petang tadi Afini dah bertolak balik ke SSP. good luck and study smart. cuba catch up walaupun tertinggal banyak sebab chicken pox hari tu. main laah sukan apa-apa sebab adik memang talented. jangan fikir malas saja. waktu zaman sekolah laah kita nak enjoy puas-puas. dan lari laah dari senior-senior yang bajet cool tu, sebab kamu ada seorang kakak yang jauh lebih cool. HAHA -__-"
budak kembar pula sekarang dah berjangkit insomnia dari aku. waktu cuti asyik tidur lewat saja. penat aku teman budak dua orang tadi tidur. selalunya mama yang akan teman, tapi hari ni mama tidur dulu nampaknya. persediaan untuk ke sekolah juga mungkin. HAHA
itu laah. family aku memang bergiat aktif dalam sistem sekolah. ada yang mengajar, ada yang diajar. aku ambil ini sebagai suatu motivasi, untuk menjaga perlakuan dan belajar lebih rajin. ya laah, anak cikgu. siapa suka orang bercakap-cakap perihal family ? khabarkan pada aku, biar aku ajar apa itu family pada dia.
okay, Aiman pula aku rasa dia paling cool dan relax. masa sekarang masih belum pulang. entah ke mana dia merayap. esok sekolah laah bongok !
kalau laah aku ada super power, aku akan ajar dia. biar jadi manusia lebih berguna. tapi sekarang aku mula bangga dengan dia. sudah ada inisiatif mahu berhenti merokok. sudah ada kesedaran mahu pergi ke tusyen dan kelas tambahan. sudah tahu rasa tercabar.
apa-apa pun, semoga dia mendapat 5 A dalam SPM. nescaya tokwan akan buat kenduri kesyukuran, korban lembu seekor.
exclusive, gambar chicken pox Aiman.
hanya boleh didapati di http://oney-owns.blogspot.com/
selamat kembali ke sekolah semua !
7 comments:
HAHAHAHAH.... weyh... ang bgtau eman aku gelak guling depan umah aku tgk muka dia kena ciken pox! HAHAH...
lawak betui weyhh!! haha..
modal2 nk kucai2.... haha
WAKAKAKAKAKAKA
atiq : HAHA, jangan habaq kat dia,
dia belasah aku jenuh.
aku kalah gusti dengan dia, HAHA
myr : hamboih. lawak sungguh ka ?
sama r weh. besok tinggal aku sorang2 kat umah. semua pegi sekolah,
tapi pagi2 depa hingaq aku tidoq mati ja. bngun2 as usual lah tengahari.haha XD
HAHA, aku bangun jugak,
baik sikit dari hang.
lepas tu tidoq balik sampai tengah hari jugak. haha
hahaha,
kesian gila eman !
adoi, tobat sakit uhhh
HAHA, kehsian laa jugak,
tapi keluar macam tu jugak,
kira tak cukup sakit le tu. :D
Post a Comment