Thursday, 20 January 2011

nasib.

banyaknya benda dalam kepala nak tulis. okay lah. tengok lah banyak mana yang mampu aku merepek. heh. mood swing tak habis habis lagi.

dah 2 hari aku demam dan cirit-birit. tinggal study, skip kelas, project tergendala. sedih memang sedih. waktu-waktu getir macam ni jugak nak sakit-sakit kan. semalam pulak kena paper cut. emo habis lah bila nampak darah. sakit beb. jari telunjuk tangan kanan pulak tu. haih. kenapa lah nasib aku macam ni. sekarang baru tau hargai nikmat kesihatan..

lepas tu tadi nak balik dari Midvalley, naik teksi sorang-sorang, kena marah dengan thambi driver teksi. celaka sungguh. mana pergi customer right? tahu lah stress tak boleh pergi Batu Caves sambut raya, tapi nak marah aku apa hal. bodoh punya *****. aku orang Melayu yang penuh sopan santun dan tata susila, maka aku bagi orang potong line sebab dia nampak nak cepat, tu pon salah kah uncle? tak faham aku. buat baik salah, buat jahat dapat dosa. hmph. itu lah, korang tak baca Quran.

biar lah dia. driver teksi tadi tu stress kot, aku maafkan. sebab aku pon selalu stress, marah orang tak bertempat. heh.

dan tadi Shahir datang UM, lepas tu pergi Mid. dan jumpa kakak jugak di Midvalley. makan, beli handbag mama, jalan-jalan sampai lenguh kaki sakit pinggang semua, balik. kuat pulak badan ni kalau bab berjalan, kalau time buat kerja lemah ja eh. bangang.

sekarang ni aku rindu sangat amat dekat kawan-kawan. busy gila kan kita sampai nak call, nak text pon tak sempat. Shah Alam dengan PJ memang jauh gila macam Arab dengan USA kan Mierah. Puncak Alam pulak tinggi sangat, susah nak kena golek jatuh bawah kan Atiq. lepas tu UM ni memang banyak gila cuti. cuti ja kerja, belajarnya tak pon. best gila UM sampai Azida datang KL pon tak boleh curi masa keluar sekali. sorry guys.. hampa cuti aku tak cuti. dah cuti sekali ada family plan pulak, tak boleh ikut pergi Penang.. i miss you.. :(

3 comments:

Myra Arshad (: said...

uishh. mid tu kira rumah kedua la no. hehehe

oney said...

haha. takda lah.
Mid tu dah takda tempat sangat dah nak pi, haha.

its Atiq said...

hahahah.. aku nk golek sng jaa.. nk pnjt balik ssh skitt.. hehehe.. xpa la weyh.. next time! hehe