Monday, 27 December 2010

awesome.

sempat jugak aku balik rumah raya Christmas hari tu. hehe. terasa diri ini awesome lepas balik rumah! haha. aku sendiri pon tak tau apa motif aku balik weekend. pergi balik dah makan masa dan duit, kerja bertimbun-timbun terbengkalai. tapi semua tu bukan penghalang untuk aku balik! yeah! oh. tak dilupa, 2 lecture, 1 tutorial dan 1 quiz yang berjaya aku ponteng hari ini. tahniah Oni tahniah!

okay. weekend aku awesome kali ni sebab
1. aku balik rumah
2. aku makan laksa
3. aku jumpa family
4. Malaysia menang bola
5. projek tak siap

hebat kan weekend aku? best kot balik rumah. haih. harus dan mesti terima kenyataan yang aku dah besar sekarang, bukan masa lagi dah nak lepak kat rumah. hidup pon bukan sampai mati ditanggung mak bapak. dosa pon dah kena tanggung sendiri dah. tsk.

okay. matlamat aku setelah balik kolej, macam biasa. belajar kononnya. ciss. ini memang tipikal sangat dah. muak dah ulang benda sama, tapi tak buat-buat.

matlamat ke dua, shopping. yang ni memang aku akan buat. memang. tapi susah lah kalau tengok baju semua takda yang mengancam dan menganggu tidur malam. semua boring. cuma sneakers, kasut dan beg stok kikis dompet mak bapak yang aku idam-idamkan sangat.

dan matlamat ke tiga, saving, InsyaAllah. aku lemah sungguh bajet bajet ni. plan penjimatan aku tak pernah nak menjadi kalau dah nafsu makan macam jin, kalau dah keluar semuanggu 2, 3 kali, memang TAK dapat laah. takpa, yang penting niat ada, haha.

Rabu nanti nak tengok final bola. nak tengok mana? cafe? urghh. memang tak ah. semak otak.


budak umur 8 tahun pon tau rasa ketinggalan. haih.
tapi bila dah ada facebook makin menjadi lah budak dua orang ni online.
siapa yang ajar? aku jugak, haha.
okay. evil smile tu benci gila. dah la takda gigi. tolonglah!

hasil seni untuk abang. haha
okay bye! ingat. no smoking in the house!

1 comment:

DESS said...

happy new year !!!!