Tuesday 28 December 2010

philosophy.

susah lah kalau umur lapan belas baru nak cari identiti. useless lah aku kenal kau bertahun dulu sebab sekarang semua berubah ikut identiti yang baru. cool. semua benda pon berubah kan. weather jadi climate. ballads jadi indie. jalan jadi highway. sekarang ni aku yang petut terima kenyataan. kau tak salah. masa yang berubah. dan aku yang kolot? tak. aku yang over. memang patut semua orang berubah, sebab semua fikir masa depan. bukan macam aku. hidup nak senang.


sedih lah macam ni.


okay. aku cuba tak fikir.


tipu.


aku tengah fikir.


i never be the same
if we ever meet again.

Monday 27 December 2010

awesome.

sempat jugak aku balik rumah raya Christmas hari tu. hehe. terasa diri ini awesome lepas balik rumah! haha. aku sendiri pon tak tau apa motif aku balik weekend. pergi balik dah makan masa dan duit, kerja bertimbun-timbun terbengkalai. tapi semua tu bukan penghalang untuk aku balik! yeah! oh. tak dilupa, 2 lecture, 1 tutorial dan 1 quiz yang berjaya aku ponteng hari ini. tahniah Oni tahniah!

okay. weekend aku awesome kali ni sebab
1. aku balik rumah
2. aku makan laksa
3. aku jumpa family
4. Malaysia menang bola
5. projek tak siap

hebat kan weekend aku? best kot balik rumah. haih. harus dan mesti terima kenyataan yang aku dah besar sekarang, bukan masa lagi dah nak lepak kat rumah. hidup pon bukan sampai mati ditanggung mak bapak. dosa pon dah kena tanggung sendiri dah. tsk.

okay. matlamat aku setelah balik kolej, macam biasa. belajar kononnya. ciss. ini memang tipikal sangat dah. muak dah ulang benda sama, tapi tak buat-buat.

matlamat ke dua, shopping. yang ni memang aku akan buat. memang. tapi susah lah kalau tengok baju semua takda yang mengancam dan menganggu tidur malam. semua boring. cuma sneakers, kasut dan beg stok kikis dompet mak bapak yang aku idam-idamkan sangat.

dan matlamat ke tiga, saving, InsyaAllah. aku lemah sungguh bajet bajet ni. plan penjimatan aku tak pernah nak menjadi kalau dah nafsu makan macam jin, kalau dah keluar semuanggu 2, 3 kali, memang TAK dapat laah. takpa, yang penting niat ada, haha.

Rabu nanti nak tengok final bola. nak tengok mana? cafe? urghh. memang tak ah. semak otak.


budak umur 8 tahun pon tau rasa ketinggalan. haih.
tapi bila dah ada facebook makin menjadi lah budak dua orang ni online.
siapa yang ajar? aku jugak, haha.
okay. evil smile tu benci gila. dah la takda gigi. tolonglah!

hasil seni untuk abang. haha
okay bye! ingat. no smoking in the house!

Monday 20 December 2010

result.

3.64

tak tau macam mana nak react.

Alhamdulillah. tak sangka banyak A jugak. heh. lepas target JPA, lepas target diri sendiri. tapi lepas dah senyum lebar baru sedar. ciss. macam ni nak masuk architecture, memang tak dapat lah. yang di atas bercambah-cambah. yang akan dipilih hanya 20. nak selit nama aku dalam list bakal graduan seni bina? memang tak ah.

hurm. yang aku tau, Graphic Communication memang tahi dan agak biased. well. siapa boleh pikat lecturer, dia menang. tak payah usaha lebih untuk final projek dah boleh survive. aku? memang tak ah. tak tidur malam siapkan projek, baru B+ dalam tangan. Alhamdulillah tak C. thanks lah Miss A.

conclusion aku untuk semester 2? mati.

Art. Basic Design. 5 credit hour setiap satu. Art = C terus drop CGPA. memang penat aku fikir. kau nak sangat design. ambik hang.

mengharap harapan.

semalam aku mimpi ni.
parah.

Friday 17 December 2010

aku bukan aku.

aku perlu titik mula. aku nak turning point yang baru. yang segar. yang berkesan. aku perlu balik rumah, atau tampar muka sendiri selepas pegang result.

aku perlu balik. bagi balik cuti christmas aku. kau orang-orang mungkin tak faham apa aku rasa sebab kau orang-orang boleh selalu-selalu balik rumah, boleh selalu-selalu cuti. letak kaki dalam kasut aku tengok. tapi malang. memang tak boleh. sebab size kasut kita tak sama. aku bukan kau, kau bukan aku. dan aku juga bukan aku. rumit.

aku dah penat lah marah pihak yang tahan result budak Alam Bina. aku dah penat kata bodoh. dah penat sebut celaka. dah penat jerit fuck. dah penat panggil babi. kau buat aku hilang mood untuk belajar. hilang mood untuk bekerja. hilang mood untuk design. kau orang-orang bodoh, celaka, fuck dan babi.

aku bukan nak cari salah kau orang-orang. cuma aku dah penat.

Wednesday 15 December 2010

laksa.


seminggu dah asyik teringat laksa. benci aku hidup macam ni. lapaq laksa weh! terseksa dah ni. tolong lah. jom pi makan laksa wahai kawan-kawan. tak dapat laksa Kuala Perlis, laksa Restoran Ajmal depan UM tu pon jadi lah.

gambar ikhsan google. fuh. menyesal pi google "laksa kuala perlis". menyeksakan diri. aku tengok gambar atas tu memang sah, confirm laksa Kak Su Kuala Perlis. haih. tu belum laksa D'Adna lagi tu. tambah cabai melaka (cili hijau) secukup rasa. perghhh. meleleh ayaq liuq.

mama, nak balik! =/

Tuesday 14 December 2010

composition.

Dewan Tunku Canselor, UM.

hari ni kelas Art belajar composition. mudah ja nak faham composition ni, tapi nak merealisasikan di atas kertas, haih. memang aku fail. jarang lah nak success kerja-kerja melukis ni. pathetic kan.

okay. tadi bersaksikan kereta lalu-lalang, pepohon rendang, awan mendung dan juga panas terik, berselerak lah kami pelajar Alam Bina, di tepi-tepi jalan akibat dikerah melukis Dewan Tunku Canselor, UM.

malas nak cerita lah.

aku bersyukur sebab waktu sesi mengkritik tadi, lukisan aku tak terpilih sebagai yang paling buruk. nervous beb bila Tutor Azam tu jalan-jalan cari lukisan terburuk. sebab aku rasa aku punya memang buruk. paling buruk antara semua. aku rasa, tutor tu tak nak tarik drawing aku, sebab kasihan kat budak macam aku ni, mungkin. seribu kali ajar pon tak pandai-pandai. maka, dia give up lagi nak mengajar.

ciss. persetankan semua.

okay. di sini, aku nak menyatakan bahawa, result pelajar Asasi Alam Bina, UM belum keluar! aku memang dah tak larat mencarut dah. dari awal aku masuk PASUM lagi memang aku dah lebel kakitangan PASUM ni tak boleh pakai. birokrasi melebih-lebih, tak mesra pelanggan pulak tu. aku dah lalui banyak kenangan dengan akak-akak pejabat tu, start dari aku tukar course dulu lagi. memang topik terbaik untuk mencarut. lembap.

tarik nafas panjang-panjang. cool.

menjadi seorang aku memang payah. setiap minggu kalau tak keluar, memang tak sah. aku pon tak faham apa hal suka sangat keluar. memang sifat semulajadi yang dibawa dari rumah. keluar, keluar, keluar. heh. balik-balik tempat yang sama jugak. booooring! tapi disebabkan nak balik rumah berjumpa keluarga tersayang sangat mustahil, seminggu 6 hari bekerja dan duduk terperap dalam kolej memang tak baik untuk kesihatan mental. maka, mari kita berseronok di luar. konon-konon cari inspiration. ciss.

okay, hari Ahad hari tu, 12 Disember 2010, bertempat di Midvalley, berjumpa lah aku dengan Arep, Fath dan Pa'an. heh. takda motif pon keluar. lama tak jumpa Arep, tak jumpa Fath. Pa'an tu selalu jugak nampak kat cc depan rumah aku tu. tak heran sangat laah. haha

okay. ini lah hasil curian aku dari Arep :






memang semua gambar aku nampak kecik.
awet muda barangkali.

Saturday 11 December 2010

mari mencarut.

my name is Oney and I'm a design student. pfffft!

baru 2 minggu jadi budak Design, aku dah mengeluh macam-macam, emo sana sini. serius aku cakap, sekarang aku lost. dan aku tak rasa awesome pon jadi budak design.

start kelas Art Miss Anum, minggu lepas lagi aku dah lost. semuanya gara-gara kerusi. fuck. aku stress bila setiap kali aku lukis kerusi, salah. salah. salah. sampai tutor model si Razman tu buat tak tau kat aku, sampai tutor Azam yang cool lagi baik tu dah tak larat nak ajar lagi dah. sampai dia cakap. "masalah ni, masalah" bayangkan lah perasaan aku down macam mana.. dah laah depan orang handsome, hilang sifat cool aku. ciss. pi mampos laa Art apa jadah. memang aku tak pandai lukis pon. pasrah.

Basic Design lagi buat menambah stress. oh. aku dapat tutor baru, En. Taufiq namanya. pendek. tapi baik la jugak. boleh laa. aku berjaya menipu dia tadi konon-konon aku dah ada design untuk first projek tu. bereh. dia siap bagi idea suruh tambah itu ini. wahaha. thanks! boleh pulak kan aku buat design ala-ala fairytale. eiww. macam gegirl do. ciss. tak kisah laah. asalkan kerja jalan, projek siap, hati senang! markah rendah belakang kira.

oh. tadi aku suruh abah masukkan duit konon nak beli barang projek. bereh. thanks for your support! beli barang projek mungkin RM50 lebih-lebih ja paling mahal pon, yang lain-lain tu bazir ja banyak. hehehe. tapi aku dapat rasa laah abah aku ni bangga jugak dengan aku, sebab Sabtu petang pukul 5 ada kelas lagi. cool kan. ciss.

lagi aku tak larat mencarut bila 25 Disember ada kelas. fuck laa. memang lah aku tak raya Christmas, tapi aku nak balik rumah la bodoh! kalau tak nak bagi aku balik rumah pon, kasihan laah dekat Paul. dia nak merasa raya jugak. waktu raya puasa, kita cuti, dia pon tak pasal-pasal kena cuti. belajar tinggi-tinggi tapi racist, tak guna. pi mampos laah dengan ikut majoriti apa jadah. majoriti pon maki hamun macam aku jugak rasanya.

okay. tadi mama call. seminggu dah mak aku tak call. hari ni baru dapat berita hah. sadis macam ni. tapi aku faham laah. mama aku sibuk study. Isnin nanti dia exam, good luck ma!

ada dia tanya, projek apa kena buat. aku cakap kena design box. "kotak? buat la box macam kotak purple Oni tu, buat bulat-bulat" LOL. serius tak membantu langsung mama oi ! hahaha. tapi terima kasih laah atas sumbangan idea. mak aku ni stalker. nanti dia baca laah semua benda aku tulis dalam ni.. memang takda privasi sungguh. tapi takpa, you're still my mum, and I'll be your awesome daughter forever!

ciss. mencarut. okay bye!

Wednesday 8 December 2010

random.

serius. aku dah tak tau nak buat apa benda. tumblr dah, facebook dah, twitter pon dah. nak update blog tersangat malas nak merapu, idea pon takda. berbekalkan dua tangan dan sepulu jari ini, mari lihat apa yang akan berlaku..

erk.

kerja aku banyak. serius. tutorials apa benda langsung tak bersentuh. project untuk Basic Design pon belum nampak bayang lagi. Sabtu nanti kena present ideas pulak dekat tutor psycho tu. takpa. Jumaat malam aku buat. sekarang ni belum cukup stress lagi untuk tangan aku bekerja. memang otak last minute habis.

okay. beberapa hari ni aku rasa aku cool. Isnin hari tu aku bangun pukul 8.40 dan kelas start pukul 9 pagi. 8.55 aku dah siap turun bawah. hebat kan? sama jugak macam hari ni, aku bangun 9.40 dan kelas start pukul 10 pagi. ini semua gara-gara aku tidur lepas subuh dan mimpi macam-macam.

pelik.

oh. aku memang pelik.

okay. seminggu ni aku banyak fikir benda-benda lepas. kenang balik zaman sekolah, rumah, childhood, kampung. sedih okay. aku rindu banyak benda. I miss my late grandma, and of course I miss home! dekat kolej, aku selalu makan nasik berlauk dengan kerabu pelam. oh. orang sini panggil kerabu mangga. sebabnya, Tok dulu suka buat kerabu pelam. sedap okay.. heaven.

okay. tak nak cerita laah. sedih!

hurm. orang cakap buat apa kenang benda lepas kan. fuck off. apa punya teori. sejarah pun disuruh ingat, ni kan benda yang jadi pada diri sendiri. tambah pulak kenangan kan.

lepas tu aku tengok balik video-video zaman sekolah kat facebook. mak aii. lame sungguh. tapi sangat AWESOME. sebab apa? sebab kita Dermarian. haha. high school memang best. tak kisah laah sekolah di ceruk mana, masing-masing akan cakap sekolah dia paling best dalam dunia.

bila zaman sekolah, masing-masing tak sabar nak masuk universiti. bila dah habis sekolah, masing-masing emo, rindu zaman baju putih kain biru. ironic kan..

Cat. Fath. dua orang yang selalu bikin mulut tersenyum besar.
lama tak jumpa..

Fadh. Oni. Nan. Hanna. Ili. Atiq. Nia.
kecik sampai besar sama-sama.
oh. aku koperal tau. woot. woot. HAHA

Mierah. Azida.
dua orang cantik dan berhati besar.

Bulan. Helmie. Arep.
Mierah. Oni. Atiq.
rindu Atiq.

aku tahu aku lame.
tapi aku rindu nak pakai t-shirt biru gedebeh kegemaran aku.

futsal bebeh.
nampak si kembar tu?
I think. they occupied half of my heart.

hijau biiru, biru hijau.
Helmie. Oni. Atiq. Azida. Shahir.
okay. tersengeh-sengeh tu Leya!
miss you hottie ! hihi

seriously. bila lagi nak boleh picnic macam ni?
aku tunggu Jun.

Sunday 5 December 2010

happy birthday sister!

hihi. kakak aku dah 22 tahun sudah hari ni. tahniah. anda makin tua, tapi makin lama makin kecik. macam mana tu?

eh. apa ntah nak tulis?

okay laa. sebenarnya aku sayang gila la kakak aku ni memandangkan aku hanya ada seorang kakak. ya laah dah anak kedua kan. kakak aku ni pemurah. selagi duit dia tak menunjukkan angka bawah RM50, dia akan guna dan belanja adik-adik. hihi. kalau keluar dengan dia memang heaven laah. duit tambang, makan semua ditanggung dan paling lekeh, dapat sehelai baju baru. cool kan? best ada kakak. banyak benda aku belajar dari kakak aku ni. haha.

1. aku belajar dengar lagu cool.
kalau sekolah rendah dulu kira aku ni pioneer lagu-lagu cool dan mantap laah. ceh. bukan main. konon-konon dulu sangat hebat lah dapat rap lagu Linkin Park dalam kelas. coy. pirahh. lame hang tau, lame!

2. aku belajar pakai baju cool. konon. -.-
HAHA. betul okay. kalau dah kakak aku pakai itu ini nampak sempoi, aku nak jugak. ini orang panggil teringin. lepas tu mula laah nak bodek-bodek.. "bagi kat Oni laah baju/kasut/jeans/tudung ni" bijak kan aku.

3. aku belajar pakai tudung.
kalau aku pakai tudung sekolah senget benget, semua gara-gara badi tudung sekolah kakak aku dulu-dulu yang tak pernah menjadi. lepas tu kan, tengok kakak aku pakai shawl macam rare, aku pon mauuuu. dulu-dulu rare laah. boleh kira ja berapa ramai orang pakai tudung belit-belit. sekarang, bercambah!

4. aku belajar buat muka comel.
oh. ini isolated case laah. bila berjalan dengan kakak aku ja aku akan buat muka comel. kakak aku ni kecik dan comel. aku rasa insecure sebab selalu orang ingat aku ni kakak. damn you. I'm eighteen and she's twenty two!

5. aku belajar untuk bercinta.
HAHA. ini tak boleh blahh. oh. aku simpati jugak laa dengan love life kakak aku ni. sebab dia selalu tak bernasib baik dalam relationship. dan sekarang bila dia dah balik kepada boyfriend zaman sekolah dia, ada pulak mulut bercakap-cakap. nasihat aku, jodoh di tangan Allah. anda apa kuasa nak mempersoal? biar lah. mama aku tak kesah pon. hang sebok-sebok apa hal? takda kerja sangat dah nak buat? kakak aku nak bahagia jugak! hang cilaka pi main jauh-jauh. tak payah nak buat cerita itu ini. kakak aku tak pernah kacau hidup orang pon. booo! you are loser boo! major loser boo!!!

okay. okay. ni cerita lain dah ni. HAHA

6. aku belajar untuk jadi perfect.
bukan main ni. aku selalu nak jadi seorang anak yang paling itu dan ini dalam rumah. wakaka. paling cool, paling macho, paling berani, paling bermasalah, paling keras kepala, paling rajin masak, paling bijak. HAHA. kalau SPM dulu kakak aku dapat 8A, aku mesti kena dapat lagi atas dari itu, which is semua A. shitto. dan sekarang bila dia dah duduk universiti Melayu, dapat anugerah itu ini dan kali ni dapat pointer 3.88, aku stress! esok lusa result aku keluar wei ! apa nak cakap kat mak aku ?
oh. kalau anak paling solehah itu mesti Afini, kalau anak paling manja itu mesti.. semua! HAHA. nanti anak paling bijak pon mesti jatuh ke tangan Afini jugak laah. takpa, takpa. ambik semua dik oi ! Kak Oni tak larat belajaq dah. HAHA

macam-macam lagi laah aku belajar dari dia memandangkan dia seorang jaa role model yang aku ada. selain mama aku laah. untung aku ada kakak..

oh. apa yang aku perhatikan. anak sulung dengan mak memang tak masuk. tapi bila berjauhan tu memang rindu berhabis-habisan laah. tapi balik rumah ja nak bergaduh. selalu aku akan kata "alaa. sebenaq nya mama dengan kakak tu sama jaa perangai, tu yang asyik tak kena tu." dan abah akan gelak. hihi



nampak tak middle child syndrome kat belakang tu? HAHA.

dulu kami macam ni.

sekarang kami macam ni. HAHA

mimpi aneh.

semalam aku mimpi. bukan mimpi basah, tapi mimpi aneh. aku jarang main permainan tidur macam ni, jarang nak bermimpi-mimpi. tidur mati.

tapi semalam termimpi pulak.

aku kalau mimpi, memang bangun tidur atas pukul 9. dan tadi aku bangun 10.40 pagi. roommate aku dah siap buat tutorial, lipat baju, mengemas apa semua, aku baru lap-lap mulut, keluar dari selimut.

selalunya aku tak ingat apa yang aku mimpi semalam. ini punya mimpi pon aku ingat waktu tengah mandi. punya laah lama aku mandi sampai boleh teringat balik mimpi apa semua, lepas tu siap buat rangka karangan blog lagi. memang inspiring habis waktu tengah mandi ni.

okay.

semalam aku mimpi ular. segerombolan ular. yang aneh nya. ular-ular itu colourful dan boleh bertukar menjadi seorang perempuan. perempuan itu aku kenal, pakai tudung lagi, kami bercakap-cakap. tapi aku tak ingat muka siapa. haha. membuatkan ular itu bertambah cantik, bentuk dia leper dan gabungan curvilinear dan macam braid. aneh ni aneh.

waktu tengah mimpi tu, aku siap rasa geli-geli lagi tengok ular tu merayap. eiww. tapi disebabkan ia colourful, aku siap boleh picnic sebelah ular-ular tu lagi. aneh ni aneh.

lepas tu ntah macam mana connection nya, aku mimpi tengah ber camping dengan kawan-kawan, juga lupa siapa gerangannya. dan kami semua bermain layang-layang yang bapak besar dekat padang sekolah. layang-layang tu colourful. hah. mungkin itu connection nya. aneh ni aneh.

apa punya mimpi da.

mungkin ini semua gara-gara first project basic design.



Saturday 4 December 2010

Basic Design.

point, line, plane, texture.

dynamic,
movement,
direction,
gradation,
proportion,
rythm,
harmony,
composition,
contras.

ambik hang Oni.
first project dah dapat.
jangan duk cakap banyak.

Friday 3 December 2010

gampang.

hari ini aku bangun pukul 11. tak guna punya pompuan. bangun terus mandi sebab roommate aku dijangka pulang jam 11 pagi. malu laah beb roommate balik tengok aku dalam selimut lagi, rambut macam hantu, mulut meleleh-leleh air liur basi. malam tu aku dah tanya siap-siap kat roommate, "Anim besok kelas pukul bape? sampai?" efficient kan aku.

sebelum mandi aku online. sempat lagi tweet "good morning world. :)"

bukan main lagi hah. biasa lah. hidup tanpa internet umpama hidup tanpa hidup. orang urban cakap takde life do. tak percaya tanya Helmie. mati dia hah kalau takda internet. meroyan.

okay.

lepas mandi kakak message. "free tak hari ni"

hah. cool. cantik. cunnnn. dengan berat hati reply laah message kakak aku tu. berat hati beb, credit dah laah ciput. sengkek tahap dah ni. message punya message, set tempat dan masa. maka, berjumpa laah kami di KL sentral dan bergerak ke Sg. Wang Plaza. ntah apa benda ntah kakak aku cari. sempat laah aku pau dia sikit. macam biasa, makan pakai semua ditanggung. sempat jugak aku rembat maxi dress sehelai. wah wah wah. dress habaq hang. sejuk perut ibu mengandung.

perghh. penat do cerita macam ni.

okay. point di sini. aku nak cakap.

SHAHIR TAK DAPAT CUTI MINGGU NI !!!

celaka kan. hancur luluh hatiku. dia dah start military training untuk 3 atau 4 minggu. gila laah. mati, mati. sms jarang-jarang lah lepas ni. habis tu dalam lecture apa aku nak buat weh? tidoq? cantikk. takpa. aku buat-buat cool dulu sekarang. esok-esok kira lain. apa nak jadi, jadi.

aku mesti kena cool. kena laah bagi semangat kan.. kalau hidup aku teruk, dia lagi teruk. aku dulu kena pumping 60 kali, dia sekarang siap kena 700 kali. itu baru pumping, tak cerita knuckle ka apa benda ntah. aku tak faham pon istilah geng tentera ni. pelik-pelik belaka.

tu laa hang Shahir oi. gatai nak masuk askar sapa suruh.. dulu bukan main berjanji nak bawak aku terbang hah. konon nak jadi pilot. ceeee. HAHA. lawak laa hang.. takpa laa Shahir oi. hang jadi askar pon aku sayang jugak. macam biasa. handbag dengan kasut, perfume dengan deodorant, nasik dengan lauk, laksa dengan kuah, pekasam dengan sambal belacan, mana boleh dipisahkan. macam tu laah jugak hang dengan aku, hampa dengan kami, saya dan awak, you and I.

hari ni 22 bulan dah hah couple. bukan main. boleh menikah dah ni.

okay. sekarang tengah skype dengan Helmie and Mierah. aku sedih ni. Helmie di Manchester, Mierah pulak bakal ke Manchester, aku duduk UM la sorang-sorang. babi!

sebenarnya Helmie, suara aku sebak tadi ni sebab tengok muka hang hah. rindu kat hang tau dak. aku tau hang pon rindu aku. terima kasih. aku sayang hang. sayang Mierah jugak. nanti hampa duk baik-baik kat sana.

HAHA. babi laa. ayat loser taik.

okay. sambung skype. bye bye!

Thursday 2 December 2010

secretly I'm fragile.

today is the second day of December,
the second week of semester two,
I still didn't change,
and I'm not happy.

I didn't pay attention in the class,
I didn't even touch my tutorials and notes,
I didn't do my sketches,
I didn't change a bit.

people change, and so I do.
I know, they're talking about me.
I can see through their eyes,
the weird, judging eyes,
they're not the same as before.
things change.
and I'm learning to cope with this.

I haven't meet Shahir for almost or more than 2 weeks,
since Hari Raya Haji, if I'm not mistaken.
and we fight a lot these days,
we end up quarrel of unimportant things,
but then, the next day we're the perfect couple, again.
I know, we're just craving for each other..
and I'm the only one who cannot withstand the distance.
not much the distance, but the administration of his college.
sometimes, I wonder, why he choose to be in a military college, it sucks.
but then, I thanked Allah, and proud of what he had chosen.
otherwise, we will never be this strong.
I may never ask for forgiveness for what I've done,
cause apologize and 'sorry' are not my thing.
but I do regret our fight.
so. here, I'm officially ask you thousands of forgiveness,
I'M SORRY HONEY. I LOVE YOU AND I MISS YOU TOO!
and, I know I'm a sweet girlfriend ever. thank you.

Wednesday 1 December 2010

things I want. #1

Oxfords Shoes!

I just love shoes or I have to say, I need to wear shoes
because my feet will sweat excessively if I wear a sandal or slippers.

so, here is the solution.
an Oxfords shoes!



Vans shoes! omaigoddddddd!

please. please. please.
I want this! *faint*

the Vans checkered shoes I have before is so out dated. I think?
so, here is the time for a new Vans! yeeehooo!

I think of wearing a wedges or high-heels after this.
maybe next year? hey. I almost nineteen!
I should act like one and be mooore feminine. HAHAHA
this may sounds stupid or insane.
but, who can ever resist this?
killer PURPLE wedges!
mind you, it is PURPLE !!!!



great shoes will bring you to the great place!

December.

dah Disember laah siot!



dah. takda apa dah nak di update. emo ni tak habis habis awat tak tau. celaka betul hidup macam ni. semester dua baru start jaa, hang nak emo lebih lebih apa hal?

semalam memang hari malang. semua benda tak menjadi. malas aku nak cerita, bikin stress jaa. last last pergi Mid buang duit, balik kolej fikir macam mana nak survive duit untuk seminggu. haha. damn bodoh. kesah apa aku. Year End Sale kott.

oh. macam mana laah adik aku jawab SPM. dia mesti lagi emo. adik kembaq aku kat rumah macam mana tak tau.. besaq mana dah. gigi tumbuh dah? Afini apa cerita? adik aku yang ni kerja makan jaa, aku kat sini nak makan pon jemu. adoi laa. mama busy study sekarang ni, call pon jarang-jarang.

aku tak homesick pon. gila apa nak homesick. bulan satu nanti aku balik ah. lek ah weh.