Friday, 26 November 2010

Design.

kenapa aku eager sangat nak masuk design?

sebab, aku malas belajar. aku tak suka benda teori. macam benda-benda yang aku paksa otak aku serap sejak zaman sekolah dulu. tak fun. aku nak buat praktikal. benda yang guna tangan, kaki, badan dan bukan sekadar guna otak. baru challenging, stressful dan ini baru fun. riak ni riak.

okay. untuk semester dua, subjek yang akan belajar ialah Properties of Matter and Chemistry, Statistic and Probability, Introduction to Construction Technology, Macroeconomic, Information and Technology, Art and also Basic Design.

fuhh. dengar pon pening.

lagi pening kalau dalam lecture asyik online, berangan, makan, mengantuk dan tidur. macam mana nak jadi pelajar cemerlang macam ni?! macam mana nak jadi manusia berguna?! hang tak payah nak berangan sangat Oni!

okay. untuk subjek art, iaitu seni lukis, aku cuak. sumpah aku cuak. yes. aku tak talented macam orang lain. apa aku ada cuma imagination and ideas. untuk aku luah semua imagination and ideas itu pon susah, ini kan nak design something new. fuhh. boleh tengok sketch book aku. hancur.

bagi aku, nak lukis orang lidi pon bukan main susah, ini kan nak lukis portrait. guna pensel pon aku belum mahir, ini kan pulak nak bermesra dengan charcoal, water calour bagai. arghh. tension!

macam mana ni, macam mana ni, macam mana ni?!

mama cakap, "boleh ka masuk design? kalau Oni rasa boleh, okay laa".
abah cakap, "macam mana nak masuk design? dulu tak ambik seni".
ntah laa. Oni pon tak pasti. tengok laah macam mana hidup nanti. kalau boleh survive okay laah, kalau tak boleh, balkoni ada. terjun saja dari tingkat 6 ni, habis semua masalah dunia.

at least, aku boleh rasa berbaloi sekarang. untuk masuk design, minimum gred untuk subjek Architecture Drafting dan Graphic Communication ialah B, dan CGPA semester satu harus 3.0 ke atas. means, aku dah lepas! yeah. masalahnya, untuk memastikan scholarship bertahan lama, harus 3.4 ke atas. adoihh. JPA ni pon satu hal. dah tak nak hantar oversea, nak demand pulakk. blah la lu!

aku sekarang berada dalam kesusahan yang amat teruk dan serius. cepat emo, insecure, paranoid pada semua benda. adakah ini normal?

aku risau subjek art.



"draw, draw, draw. time, time, time."
Miss Anum.

No comments: