Thursday, 18 November 2010

korban.

lambat betul aku update ya. heh. malas laa nokk.
tak dapat nak menolong diri sendiri dah.
apa-apa pon, masih belum terlambat untuk meraikan Aidiladha.
ibadah korban masih boleh dijalankan pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. (Hari Tasyriq)
buat yang mengerjakan haji, Alhamdulillah.
jemaah haji dah beransur pulang agaknya?
semoga mendapat haji mabrur.


ikuti penjelajahan kisah korban aku di kampung halaman. haha

mangsa.
nama : Awang
nama manja : Abang
umur : lebih kurang 3 tahun

yang sedang memeluk Awang itu Tok aku. hihi.
setiap tahun Tok aku buat drama sebabak sebelum majlis korban.
menangis dia mengenangkan lembu yang diberi makan setiap hari bakal disembelih.
tiada lagi peneman dikala petang hari.
hihi. Tok ni memang lucu laa.
sungguh tau. Tok pandai buat lawak. tengok muka pon dah nak gelak. hihi.
I love you Tok!

setiap tahun aku tak terlepas tengok upacara sembelih lembu ni.
nampak macho sikit. pemberani.
tapi setiap tahun aku memang terlepas dari buat kerja itu ini.
hihi. pemalas. eh. bukan. aku sibuk. sibuk isi perot sendiri, non stop!
oh. tidur di hari raya itu wajib. -.-


suami isteri ?
yang bertanduk ini tunggu masa sahaja lagi.
dah dapat lampu hijau untuk kenduri, jalannn.
sekarang dia tengah bunting ntah berapa bulan.
semoga mendapat bayi lembu yang comel.

oh. terima kasih buat kawan-kawan
yang sempat datang menghabiskan makanan di rumah.
tahun depan datang lagi.



makan daging beringat-ingat.
jangan jadi seperti aku.
cirit-birit.

No comments: