Saturday 13 November 2010

Saya Sayang Roommate Saya.

Sejak saya datang UM, saya tinggal di Kolej 12. Saya ada seorang roommate, namanya Nurhanim, atau singkatannya, Anim. Pertama kali dia memperkenalkan diri, saya sungguh tidak gemar dengan namanya. Saya fikir, hidup pasti akan susah begini. oh ya. Saya rasa semua orang tahu kenapa. hihi. Tapi rupanya, soal nama tidak penting.

Sebulan pertama saya di UM, saya asyik menangis kesunyian. Namun begitu, di depan roommate saya, saya hanya menahan air mata. Masih ingat kata-kata roommate saya, "kalau nak nangis, nangis je". hihi. Tapi saya malu. oh. Tidak lah malu sangat rasanya. Kerana ketika emak dan adik kembar saya menelefon dari jauh, air mata tidak dapat dibendung lagi. Maka, basahlah sapu tangan Garfield vintage saya.

Saya dan roommate berkongsi persamaan iaitu, kami gemar tidur dengan kerap ketika peperiksaan semakin hampir. Hal ini bagaikan sumpahan buat bilik kami kerana persekitarannya yang sangat aman, damai dan sesuai untuk memanjakan diri.

Selain itu, saya selalu terdorong untuk membuat perkara baik dan membaca Yassin dengan lebih kerap kerana roommate saya gemar membaca ayat-ayat suci al-Quran terutamanya al-Ma'thurat. Saya berasa sangat kerdil dan jahil. Di samping itu, saya berasa sangat beruntung mempunyai roommate yang mendorong saya ke arah kebaikan dan bukannya menjadikan saya lebih sesat seperti sediakala.

Patang tadi saya ditinggalkan buat julung-julung kalinya kerana roommate saya keluar menonton Megamind. Saya suka melihat dia keluar dan bergembira (kerana selalunya saya yang asyik keluar). Tetapi tidak hari ini, keadaan sungguh sunyi. Bilik-bilik di tingkat enam tidak ramai yang berpenghuni. Saya takut. oh. Saya bukan takutkan hantu, saya takutkan manusia. Saya selalu membayangkan ada penjahat yang bersembunyi di pantri atau bilik stor, menarik saya ke dalam dan melakukan perkara jahat. Ketika berseorangan di tandas, saya selalu membayangkan ada orang sedang mengintai. Malah, saya membayangkan ada tangan besar, berbulu lebat yang mungkin keluar dari lubang jamban atau ketika saya flush, bukan air yang keluar, tetapi merah darah. Apakah ini normal?

Berbalik kepada petang tadi.

Kesunyian yang mencengkam membuatkan saya tidak dapat melelapkan mata. Saya mahu mandi. Malangnya, fikiran-fikiran tersebut masih menghantui saya. Saya memberanikan diri ke tandas dan mengambil wuduk untuk solat asar. Saya langsung tidak merenung cermin dalam masa yang lama kerana saya takut jika ternampak kelibat sesuatu. Saya berjalan dengan laju melepasi pantri dan bilik stor.

Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku. hihi

Jam 7.30 petang, roommate saya pun pulang. Saya memberitahunya saya mahu mandi, tetapi tiada orang di tandas. Dia sudah sedia maklum dengan sifat penakut ini lalu berkata, "jom, jom kita mandi". Saya gelak besar. Sungguh comel rasanya ayat itu.

oh ya. sekurang-kurangnya dia tak tinggalkan saya ambil MUET sorang-sorang di sini. tidak seperti kawan senegeri, sesekolah, seuniversiti malah berjiran pula, kawan yang dahulunya berjanji mahu bergantung antara satu sama lain. malangnya, berita penukaran pusat peperiksaan langsung tidak dikhabarkan. takpa. saya bukan berdendam, cuma ambil hati. takpa. hati cakap I don't give a damn. tapi nampaknya ada jugak sidikit bekas di hati ya. oh. hati sudah pandai berbohong. tak apa lah. ini cerita roommate saya. saya sudah merepek-repek nampaknya. maaf.

Selasa nanti birthday roommate saya. Maka, saya ingin membelikan sesuatu untuknya tanda terima kasih setiap kali menggerakkan saya subuh, bertahan dengan bunyi alarm, menemankan saya ke toilet di tengah malam, membelikan makanan dikala saya malas ke cafe, menyapu dan membuang sampah, membasuh baju di hari Sabtu ketika saya ke kelas, bersabar dengan keadaan bilik yang semak ketika saya sibuk, berseorangan di bilik ketika saya keluar atau membuat tugasan, bertahan dengan muzik kuat dan bermacam-macam lagi perkara hebat yang telah dilakukan. Terima kasih ya roommate.

Merujuk kepada hujah-hujah di atas, oleh sebab itu lah, Saya Sayang Roommate Saya.



walaupun post ini nampak gay, suka hati aku ah. jeles ka? hihi.
eh. ada tak pertandingan essay Saya Sayang Roommate Saya? aku nak masuk ah.

1 comment:

Myra Arshad said...

kak pun nak masuk jugak kalu ada essay saya sayang roomate saya. hekhek :)