Tuesday, 11 January 2011

Juara Lagu.

hihihi. seronok malam Juara Lagu tak habis-habis lagi. dapat tiket lah siot! tempat depan pulak tu. heh. tuah. kalau tak memang tak tengok langsung lah AJL tahun ni, tv takda lah katakan. tiba-tiba kakak message cakap kawan dia ada lebih satu VIP tiket, hihi. sebelum tu kakak siap text, "cuba lagi tahun depan, haha" which is satu ayat cubaan nak menaikkan rasa dengki dan cemburu. yeah. dia berjaya! tapi kalau dah rezeki tu tak ke mana kan. dah ada tiket, tak kan aku nak cakap tak nak! haha

aku rasa malam tu awesome gila. sound bagus. lighting superb. cool lah kira. result ja sikit spoil. sebelum ni aku tau Ana Raffali tu main puisi jah, tiba-tiba dah jadi penyanyi mainstream. kolot gila deh aku. baru hari ni dapat dengar betul-betul lagu Tolong Ingatkan Aku. lirik sangat puitis. memang patut menang, tapi sorry to say, malam tu penyampaian dia tak berapa bagus. tak cukup buat bulu roma naik macam bila waktu aku baca dia punya lirik.

okay. opening AJL oleh Francisca Peter! omg, omg!! suara dia sangat best nak mati!!! lepas tu Nash dan M. Nasir lah pulak!! aku kalau dengan M. Nasir, Jamal Abdillah, Alleycats, Siti Nurhaliza ni memang cukup minat, wakaka. Ghazal Untuk Rabiah siap tertunggu-tunggu bila Jamal nak naik menari sekali dengan M. Nasir. rupanya takda. takpa, balik tengok cd karoke abah pon okeh. hurm. persembahan sebelum result pon sangat superb. Sharifah Aini punya suara memang stock kalau bagi comand "dari kiri, cepat jalan" kaki kanan terus keluar pacak 90 degree terus kawat tak ingat lah kira. lepas tu Ziana Zain. boleh nampak Fara Fauzana yang 6 kerusi sebelah aku tengah ikut menyanyi. lol. semangat sungguh. aku tak sangka lah Fara Fauzana nak duduk tiket VIP biasa-biasa. kenapa dia tak duduk lagi depan? kan ada tiket kuning? apa der. okay. lepas tu persembahan aku tunggu-tunggu. Siti Nurhaliza weh! suara merdu tak payah cakap lah. lawa pulak tu. aku pon tak faham macam mana orang cakap dia gemok. mantap ada lah weh. haih. Siti, Siti..

overall performance okay! hurm. awesome lah kira! ada jugak kakak aku tanya, "awat hang macam takda perasaan?", "awat hang macam boring?", "hang okay ka?"

apa benda lah dia ni. kalau dah waktu tu time Hafiz AF, Adila AF, Shahir AF, Satcy. memang lah boring. aku tak tau nak ikut pon apa depa nyanyi. =.="

okay. performance paling melekat dalam hati. Yuna, Cinta Sempurna. tengok lah video mana pon tak kan sama dengan tengok dia perform live. menitik air mata lah siot. feeling habis dia perform! meremang. serius rasa dalam. walaupun lagu tu tak best mana, tapi penyampaian dia menyentap habis. dan semestinya, FAIZAL TAHIR!! ohmaiiigodddd!!! cair, cair, cair!! suara lelaki lah siot!!! dah la. dah la. tak nak cakap pasal Faizal Tahir. macam nak strok rasa. terlebih excited.

okay lah. bye bye! lama kan tak update blog. biasa lah. orang busy. hidup penuh warna-warni. saya gay, saya okay. I'm fine. thank you. kthxbye! LOL


sempoi ja pergi AJL. takda nak meghelik meghelaq macam lain-lain.
mandi pon tak hah. lepas dating terus gerak.
hurm. mungkin kena fikirkan costume lebih menarik untuk dating. baru daring.

2 comments:

Myra Arshad (: said...

hahahaha. sempoi ja kan. seb baek kak tk tgk mlm tu. tak tau apa2, tup2 ana menang. bole la kot. hehehe :)

oney said...

lah. awat tak tengok? rugi tau!