Thursday, 21 July 2011

makan dan pemakanan.

sejak hidup tidak berinternet dahulu, aku mula menjinakkan diri dengan makanan. selagi perut boleh masuk dan mulut rajin mengunyah, aku telan. sampai satu tahap, wajib ada sesuatu dalam mulut setiap masa, lol. boring punya pasal, makan lah supaya hidup nampak lebik proaktif. sebenarnya, bukan lah niat nak menggemukkan badan, tapi tergemuk, haha.

disebabkan semalam cerita sedih, hari ni mari kita menceriakan diri dengan makanan. siapa tak suka makan? lu rugi. hilang satu nikmat dunia beb.

disebabkan berpuasa ganti hari ini, aku dengan rajinnya google gambar makanan. kononnya hilang rasa lapar sikit tengok makanan, lol. lagi lapar ada lah!

bagi Melayu tulen seperti saya, nasik sangat lah penting. oh mak aii. tak lengkapnya hidup tanpa nasik. kalau dah ada nasik mesti ada lauk. untung lah jenis makan lahap ni. segala jenis benda memang aku makan. tak ada nak pantang pantang. semuanya aku telan. ngahaha. laparrrr



yum yum yummy yummy yum yum!! untuk makan nasik dengan lebih berselera dan tambah berpinggan-pinggan, minuman ais dan manis sangat memberi impak. ngehehe. disebabkan rumah aku dekat dengan kedai buah-buahan, maka rumah sentiasa ada bekalan buah, tambah-tambah lagi tembikai. oleh sebab tak ada kerja dan rajin untuk makan, segala jenis jus dan minuman blended berjaya dihasilkan. lihat lah betapa progressive nya hidup di rumah. (sambil menggosok perut untuk effect lebih menarik)



sedap nya laksa!!! disebabkan saya merupakan hantu laksa, memakan laksa di waktu petang yang damai lagi indah merupakan suatu kemestian yang wajib di dalam diri. bukan sepinggan ya tuan-tuan dan puan-puan, berpinggan-pinggan pon boleh selagi perut mampu menahan. maka, tidak hairan lah berat badan sudah bertambah dengan galaknya. :D


untuk menaikkan berat badan juga, susu dutch lady mampu melakukannya!
setiap kali sebelum tidur, minum lah susu.
perut takkan rasa kosong malah menyihatkan badan! hihi

tips : untuk buat ice blended, gunakan susu dutch lady full cream milk. tuang sekali susu dalam pengisar bersama ice cube dan buah/chocolate/dll untuk rasa lebih lemak. yummeehhh!!


jika anda merupakan seorang yang tidak suka ke jamban seperti saya,
mahupun sering merasa sayang dan rugi apabila membuang makanan yang baru dimakan,
anda dinasihatkan supaya jangan sesekali minum minuman ini selepas makan.
nescaya makanan yang anda makan dapat disimpan lebih lama di dalam perut untuk dijadikan gumpalan lemak dan zat untuk menaikkan berat badan dan bukan terlawas begitu sahaja. ngahaha


lapar nyaaaaa :(

No comments: