Saturday, 6 March 2010

back off !

siapa-siapa yang rasa benci dengan anak-anak Zulkhairi, sila tekan punat merah di penjuru kanan monitor anda. sebab saya tak paksa kamu, kamu dan kamu yang sempurna itu baca luahan merepek hati busuk saya. antara semua anak abah, aku paling agresif dan paling busuk hati. jangan salahkan mama atau abah atau jangan sesekali berani salahkan tok. mereka antara orang-orang hebat yang pernah ada di muka bumi.

semalam Afini telefon mama. cakap ada junior kena buli di asrama. aku fikir 'sekolah perempuan, asrama penuh pun ada kes buli?' itu pasal aku insist adik-adik aku masuk asrama. sebab kami memang manja. tak boleh hidup lama bila jauh dari rumah. Aiman dulu duduk asrama 3 hari, then call mama cakap rindu. -___-"

Afini balik kali ni, aku nak belikan dia beg baru. beg Nike merah yang tak seberapa tu ada orang dengki sampai tak boleh tengok adik aku. sebab beg senior tu sama dengan beg Afini. 'kau tepi siket, aku tak nak tengok muka kau lagi depan aku, tepi, tepi!' kepala hotak hang. nasib baik adik aku sopan santun, tak macam aku. kalau aku, bertumbuk dahh. aku pun pernah jadi senior jugak. takda laa nak lebih-lebih sampai beg pon nak ada 1 jaa dalam dunia. baik kau buat design sendiri oi.

washing machine pon budak junior tak boleh guna even kat sekolah tu ada satu bilik basuh khas yang beratur washing machine tepi dinding. tahi sungguh. nasib baik adik aku kuat. tabah laa Afini. 5 tahun jaa hidup di sekolah. aku tau, Afini akan baca semua ni, sebab dia memang stalker terkuat, yang paling disayang di blog ni.

anak sulung Zulkhairi kadang-kadang buat aku bengang jugak. kenapa dia slow sangat hah? even orang sesedap hati kutuk dia, caci ka apa, dia cool jaa. bengap ka apa ? boleh hidup noh macam tu? itu laa, orang kuat saja boleh diuji sebegitu. walau macam-macam dugaan Allah bagi, kakak aku tabah. aku tak pernah tengok dia meraung. aku tak pernah dengar dia menyesal. semuanya dia kata ada hikmah. walau dia jatuh terduduk, ditinggal, dicaci. dia tak penah balas apa orang buat pada dia.

orang hati baik macam ni pon hampa nak kutuk? tolong cermin diri tu dulu apa ada. sebab aku kenal kakak aku lebih dari orang lain kenal dia. jangan pandai-pandai kata itu ini. sebab dia mungkin tak penah kisah, tapi aku sakit. apa kau rasa bila keluarga kau orang cakap-cakap? sakit. biar aku tolong tunjukkan macam mana rasa itu, sebab aku ada potensi untuk berperangai syaitan.

sekian,

13 comments:

ファウジ said...

biasa la tu sbp..tmbh2 lg ssp..
berlagak mcm la skolh dia best sgt.
mayb minah over tu 'tergugat' ngan afini kot..first year mmg mcmtu..
aku dulu satu batch kena tiap2 hari..rasa mcm askar pulak kdg2 tu..
siang,mlm,tgh malam semua dia tibai..haha..sabar je la dik oi..

Amirah said...

dugaan,
afini keep it strong ok ? jangan biarkan perkara sebegitu mendominasi,
kita niat nak belajar dan berjaya :)
oney,
kak hg tabah, takpa, orang duk buat macam2, hari ni hari kita, nanti hari depa ? jatuh terduduk meraung meratap minta ditanam.

oney said...

pojie : tu laa pasal, kesian kat adik aku wehh.
kecik kecik kena lalui macam macam dah.
hang takpa, lelaki. kuat laa sikit kalau kena buli pon.

mierah : haha, betul tu.
sebab tu dia cool,
aku jugak yang macam jin.

ファウジ said...

hg mmg mcm jin oney
dulu balik skolh suka kutuk aku..
kesian kt aku..kecik2 dh kena buli.
hahaha

oney said...

hahaha, no heart feeling laa wehh.
dulu aku budak-budak lagi, jahat.
hang tak mau sembang dengan aku time balik,
aku nak mnceriakan suasana jaa, haha.

ファウジ said...

biasa la tu..
childhood nyer life sometimes
kejam gak..hahaha

oney said...

hahaha, manada aku kejam.
niat aku baik nak ceriakan hang, haha

its Atiq said...

aku bca pon naek geram wehhhh...
sian kot kt afini.... aihh.. mcm2 laa org nehh... benda cmtuu ja pon... truk2....

oney said...

aha, tau takpa,
nasib baik dia tak mintak nak balik,
tidak parahh.
sekolah terbaik pon ada jugak orang macam tu.

ayun said...

adek kaw skola mana yunk??
hehe.

suma itu biasa . XD

shezz said...

oney...
sbp mmg cmtuh pon...dulu k.syaza dok tkc pon sama...jr form 1 mmg diorng kaco..tmbh2 yg depa tgk lemah lembut mcm afini tuh...
tp rilek la...form 1 ja..form 2 nnt dah ok...be strong~!!
take all those buli things tuh sbgai satu pengalaman hidup kt sbp..nnt terkenang balik woo...seronok sbnrnye..skrg je saket ati...nnt rasa best...
bukan suma org bleh rasa...jr yang xmenonjol xrasa sgt...afini tuh cun kot..senior tuh jeles...heheh...pnjng plak...gud luck girl~

ファウジ said...

haha btol mcm yg kak ni ckp..
dah skolh semua pompuan ni ada yg songsang sket..

siap ada certain term plak utk jr2 ni..haha..

dunia mmg dh nk kiamat jd tobat2 la

oney said...

hahaha, mintak simpang laa.
aku rasa adik aku straight, haha