tak. aku tak pms. jangan takut. bosan bosan memang macam ni.
emosi tidak stabil.
okay.
hari tu Isnin, aku tak buat apa-apa. pagi pukul sembilan pergi kelas. Chemistry and Statistic. damn boring. semua benda boring. tidur pon boring. aku tak tau apa nak jadi dengan hidup aku sekarang. PM Dr Aishah tu nampak cool sikit. tapi dia mengajar macam bercakap dengan diri sendiri kat depan. Puan Rohayatimah tu aku nampak ala ala Miss Anum sikit. tapi strict bukan main. dia mengajar bukan aku faham sangat pon. dia tak bagi sms dalam kelas. langsung tak cool. aku ni multi purpose tahu.
oh. lupa. semester ni aku tak nak kutuk lecturer. aku tak nak kutuk lecturer macam aku main-mainkan Daud dan Safiah. aku mintak ampun. aku nak jadi baik. aku nak dapat result bagus. nanti ibu di kampung seronok. orang-orang kampung respect. sejuk perut ibu mengandung.
okay.
hari tu Selasa, aku pergi Midvalley tengok movie. lepas ni kalau orang tanya Harry Potter tu apa benda, aku dah boleh cakap dia seorang budak lelaki berkaca mata bulat yang mempunyai tongkat. at least aku tahu something.
serius.
aku rasa Harry Potter 7 Part 1 ni best. kurang scene gelap. aku suka. aku tak tengok Harry Potter dulu pon sebab dia banyak scene gelap. menyampah doh. dulu aku tak pakai spec, tak pakai lens, memang ah malas nak jegil mata. sebab tu apa-apa cerita gelap aku menyampah. nak kurangkan bil elektrik ka apa.
Emma Watson memang aku minat dari dulu lagi. sejak aku ternampak gambar dia posing untuk Burberry. cantik bukan main. kalau ada dia depan aku, boleh histeria.
tapi aku menyampah cerita ni sebab duration lama nak mampos. beku aku dalam panggung. cerita best pon dah jadi bosan. kan aku dah cakap aku ni hyperactive. cepat bosan, kurang tumpuan. haih. lemah.
oh. okay.
hari ini Rabu. persoalan Design or Non-design masih tak tau lagi. bodoh. siang malam aku fikir. tak boleh lambat lagi? bagi tahun depan ja laa.
siang tadi ada kelas Introduction to Construction Technology. lecturer dia boleh tahan. lebih segak dari Daud. namanya, Imran. sedap bunyi.
tadi ada sesi memperkenalkan diri ntah apa ntah. dapat microphone jaa aku rambling ntah apa-apa. malu la bodoh. nasib baik tak rap ka dangdung ka apa. itu lah. kutuk Mai lagi cakap dia nak menyanyi bila dapat mic. eh. tapi suara Mai memang sedap betul. lunak semacam. kira boleh buat stock perlu-didengar-ketika-insomnia-pasti-boleh-tidur. best.
okay.
sekarang dah 12.30 malam. isya dulu beb. lepas tu pandai-pandai laah pejam mata, ingat Allah. dah banyak dosa aku sekarang. makin tua bukan makin banyak bekalan, makin berkurang ada lah. ntah ntah sudah negative. MasyaAllah. aku takut.
bye bye!
No comments:
Post a Comment