Thursday 22 September 2011

khabar.

2 minggu yang pertama sangat menekan dan membaham. dan sekarang sudah masuk minggu ke tiga, Alhamdulillah. I survive.

minggu ke 2 adalah paling stressful. first, tak boleh daftar course. punya lah stress sampai tidur malam teringat-ingat. rupanya sampai sekarang pon masih ada masa lagi untuk update. kecoh ja officer tu cakap tarikh tutup petang itu lah petang ini lah. tapi syukur, daftar kursus sudah selesai !

dan di minggu ke 2 jugak lah ada masalah dengan pihak JPA untuk sambung scholarship. call sana call sini, email sana email sini. punya lah lama tunggu diorang reply email sampai proses ni berlanjutan dari sebelum raya sampai minggu ke 2 masuk UM. bayangkan betapa lama dan tak effective nya kerenah birokrasi. call memang langsung tak angkat lah kan.. segala pertanyaan, proses semua melalui email. dan satu hari satu email diorang reply. meeeemang sakit hati dan mengacau jiwa.

hari ini last hantar borang perjanjian dekat pejabat HEP UM, dan hari ni juga lah baru siap semuanya, Alhamdulillah. terima kasih semua yang membantu! terhutang budi sangat sangat sampai rasa malu..

harap-harap semua proses scholarship dipermudahkan. bayangkan lah tak dapat scholar dan tak apply apa apa pinjaman. dengan 3 orang anak di universiti dan 3 orang masih bersekolah, abah boleh botak, hehe. terima kasih abah atas rambut-rambut yang gugur sepanjang menyekolahkan kami.. pakai yun nam hair care lah bah!

mama dan abah adalah orang yang paling risau dengan kondisi aku di UM sepanjang kekacauan jiwa berlaku. setiap hari tanya hal daftar course, JPA, hal demam lagi. memang tough gila kehidupan universiti aku, haha. tak sangka akan jadi macam ni.. sebab waktu asasi dulu okay ja semua kann. masuk degree terus kucar kacir. gila.

oh. aku juga ada cerita gila yang nak diluahkan.

selepas MHS hari tu, semua kena shuffle bilik. aku dan roommate yang rock dan sehati sejiwa, Shairah terpaksa lah berpisah jugak. kalau sebelum ni aku duduk tingkat 1, sekarang dah naik 4 tingkat. kemain lagi tau. jantung lah aku hari-hari naik tangga. memang mencabar. lagi tambah adventure bila suatu malam penyelia dan 3 orang senior bertandang ke bilik bagi khabar baik punya. bilik yang aku duduk tu ada makhluk menumpang yang mengacau penghuni lama bilik aku ni. memang terasa bumi gelap. aku yang tidak kuat ini terpaksa lah hari-hari menguatkan diri.

lepas tu pulak kan.. pada suatu malam di Blok Camelia KK5 (blog aku lettew), ada lah budak menangis-nangis ternampak makhluk lain di toilet. sekali lagi bumi gelap. aku ni dah lah penakut. tambah-tambah bila balik dari studio pukul 2 pagi. kolej sunyi sepi. perghhh. amat terasa bulu roma menegak. waktu ni memang ingat Allah. segala jenis surah pilihan menjadi sebutan. Alhamdulillah. aku rasa kejadian ni mendekatkan lagi diri aku dengan Allah. setiap masa aku berjaga-jaga, setiap masa ingat Dia. tu lah nasihat abah. dan abah suruh tukar bilik sebelum apa-apa terjadi. tapi tak sempat pergi office sebab busy saaaaangat! kelas 9 sampai 5 setiap hari dan malam duduk studio siapkan assignment (melepak pon boleh). so how lah nak pergi tukar bilik? nak kemas bilik pon tak sempat maa.

boleh dikatakan setiap hari dapat assignment baru. belajar memang lah best. tapi untuk orang yang malas serta kurang idea bernas macam aku, memang merobek jiwa. sedaya upaya aku korek idea dalam sawang otak aku, tapi still biasa-biasa saja outcome nya.. sedih kecewa memang ada. tapi aku tak kan putus asa! ini janji aku. (:

dan sekarang aku harus pergi. online banyak sangat bukan student architecture namanya. bilik gua perlukan sedikit sentuhan kekemasan dan baju-baju busuk perlukan mesin untuk disental. assignment esok baru gua fikir. malam ni otak perlu rehat! Assalamualaikum.



Sunday 18 September 2011

oh well. not so well.

okay. I am now at home!! but will be leaving back to KL in 20 more minutes! gahhh. to make it short, lets summarize what I've been through this 2 weeks in university.

Minggu Haluan Siswa was good. the seniors (Pembantu Mahasiswa) were really nice and cool. well. I fell sick the whole week of MHS! haha. I knowww. Imma loser. but who cares? at least I dont have to walk to DTC.. naik kereta/van bhaii. haha. well well well. saya memang malas berjalan dan berlari. okay. I would like to thank to all PM sebab menjaga saya waktu sakit, bawa saya ke klinik, ambil berat mengenai JPA scholarship dan baik sangat tak pernah tengking macam 12th dulu! haha. you're so cool seniors!

okay. the whole 2 weeks bring stress and so much pressure to me. daaa.

arghh! I got to go! mama marah! nanti sambung di college ok! see ya! (: