semester baru, azam baru.
cliche.
tapi itu lah aku.
typical.
tak kisah lah.
ada azam baru,
ada lah semangat baru.
semua nak baru?
kasut baru,
baju baru,
seluar baru,
semua juga nak baru?
ah. melampau.
yang penting,
aku masih sama.
yang lama.
azam satu :
belajar rajin-rajin.
hehe. usah dipercaya.
dusta semata.
azam dua :
berjimat cermat.
oh. saya akan cuba.
walau betapa payahnya.
azam tiga :
be nice to everyone.
hehe. boleh kah?
atau makin annoying?
ah. kita tunggu dan lihat saja.
azam empat :
tidur cukup.
saya tidak mahu lagi eyebag dan jerawat.
sudah sudah lah.
sudah cukup banyak.
azam lima :
lengkapkan tutorial.
jangan copy paste.
dan jangan biar di copy paste.
azam enam :
tidak mahu tidur dalam kuliah.
jangan Oni, jangan.
malu sikit pada orang.
azam tujuh :
kurangkan online?
tapi untuk apa?
boleh kah? haha.
azam lapan :
bangun awal.
subuh Oni, subuh.
lepas subuh jangan tidur balik.
rezeki tertutup.
azam sembilan :
don't judge people,
and don't let people judge you.
azam sepuluh :
melaksanakan semua azam-azam di atas.
1 comment:
waahh. besar azam tu. tak pa. mudah ja x)
Post a Comment