutorial.
jangan copy paste.
dan jangan biar di copy paste.

azam enam :
tidak mahu tidur dalam kuliah.
jangan Oni, jangan.
malu sikit pada orang.

azam tujuh :
kurangkan online?
tapi untuk apa?
boleh kah? haha.

azam lapan :
bangun awal.
subuh Oni, subuh.
lepas subuh jangan tidur balik.
rezeki tertutup.

azam sembilan :
don't judge people,
and don't let people judge you.

azam sepuluh :
melaksanakan semua azam-azam di atas.

Saturday 20 November 2010

semester satu punya cerita.

bahang semester 2 sudah terasa. persoalan Design or Non-design, pointer, jadual baru, subjek baru dan segala macam persoalan bermain-main dalam otak. arghhh. tekanan? bring it on!

mari bercerita.

seingat aku, mendaftar masuk UM pada 23 Mei 2010. cewahh. waktu tu rasa celaka dan tak berguna sungguh. bajet bajet dapat lah diri ini merasa belajar luar, jangan harap, tak layak. HAHA. takpa, aku teruskan hidup dalam Minggu Haluan Siswa. apa yang aku ingat, minggu tersebut, kami banyak kena maki, kena tengking dan dipaksa menari dan entah apa lagi ntah. ceit. come on. dah macam camping budak menengah rendah. tapi bila dah habis Haluan Siswa, aku puas! aku bebas! HAHA

bertukar course dari Asasi Sains Fizikal ke Asasi Alam Bina aku rasa satu pilihan yang tepat. syukur. kalau dulu aku protes kuat tindakan abah yang menghalang aku ambik Lukisan Kejuruteraan, sekarang aku sudah nampak apa rasionalnya. sekarang aku boleh berbangga dengan dunia, aku dahulu pelajar Biology. sekurang-kurangnya aku tahu apa yanag berlaku dalam tubuh kayu ini.

tidak menyesal berada di sini. belajar dengan kawan-kawan yang hebat, berguru dengan orang hebat, mungkin suatu hari nanti menjadi seorang Nurul Auni Zulkhairi yang hebat juga. siapa tahu? HAHA.

kalau dahulu aku makan seorang, pergi kelas seorang, itu ini semua sendiri, sekarang aku sudah berteman. syukur lagi sekali. mencari kawan seperti di Derma memang sangat mustahil. tapi hidup tidak lah seteruk yang disangka.

dan, banyak benda aku belajar sepanjang di semester satu.

semuanya fun.

walaupun Geometry and Trigonometry tak pernah berlaku baik pada aku,
walaupun Physics makin menunjukkan belangnya pada aku,
walaupun Chemistry menarik-narik mataku,
walaupun Microeconomics mencabar ingatanku,
walaupun Architecture Drafting meragut cuti Sabtu ku,
walaupun Graphic Communication mencantas masa tidurku,

aku akur.
aku cari juga keseronokan dalam setiap kecelakaan yang menimpa.
oh. sesungguhnya, bahagia yang aku dapat.

HAHA. damn! tak boleh blahhh!

okay. sebelum lagi banyak aku merapu meraban, baik upload gambar sudah. tak payah menaip panjang-panjang. bukan termasuk dalam markah CGPA pon. layannnn.

awas. jangan muntah.
gambar penulis membanjiri post kali ini.

gambar semua tak ber edit.
awas dengan jerawat, kehitaman dan mulut pucat.


mukadimah.

kerja kita dalam lecture.

hehe. kan dah cakap. semuanya fun!

Jun. awal pengajian dulu.

3 pagi.

Muzium Seni Asia, UM.

Architecture Drafting.

Malam Ekspresi Garisan.

Graphic Communication lecturer, Miss Anum.

two-point perspective.

lines composition, lingkaran.

heliconia.

poster animation paling simple dalam dunia.


semoga semester dua belaku baik pada kita semua.
selamat pulang ke kolej. :(

Nuffnang punya hal.


UK itu mesti Helmie lah kan.
US mungkin Barrack Obama.
Indonesia mungkin Ariel Peterpan.
Portugal? mungkinkah peristiwa Melaka 1511 akan berulang?

seronok ni tengok colourful.
selalu nampak Malaysia, United Kingdom ja.
terima kasih lah Helmie.
setiap hari datang masuk blog.
rindu aku ka? HAHA

okay. ini update tiada motif.

Thursday 18 November 2010

korban.

lambat betul aku update ya. heh. malas laa nokk.
tak dapat nak menolong diri sendiri dah.
apa-apa pon, masih belum terlambat untuk meraikan Aidiladha.
ibadah korban masih boleh dijalankan pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. (Hari Tasyriq)
buat yang mengerjakan haji, Alhamdulillah.
jemaah haji dah beransur pulang agaknya?
semoga mendapat haji mabrur.


ikuti penjelajahan kisah korban aku di kampung halaman. haha

mangsa.
nama : Awang
nama manja : Abang
umur : lebih kurang 3 tahun

yang sedang memeluk Awang itu Tok aku. hihi.
setiap tahun Tok aku buat drama sebabak sebelum majlis korban.
menangis dia mengenangkan lembu yang diberi makan setiap hari bakal disembelih.
tiada lagi peneman dikala petang hari.
hihi. Tok ni memang lucu laa.
sungguh tau. Tok pandai buat lawak. tengok muka pon dah nak gelak. hihi.
I love you Tok!

setiap tahun aku tak terlepas tengok upacara sembelih lembu ni.
nampak macho sikit. pemberani.
tapi setiap tahun aku memang terlepas dari buat kerja itu ini.
hihi. pemalas. eh. bukan. aku sibuk. sibuk isi perot sendiri, non stop!
oh. tidur di hari raya itu wajib. -.-


suami isteri ?
yang bertanduk ini tunggu masa sahaja lagi.
dah dapat lampu hijau untuk kenduri, jalannn.
sekarang dia tengah bunting ntah berapa bulan.
semoga mendapat bayi lembu yang comel.

oh. terima kasih buat kawan-kawan
yang sempat datang menghabiskan makanan di rumah.
tahun depan datang lagi.



makan daging beringat-ingat.
jangan jadi seperti aku.
cirit-birit.

Saturday 13 November 2010

Saya Sayang Roommate Saya.

Sejak saya datang UM, saya tinggal di Kolej 12. Saya ada seorang roommate, namanya Nurhanim, atau singkatannya, Anim. Pertama kali dia memperkenalkan diri, saya sungguh tidak gemar dengan namanya. Saya fikir, hidup pasti akan susah begini. oh ya. Saya rasa semua orang tahu kenapa. hihi. Tapi rupanya, soal nama tidak penting.

Sebulan pertama saya di UM, saya asyik menangis kesunyian. Namun begitu, di depan roommate saya, saya hanya menahan air mata. Masih ingat kata-kata roommate saya, "kalau nak nangis, nangis je". hihi. Tapi saya malu. oh. Tidak lah malu sangat rasanya. Kerana ketika emak dan adik kembar saya menelefon dari jauh, air mata tidak dapat dibendung lagi. Maka, basahlah sapu tangan Garfield vintage saya.

Saya dan roommate berkongsi persamaan iaitu, kami gemar tidur dengan kerap ketika peperiksaan semakin hampir. Hal ini bagaikan sumpahan buat bilik kami kerana persekitarannya yang sangat aman, damai dan sesuai untuk memanjakan diri.

Selain itu, saya selalu terdorong untuk membuat perkara baik dan membaca Yassin dengan lebih kerap kerana roommate saya gemar membaca ayat-ayat suci al-Quran terutamanya al-Ma'thurat. Saya berasa sangat kerdil dan jahil. Di samping itu, saya berasa sangat beruntung mempunyai roommate yang mendorong saya ke arah kebaikan dan bukannya menjadikan saya lebih sesat seperti sediakala.

Patang tadi saya ditinggalkan buat julung-julung kalinya kerana roommate saya keluar menonton Megamind. Saya suka melihat dia keluar dan bergembira (kerana selalunya saya yang asyik keluar). Tetapi tidak hari ini, keadaan sungguh sunyi. Bilik-bilik di tingkat enam tidak ramai yang berpenghuni. Saya takut. oh. Saya bukan takutkan hantu, saya takutkan manusia. Saya selalu membayangkan ada penjahat yang bersembunyi di pantri atau bilik stor, menarik saya ke dalam dan melakukan perkara jahat. Ketika berseorangan di tandas, saya selalu membayangkan ada orang sedang mengintai. Malah, saya membayangkan ada tangan besar, berbulu lebat yang mungkin keluar dari lubang jamban atau ketika saya flush, bukan air yang keluar, tetapi merah darah. Apakah ini normal?

Berbalik kepada petang tadi.

Kesunyian yang mencengkam membuatkan saya tidak dapat melelapkan mata. Saya mahu mandi. Malangnya, fikiran-fikiran tersebut masih menghantui saya. Saya memberanikan diri ke tandas dan mengambil wuduk untuk solat asar. Saya langsung tidak merenung cermin dalam masa yang lama kerana saya takut jika ternampak kelibat sesuatu. Saya berjalan dengan laju melepasi pantri dan bilik stor.

Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku. hihi

Jam 7.30 petang, roommate saya pun pulang. Saya memberitahunya saya mahu mandi, tetapi tiada orang di tandas. Dia sudah sedia maklum dengan sifat penakut ini lalu berkata, "jom, jom kita mandi". Saya gelak besar. Sungguh comel rasanya ayat itu.

oh ya. sekurang-kurangnya dia tak tinggalkan saya ambil MUET sorang-sorang di sini. tidak seperti kawan senegeri, sesekolah, seuniversiti malah berjiran pula, kawan yang dahulunya berjanji mahu bergantung antara satu sama lain. malangnya, berita penukaran pusat peperiksaan langsung tidak dikhabarkan. takpa. saya bukan berdendam, cuma ambil hati. takpa. hati cakap I don't give a damn. tapi nampaknya ada jugak sidikit bekas di hati ya. oh. hati sudah pandai berbohong. tak apa lah. ini cerita roommate saya. saya sudah merepek-repek nampaknya. maaf.

Selasa nanti birthday roommate saya. Maka, saya ingin membelikan sesuatu untuknya tanda terima kasih setiap kali menggerakkan saya subuh, bertahan dengan bunyi alarm, menemankan saya ke toilet di tengah malam, membelikan makanan dikala saya malas ke cafe, menyapu dan membuang sampah, membasuh baju di hari Sabtu ketika saya ke kelas, bersabar dengan keadaan bilik yang semak ketika saya sibuk, berseorangan di bilik ketika saya keluar atau membuat tugasan, bertahan dengan muzik kuat dan bermacam-macam lagi perkara hebat yang telah dilakukan. Terima kasih ya roommate.

Merujuk kepada hujah-hujah di atas, oleh sebab itu lah, Saya Sayang Roommate Saya.



walaupun post ini nampak gay, suka hati aku ah. jeles ka? hihi.
eh. ada tak pertandingan essay Saya Sayang Roommate Saya? aku nak masuk ah.

Wednesday 10 November 2010

hari sekolah.

semalam Eman ada cakap, 'macam tak percaya, 11 tahun hidup duk pi sekolah, sekarang tinggal lagi 2 hari nak sekolah'.

*ayat telah ditukar serba sedikit untuk effect lebih sopan dan menarik.

memandangkan esok hari last persekolahan, maka, aku rasa terpanggil nak blogging pasal zaman sekolah dahulu. cewah. terpanggil siot.










Dermarian memang the best. rindu zaman sekolah. lepak. belajar mudah, hidup aman, joli. damn. rindu nak pakai baju kurung putih, kain biru, tudung serabai nak tangga tingkat 4 blok E. rindu doi. pagi pagi beli nasi lemak, lepak 5 Dinamik, breakfast dengan boyfriend, girlfriends. lepas tu baru masuk kelas sendiri. belajar macam nak mati, kelas Bio skip, kelas Sejarah masa tidur. rehat makan nasik ayam kantin, balik sekolah lepak Juliana, KFC. pi sekolah balik, kelas tambahan. lepak lorong PPSMI, dating, kena terjah, lari. damn. rindu beb.

walaupun hidup kita serabai dulu-dulu, tapi sekarang semua dah menuju kejayaan. kawan-kawan aku nanti semua akan jadi orang besar. aku ja terkapai-kapai lagi. itu lah, siapa suruh letak cita-cita suri rumah nombor 1. memang suri sungguh lah. -.-

oh. by the way, congratulation SMK Derma! which had been awarded as 2nd best in Malaysia for co-curriculum activities. I was a Dermarian, and always be a Dermarian and I'm proud of it! cewah.

tak menahan kan post kali ni. haha.

Tuesday 9 November 2010

bencana.

okay. ini cubaan kali ke ke tiga untuk update blog setelah 2 hari tumpas di tangan kemalasan. sebenarnya nak update pasal banjir. memandangkan banjir sudah reda, maka, nak update jugak pasal banjir! huh. boleh pulak macam tu kan.

apa benda lah aku merepek.

okay, serius.

apa benda ntah nak tulis.

oh. okay. dah ingat.

waktu on the way balik Perlis hari tu, jalan di Alor Star dah naik air, dah macam laut dah. terpegun sekejap tengok banjir depan mata. first time experience lah katakan. siap ambik gambar mms Shahir lagi tu. haha. maka, cemburu lah dia tak dapat balik dan melihat banjir. kasihan.

tapi tak apa. kalau awak balik, melihat Perlis seperti dilanda bancana alam yang amat dahsyat sekali, (ya. memang sangat dahsyat banjir kali ini.) sedih. Perlis sudah tidak permai lagi mempersona. yang tinggal hanya sisa-sisa sampah di tepi-tepi jalan, bau busuk dan jalan raya yang diselaputi bekas-bekas tanah.

semoga keadaan kembali seperti dulu. aminn.

sesudah banjir, gerakan membersih dijalankan. alahai. lemah sungguh bab-bab ini. mungkin aku ditakdirkan tak pernah mengalami banjir kerana malas mengemas dan tak tahan ujian mungkin. belagak.

keadaan dalam rumah bertambah baik. nasib baik perabot kebanyakannya kayu-kayan dan jati, tak perlu susah payah menyelamatkan perabot-perabot besar. yang ada cuma sofa besar depan tv, itu rumit. hehe. tak ada rumit mana, bukan aku yang buat pon. haih. kasihan mereka-mereka di rumah. sudah lah banyak barang yang perlu diangkat, dijauh dari air, hidup tak selesa, terpaksa mengemas pula. haih. itu lah. banyak sangat barang tak berguna di rumah. buku-buku, kertas itu kertas ini, baju-baju, mainan budak kembar lagi. hah. memang banyak. lapan manusia satu rumah, padan lah.

dengar cerita banjir gelombang ke dua bakal tiba. harap-harap dijauhkan.. aminn.

okay. sejak balik rumah hari tu, kegilaan 'reblog' di tumblr menjadi-jadi. sehari boleh capai 20 gambar yang berjaya di reblog. tahniah untuk diri sendiri.

kadang-kadang mama meluat sampai switch off wireless. sampai hati hah. tapi 2 minit lepas tu aku switch on balik, then mama tutup balik lapas tu aku buka balik dan berulang-ulang lah benda yang sama sambil diiringi muzik latar bebelan percuma. padan muka.

hurm. sampai sini sahaja kott.

tahniah dan syabas untuk diri sendiri. berjaya juga update blog yang penuh pancaroba ini. yeah. bye bye! jumpa lagi !


Monday 8 November 2010

pendek.

fuhh. dah lama tak update blog huh. haha. lama lah sangat kan.. biasa lah, kalau duduk di rumah, tak sempat nak boring boring lepas tu ter update blog panjang panjang dengan kadar yang kerap. tak sempat okay. tak sempat nak boring pon.

cuti yang hanya kurang dari dua minggu ni harus diguna sebaik mungkin. harus. wajib. fardhu.

okay, tak boleh update panjang panjang. Mierah call ajak meronggeng dan aku belum mandi pon. hahaha.

bye! have a nice day everyone :)

Wednesday 3 November 2010

after final.

nah. ini aku suka. aktiviti selepas final. cis. takda lah selepas final sangat, sebabnya paper English belum selesai. tapi faham-faham lah kan, English. hehehe. semua orang buat-buat macam sudah merdeka setelah dijajah 20 tahun. padahal 2 minggu ja pon. tapi bagi pelajar Alam Bina, 4 hari ja kan. taaapi, 3 minggu sebelum tu dah boleh dikira pre-final dah pon kelam-kabut menyiapkan segala projek bagai.

makanya, kami berhak enjoy sehabis gila!

perghh. bab enjoy berfoya-foya, joli-moli ni memang digemari ramai lah kan.

sehabis saja paper FSAB0121, Basic Physics and Chemistry 1, aku masih terkapai-kapai menyiapkan portfolio Architecture Drafting. malas memang malas, tapi mengenangkan ini lah satu-satu nya harapan yang tinggal untuk masuk Design, pulun sehabisnya buat redos siang malam dan pagi. taaapi, mengenangkan tutor yang bapak kedekut markah dan teliti tahap dewa, samangat pon kian luntur..

maka, portfolio aku sekadar siap sahaja..

sesudah dihantar pada Sabtu tepat jam 2 petang, aku, AC, Fendi, Amal dan adiknya bergerak ke Balai Seni Lukis Negara, berhampiran Istana Budaya dan Taman Tasik Titiwangsa. belum masuk lagi dah terpegun dah. masuk dalam Balai Seni tu, dah macam nak menangis dah. pergi lah sendiri, tau lah macam mana aku rasa.

mati hidup semula pon belum tentu aku dapat buat artwork macam tu.

diam tanpa banyak bicara. tidur dalam kereta. sampai sudah di Midvalley. maka berjumpa lah dengan Shahir si hidung besar jerawat banyak nak mampoih tu. makan makan makan di Nando's berjalan-jalan menghabiskan duit dan tenaga, pulang.

perghh. penat gila huh cerita macam ni. surrender.

Ahad, 31 Oktober 2010.
Sunway Lagoon!

Shahir, walaupun aku jarang cakap, tapi kan. aku sayang gila tau dak kat hang... coy. blah hang Oni. macam selalu jaa I galak galak dengan you cakap I love you kan, hahaha. okay, happy 21 months anniversary. I love you. :)





Shahir berkenan benda ni.
aku tak tau apa masalah dia.. exotic gila.

the examination.



ini lah kedudukan aku dalam Dewan Peperiksaan yang maha besar tu.
dalam banyak banyak tempat,
paling hujung, paling tepi, paling terpinggir,
itu lah aku.
tak tau lah pulak coordinate berapa.
tapi kalau ada pengumuman ka apa memang malas nak dengar lah.
tau lah aku ni student tukat course last minute,
tapi agak-agak ah weh,
kanan, depan, belakang takda orang.
nasib baik sebelah kiri ada jugak kelibat manusia.
kalau tak dapat 4 rata ni memang salah tempat duduk tak ong. haha


esok exam English, harap-harap listening aku tak tidur. sebab exam ES, Physics aku dah mamai mamai dah. walaupun exam aku jawab macam baru sekolah 2 hari, aku tetap harap 3.5 atau at least 3.4 lah kan. aim tinggi-tinggi pandai. belajar malas. menikah nak jaa. tak guna kau Oni.