Tuesday 26 July 2011

ke hutan.

selamat masuk hutan.
semoga pulang dengan selamat
dan menjalani latihan dengan jayanya.
bawak balik six pack pon cukup lah, tak banyak.
bye bye Mohd Shahir bin Kholim.




and I know, that will always be you :)

I won't give up either.
saya tunggu awak, balik lah..

Thursday 21 July 2011

makan dan pemakanan.

sejak hidup tidak berinternet dahulu, aku mula menjinakkan diri dengan makanan. selagi perut boleh masuk dan mulut rajin mengunyah, aku telan. sampai satu tahap, wajib ada sesuatu dalam mulut setiap masa, lol. boring punya pasal, makan lah supaya hidup nampak lebik proaktif. sebenarnya, bukan lah niat nak menggemukkan badan, tapi tergemuk, haha.

disebabkan semalam cerita sedih, hari ni mari kita menceriakan diri dengan makanan. siapa tak suka makan? lu rugi. hilang satu nikmat dunia beb.

disebabkan berpuasa ganti hari ini, aku dengan rajinnya google gambar makanan. kononnya hilang rasa lapar sikit tengok makanan, lol. lagi lapar ada lah!

bagi Melayu tulen seperti saya, nasik sangat lah penting. oh mak aii. tak lengkapnya hidup tanpa nasik. kalau dah ada nasik mesti ada lauk. untung lah jenis makan lahap ni. segala jenis benda memang aku makan. tak ada nak pantang pantang. semuanya aku telan. ngahaha. laparrrr



yum yum yummy yummy yum yum!! untuk makan nasik dengan lebih berselera dan tambah berpinggan-pinggan, minuman ais dan manis sangat memberi impak. ngehehe. disebabkan rumah aku dekat dengan kedai buah-buahan, maka rumah sentiasa ada bekalan buah, tambah-tambah lagi tembikai. oleh sebab tak ada kerja dan rajin untuk makan, segala jenis jus dan minuman blended berjaya dihasilkan. lihat lah betapa progressive nya hidup di rumah. (sambil menggosok perut untuk effect lebih menarik)



sedap nya laksa!!! disebabkan saya merupakan hantu laksa, memakan laksa di waktu petang yang damai lagi indah merupakan suatu kemestian yang wajib di dalam diri. bukan sepinggan ya tuan-tuan dan puan-puan, berpinggan-pinggan pon boleh selagi perut mampu menahan. maka, tidak hairan lah berat badan sudah bertambah dengan galaknya. :D


untuk menaikkan berat badan juga, susu dutch lady mampu melakukannya!
setiap kali sebelum tidur, minum lah susu.
perut takkan rasa kosong malah menyihatkan badan! hihi

tips : untuk buat ice blended, gunakan susu dutch lady full cream milk. tuang sekali susu dalam pengisar bersama ice cube dan buah/chocolate/dll untuk rasa lebih lemak. yummeehhh!!


jika anda merupakan seorang yang tidak suka ke jamban seperti saya,
mahupun sering merasa sayang dan rugi apabila membuang makanan yang baru dimakan,
anda dinasihatkan supaya jangan sesekali minum minuman ini selepas makan.
nescaya makanan yang anda makan dapat disimpan lebih lama di dalam perut untuk dijadikan gumpalan lemak dan zat untuk menaikkan berat badan dan bukan terlawas begitu sahaja. ngahaha


lapar nyaaaaa :(

Wednesday 20 July 2011

Friday the 20th in July 2007.

4 tahun lepas, tarikh yang sama. Tok pergi tinggalkan kami semua.. hari tu, pertama kali Oni tengok abah menangis. hari tu jugak Oni tengok Mak Ngah kena papah, mama lembik saat hantar Tok ke kubur.. Oni hanya mampu menangis, mengharap semuanya mimpi. tapi sudah takdir, Tok pergi dulu sebelum kami membesar.

15 tahun saja Oni sempat hidup dengan Tok. kenapa Tok pergi terlalu awal? kenapa Tok tak bagi isyarat langsung yang Tok akan pergi dalam masa terdekat? kami semua tak bersedia lagi hidup tanpa Tok waktu tu.. masing-masing tak percaya yang Tok dah diambil dari kami semua..

4 tahun sudah Tok pergi. tapi rasanya macam baru sangat kita semua berkumpul ramai-ramai dengan Mak Ngah, Mak Su dan semua cucu-cucu Tok, raikan hari lahir Tok yang ke 63. sambutan yang pertama dan terakhir untuk Tok, 11 Jun 2007.

Eman paling beruntung sebab dia ada bersama Tok sehari sebelum Tok meninggal. Oni terkilan sangat sebab tak sempat jumpa Tok sebelum Tok pergi. memang naluri Oni terdetik nak ikut mama, abah dan Eman malam tu, tapi Oni kena jaga kembar.. kakak pulak, dia tak sempat pon melihat Tok untuk kali terakhir. sedih sangat tengok dia masa tu..

semua orang sedih bila Tok pergi. jalan raya penuh sesak semata-mata nak menziarahi Tok. Tok disenangi ramai, cukup berdiplomasi, ramai yang sayang..

kalau lah Tok masih ada sekarang, mesti Tok akan bangga dengan kami semua. kakak dah tak lama akan jadi accountant dah. Oni akan jadi architect tau. Eman pon dah masuk UiTM, bakal electrical engineer. Afini pulak masuk sekolah asrama penuh. Tok kan suka kalau kami masuk sekolah asrama. tapi kami dulu ada Tok, mana boleh duduk asrama. manja mengalahkan anak raja. ingat lagi first time Oni tak boleh puasa Ramadhan. balik sekolah Tok buatkan nasik goreng. setiap kali lepas makan, pinggan pon tak payah basuh, tinggal ja. Tok yang buatkan semua. betapa spoil nya kami masa tu dengan kasih sayang Tok..

Oni bukan nak meratapi kehilangan Tok. cuma Oni nak meluahkan apa Oni rasa lepas Tok tak ada. kadang-kadang kenangan dengan Tok Oni akan cerita dengan kawan-kawan, tulis blog, ingat balik waktu rindukan Tok. sebab Oni tak nak lupa walau satu pon kenangan yang ada dengan Tok. memori dengan Tok Oni akan ingat sampai bila-bila.

hari ni sebenarnya Oni nak melawat kubur Tok, nak pergi Paya. tapi tak menjadi.. Oni puasa ganti hari ni, lembik semacam ja badan, tertidur sampai petang. hehe. mama asyik bising Oni tak habis ganti puasa lagi, huhu. Oni sekarang bukan lah anak yang baik.. selalu tinggal solat.. aurat pon tak jaga. sorry Tok..

tapi sekarang Oni dah berubah sikit demi sikit. dah tak kasar macam dulu.. dah macam perempuan tau. hati dah lembut sikit, degil pun dah kurang.. Oni pon dah tak kepala angin sangat macam dulu. kalau dulu Oni tak dapat apa Oni nak, menangis meraung, musuh dengan semua orang, sekarang pon menangis meraung jugak, tapi sikit ja, tak macam dulu, sampai Tok kena mandikan, bagi sejuk badan, haha.

Tok, Oni rindu sangat rendang Tok buat masa raya dengan kuih mazola.. orang lain buat tak sama rasa macam Tok buat. sedap, tapi tak sama. Oni rindu Tok suapkan nasik dekat kami semua gilir-gilir. bila lah kan boleh rasa lagi..

Oni harap Tok bahagia hidup di sana.. tiba masanya nanti, kita semua akan berkumpul lagi..

Friday 15 July 2011

selepas sebulan.

hehe, sebulan lebih rupanya aku tak update. pemalas tahap. okay, what up everyone? aku sihat, Alhamdulillah. badan makin berisi. thats good. yang tak bagusnya bila jeans makin ketat, baju makin sendat. so there's no more UK 2 size or XS for me after this. okay, lets make it simple!

1. I put on some weight! last check hari tu 43kg, hihi. thats cool.

2. Perlis sangat panas. fenomena ketibas melanda. thats not cool.

3. dua minggu sudah aku tak online sebab abah tak bayar bil, but he said he did pay the bill. yes abah, that was last month. -,-"

4. I went to Shah Alam and KL last 2 weeks. had a tour around UiTM Shah Alam with Mierah and her friends, went to Midvalley, met Shahir and back to Perlis. supposed to be in KL today and meet Shahir tomorrow. but yeah, shits happen sometimes.

5. Helmie's back from Manchester.

6. Mierah's going to Manchester, pursuing her study in Law, the same Uni as Helmie, University of Manchester, UK. thats awesome! yes, I'm 99% happy for you, 1% of envy but 100% sad. kalau nanti aku cuti, balik nanti there's no one waiting for me. siapa nak bawak makan laksa, teman lepak malam bila craving kuey teaw sup siam pokok tui, siapa nak hantar cupcakes, pulut ayam, bihun sup, tak ada siapa kan. yes, enough Oni !! I should write a special entry about this.

7. my foundation result was terrible. I can't help myself to blame Miss Anum. she gave me B for Art and someone easily got an A even her projects were not so good. I'm not saying that mine is good, but yes, way better, I think. I'm not hoping for a solid A, but based on my previous projects, and what the tutors and her assessment before, I deserve an A- or at least a B+ . haih. tapi syukur, masih lepas untuk JPA scholarship holder. takpa, benda dah lepas Oni. :)

8. I quit a job after 23 days of working. my first salary is RM619.40 ! I'm so proud of myself, haha. :D tapi sekarang tinggal habuk, lol.

9. had a wonderful hangout sessions with friends. especially when Atiq is around. she's like a sunshine, giving a smile in everyone's face, lights up every holes of your heart. exaggerating much Oni? yes, she is!

10. Atiq dapat UM ! Mierah jugak dapat UM. watch out, we'll make an awesome trio! itu pun kalau Mierah sudi mencemar duli ke UM lah kan instead of MU, haha. congrats friends! you guys are awesome!!


and for mama and abah,
thanks for your constantly prayers ;