Tuesday, 14 December 2010

composition.

Dewan Tunku Canselor, UM.

hari ni kelas Art belajar composition. mudah ja nak faham composition ni, tapi nak merealisasikan di atas kertas, haih. memang aku fail. jarang lah nak success kerja-kerja melukis ni. pathetic kan.

okay. tadi bersaksikan kereta lalu-lalang, pepohon rendang, awan mendung dan juga panas terik, berselerak lah kami pelajar Alam Bina, di tepi-tepi jalan akibat dikerah melukis Dewan Tunku Canselor, UM.

malas nak cerita lah.

aku bersyukur sebab waktu sesi mengkritik tadi, lukisan aku tak terpilih sebagai yang paling buruk. nervous beb bila Tutor Azam tu jalan-jalan cari lukisan terburuk. sebab aku rasa aku punya memang buruk. paling buruk antara semua. aku rasa, tutor tu tak nak tarik drawing aku, sebab kasihan kat budak macam aku ni, mungkin. seribu kali ajar pon tak pandai-pandai. maka, dia give up lagi nak mengajar.

ciss. persetankan semua.

okay. di sini, aku nak menyatakan bahawa, result pelajar Asasi Alam Bina, UM belum keluar! aku memang dah tak larat mencarut dah. dari awal aku masuk PASUM lagi memang aku dah lebel kakitangan PASUM ni tak boleh pakai. birokrasi melebih-lebih, tak mesra pelanggan pulak tu. aku dah lalui banyak kenangan dengan akak-akak pejabat tu, start dari aku tukar course dulu lagi. memang topik terbaik untuk mencarut. lembap.

tarik nafas panjang-panjang. cool.

menjadi seorang aku memang payah. setiap minggu kalau tak keluar, memang tak sah. aku pon tak faham apa hal suka sangat keluar. memang sifat semulajadi yang dibawa dari rumah. keluar, keluar, keluar. heh. balik-balik tempat yang sama jugak. booooring! tapi disebabkan nak balik rumah berjumpa keluarga tersayang sangat mustahil, seminggu 6 hari bekerja dan duduk terperap dalam kolej memang tak baik untuk kesihatan mental. maka, mari kita berseronok di luar. konon-konon cari inspiration. ciss.

okay, hari Ahad hari tu, 12 Disember 2010, bertempat di Midvalley, berjumpa lah aku dengan Arep, Fath dan Pa'an. heh. takda motif pon keluar. lama tak jumpa Arep, tak jumpa Fath. Pa'an tu selalu jugak nampak kat cc depan rumah aku tu. tak heran sangat laah. haha

okay. ini lah hasil curian aku dari Arep :






memang semua gambar aku nampak kecik.
awet muda barangkali.

No comments: