untuk subjek Art, budak Design dikerah beramai-ramai pergi melukis apa yang patut dekat muzium tersebut. major point nya ialah nak melihat replika masjid-masjid terulung di seluruh dunia. Islamic Architecture lah kira. model saja pon dah awesome gila babi. bayangkan kalau betul betul depan mata, menangis beb.
kalau dah subjek art tu memang tak boleh dipisahkan dengan lukis melukis. maka, sekali lagi aku terpaksa dan memaksa tangan menconteng-conteng dalam sketch book. melukis tu tak gemar sangat, tapi berjalan melihat sekeliling sangat lah best. bila berjalan guna kaki bukan naik kereta ka apa benda, dan tengok sendiri guna mata dan akal, baru dapat rasa Malaysia ni cantik rupanya. kita yang kurang hargai negara sendiri. tapi masalah yang tak dapat dielakkan dengan negara ni, bau busuk dan kotor. waktu lalu terowong stesen KTM Kuala Lumpur, muka aku dah pucat. busuk gila nokk. tapi tempat dia cool lah, rare.
aku sarankan korang pergi muzium ni. tak rugi pon duit sebab harga untuk maintenance muzium tu sendiri makan duit yang banyak. interior dan seni bina muzium ni tersangat lah lawa! kayo gila tuan punya muzium. oh. muzium ni hak persendirian tau. hebat tak hebat orang Malaysia. dan, aku rasa aku akan pergi lagi sekali tempat tu.
Rabu, 12 Januari 2011
untuk subjek Construction Technology, semua budak Alam Bina buat site visit hari ni. kemain lagi excited aku ni. boots yang berat tu aku buat main lari-lari jah. gagah kemain. akibatnya, malam ni aku dah tak rasa kaki dah. cool. serius best laah naik bangunan 11 tingkat yang belum siap. sebab aku dulu memang suka main pasir, main perang perang dengan sepupu sepapat dalam construction site, iaitu rumah pak long aku. haha. kecik-kecik dah nampak ciri-ciri gagah pada aku. memang cool.
okay. petang tadi penat yang amat. tapi best. walaupun aku tak dengar langsung explanation project manager and tutor tadi, berguna jugak site visit ni pada aku. contohnya, aku dah ada profile picture baru dah sekarang. heh. aku dah dapat bayang kerja aku nanti macam mana. sabar ja laah untuk 5-10 tahun. lepas tu, aku lah suri rumah paling berjaya! angkut anak pergi sekolah ja lepas tu. tak ke sweet, hahaha.
kalau aku jadi project manager,
aku akan jadi project manager yang paling gagah dan cool.
dah boleh nampak dari sekarang. hahaha
3 comments:
haha!nampak gaya dah!haha
tapi but tu kena kecik sikit..kah3!
tu kereta...xkan kereta belakang tu dear...hahaha!
perggghhh. steady ahh :) cool~
shahir : hahaha. tu kereta mandur.
kereta i mana boleh bawak pi site, bahaya.
kak myra : hahaha. gaya.
Post a Comment