Tuesday, 9 November 2010

bencana.

okay. ini cubaan kali ke ke tiga untuk update blog setelah 2 hari tumpas di tangan kemalasan. sebenarnya nak update pasal banjir. memandangkan banjir sudah reda, maka, nak update jugak pasal banjir! huh. boleh pulak macam tu kan.

apa benda lah aku merepek.

okay, serius.

apa benda ntah nak tulis.

oh. okay. dah ingat.

waktu on the way balik Perlis hari tu, jalan di Alor Star dah naik air, dah macam laut dah. terpegun sekejap tengok banjir depan mata. first time experience lah katakan. siap ambik gambar mms Shahir lagi tu. haha. maka, cemburu lah dia tak dapat balik dan melihat banjir. kasihan.

tapi tak apa. kalau awak balik, melihat Perlis seperti dilanda bancana alam yang amat dahsyat sekali, (ya. memang sangat dahsyat banjir kali ini.) sedih. Perlis sudah tidak permai lagi mempersona. yang tinggal hanya sisa-sisa sampah di tepi-tepi jalan, bau busuk dan jalan raya yang diselaputi bekas-bekas tanah.

semoga keadaan kembali seperti dulu. aminn.

sesudah banjir, gerakan membersih dijalankan. alahai. lemah sungguh bab-bab ini. mungkin aku ditakdirkan tak pernah mengalami banjir kerana malas mengemas dan tak tahan ujian mungkin. belagak.

keadaan dalam rumah bertambah baik. nasib baik perabot kebanyakannya kayu-kayan dan jati, tak perlu susah payah menyelamatkan perabot-perabot besar. yang ada cuma sofa besar depan tv, itu rumit. hehe. tak ada rumit mana, bukan aku yang buat pon. haih. kasihan mereka-mereka di rumah. sudah lah banyak barang yang perlu diangkat, dijauh dari air, hidup tak selesa, terpaksa mengemas pula. haih. itu lah. banyak sangat barang tak berguna di rumah. buku-buku, kertas itu kertas ini, baju-baju, mainan budak kembar lagi. hah. memang banyak. lapan manusia satu rumah, padan lah.

dengar cerita banjir gelombang ke dua bakal tiba. harap-harap dijauhkan.. aminn.

okay. sejak balik rumah hari tu, kegilaan 'reblog' di tumblr menjadi-jadi. sehari boleh capai 20 gambar yang berjaya di reblog. tahniah untuk diri sendiri.

kadang-kadang mama meluat sampai switch off wireless. sampai hati hah. tapi 2 minit lepas tu aku switch on balik, then mama tutup balik lapas tu aku buka balik dan berulang-ulang lah benda yang sama sambil diiringi muzik latar bebelan percuma. padan muka.

hurm. sampai sini sahaja kott.

tahniah dan syabas untuk diri sendiri. berjaya juga update blog yang penuh pancaroba ini. yeah. bye bye! jumpa lagi !


3 comments:

alin said...

semoga semuanya baik2 saja k..AMIN.. :)

its Atiq said...

hahaha... aku lama banjir nih xp mana.. naseb umh aku xkena weyhh.. tp aku sukarelawan kt rmh pak lang aku.. haha.. nasib sikit.. mau x pengsan...

oney said...

rossa alina : thanks :)

atiq : haha. rumah aku pon nasib baik kecik jaa. senang nak mengemas. haha