Friday, 30 April 2010

UM, here I come!

Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya.
Alhamdulillah.


okay.. sumpah excited.
dah lama tunggu tawaran sambung belajar.
sudah boring jadi penganggur. HAHA


tapi aku masih tunggu sesuatu,
JPA scholarship...
harap-harap ada rezeki aku.
doa, doa, doa!

Thursday, 29 April 2010

cinta zaman sekolah

tengah malam ni aku terfikir, cinta zaman sekolah sampai bila boleh bertahan? aku dengan Shahir boleh kah kekal sampai mati? uh. runsing aku fikir. ntah apa tujuan aku bercinta zaman sekolah. budak gedik jaa main cinta zaman sekolah..

berapa banyak sangat couple zaman sekolah yang berjaya kekal sampai menikah. boleh kira dengan jari. tapi semua tu tak mustahil kalau memang itu jodoh yang Allah tetapkan untuk kamu.

pada aku, bercinta zaman sekolah bukan salah. semua tu pengalaman.. pengalaman itu yang membesarkan kita. belajar laah dari apa salah silap, baik buruk sesuatu. bercinta itu jadi salah kalau kau bercinta sampai angau meroyan tak ingat dunia, belajar entah ke mana.

zaman sekolah dulu aku bercinta sama kuat dengan aku belajar. aku semangat nak pergi tusyen sebab ada Shahir. boleh jumpa, sembang sembang, gedik gedik. setiap kelas kami duduk sebelah sebelah. biar lantak apa orang kata. aku tak faham, dia ajar. dia tak faham, aku terangkan. dia mengantuk aku ketuk. sama-sama doakan kejayaan untuk exam. takda nya istilah angau bercinta, lupa belajar. tapi mungkin nasib lebih memihak pada aku waktu tu..

zaman sekolah dulu memang aku asyik berkepit jaa dengan Shahir sampai ada yang naik meluat. apa boleh buat.. kami juga asal dari berkawan. bila couple pon masih macam kawan. takda nya istilah aku bangga ada boyfriend sebab kau takda. karut!

setiap kawan aku mesti mama dan abah kenal. nama apa, tinggal mana, anak siapa. begitu juga Shahir. biarpun mak aku tak pernah cakap dia restu aku bercinta zaman sekolah, tapi at least dia tahu dengan siapa aku paling rapat. dan sampai sekarang pon mak aku akan bertanya itu ini pasal relationship kami sampaikan aku kadang-kadang naik segan.

aku tak nafikan. bercinta zaman sekolah lebih banyak yang buruk dari yang baik. tapi fikir-fikir laah baik buruk sesuatu. kalau tiada langsung pengalaman bercinta, susah jugak..

bercinta zaman sekolah juga hanya buat menambah tekanan. walaupun result kau tip top, kau aktif sukan, sumbang itu ini kepada sekolah, semua itu tertutup kalau kau salah seorang budak yang bercinta zaman sekolah.

tapi bila dah habis sekolah, ini bukan cinta zaman sekolah lagi dah. aku sendiri tak tahu apa species cinta yang aku lalui ni. bila dah habis sekolah jugak, macam-macam benda yang perlu kita fikir. masa depan.. itu yang lebih penting.

kalau dulu aku boleh jumpa Shahir setiap hari waktu sekolah dan tusyen, nanti bila masing-masing ada hidup sendiri di universiti, macam mana? keadaan dah tak sama macam dulu. macam-macam jenis orang lagi aku bakal jumpa, dan masa Shahir untuk aku dan relationship kami dah tak macam sekarang. dia akan sibuk, aku akan sibuk.

aku tak sudah sudah fikir macam mana mau jumpa dia kalau aku cuti sedangkan dia langsung tak ada cuti.. aku sikit pon tak gusar kalau kalau dia terpikat pada yang lain. sebab aku tahu dia bukan begitu. tapi aku? aku sendiri yang aku risaukan. hari-hari aku doa biar ada jodoh kami. sebab dia memang betul betul baik. tapi aku yang agak haru-biru. gila. aku belum bersedia untuk long distance relationship!



huh. otak aku memang kuat bekerja. sebab tu kepala aku besar..

Wednesday, 28 April 2010

you make me smile

cis. habis takda modal laah nak buat title. blah, blah, blah!

okay. semalam aku main futsal lagi dengan awek-awek sekalian. kali ni angkut kembar sekali. menangis-nangis nak ikut sangat, bawak jalaa. berbaloi-baloi bawak budak kembar dua orang tu. main kalahkan kakak. tension betul. tak tau penat ka hapa. okay, tengok gambar yaa.

gambar futsal hasil ikhsan Fath.



dan semalam Nan balik dari PLKN. yea! rindu Nan wohh. tapi Jatt lagi rindu kan.. hehe. hari ni Jatt belanja KFC sempena kepulangan girlfriend tersayang. yea sekali lagi ! terima kasih Jatt. InsyaAllah, ada rezeki aku belanja pulak okay.

Atiq, Mierah dan Arep sedang layan Glee.
sempat tangkap gambar tiga orang ni jaa. yang lain duduk jauh laa.



okay, aku tau aku over. ingat elok kot perempuan tangkap gambar ternganga bagai.
sila jangan tiru aksi ini. sungguh tidak sopan..


aku banyak cakap dengan Shahir jaa tadi. sungguh meng-annoyed-kan. maaf laa. kami bakal menjauh tanpa sebarang alat komunikasi. wohh, boleh gila. apa-apa pun, terima kasih semua!



p/s : ada kena mengena juga apa title dengan isi penting post ini. ewah. isi penting tu.. bajet karangan bahagian A Bahasa Melayu SPM kertas 1 ka apa.. blah, blah, blah!

Tuesday, 27 April 2010

ah, jerawat!

okay. sebut title di atas gaya iklan T3 yaa.

woh. jerawat makin galak. apa dosaku? gila benci dengan muka sendiri. dah laa hitam legam, parut chickenpox, jerawat lagi. okayy. terima kasih atas complete set ini. aku terima.

padan laah muka naik jerawat. pencuci muka pon tak pakai, elok sangat laah kan. aku rasa kalau kulat boleh tumbuh atas muka, dekat muka aku dah subur dah kulat-kulat tu aku rasa. tension laa macam ni.

kenapa aku sungguh tak berdisiplin?! GRR


okay, okayy. buang masa jaa emo dengan muka sendiri. main looklet lagi best. model cantik-cantik, muka licin woh. sungguh tidak mengecewakan. pergi dulu!

Monday, 26 April 2010

looklet punya pasal.

blog aku dah tak cool. eh, macam laah sebelum ni cool kan.. tapi colour pink memang sungguh aku tak gemar. incik blog sudah tidak macho, jadi aku dah tak obsess pada dia lagi dah. obsession aku pada ini looklet.

walao! siapa boleh tak obsess memang kebal. gila laah. aku masih kagum dengan benda ni. ohh. suka, suka.

okay. sampai sini dulu. kan dah cakap aku dah tak obsess pada blog lagi dah. HAHA

Sunday, 25 April 2010

kenapa saya suka pakai baju berlapis-lapis?!

aku kalau keluar rumah wajib nak ada cardigan dan jacket. mama selalu kata aku bajet macam Malaysia ini negara sejuk pulak sebab bila shopping jaa nak jacket dan cardigan. biar panas macam mana pon tetap nak berlapis-lapis jugak baju dipakai. apa kau bajet kau cool?!

okay. mari aku rungkaikan kenapa aku suka ber-jacket dan cardigan.

sewaktu zaman baru nak baligh bagi budak perempuan, zaman nipple baru nak naik, (gila rasa lucah sebut macam ni) ramai budak-budak sebaya aku selalu bongkokkan diri sebab malu dan rendah diri dengan perubahan diri waktu tu. lain pulak dengan aku. aku pakai jacket, bajet takda apa-apa yang berubah. nice.. takda siapa perasan pun aku rasa. dan dari situ laah aku suka ber-jacket. zaman tu cardigan belum naik lagi.

sampai aku masuk sekolah menengah pon masih nak ber-jacket lagi. waktu tu jacket aku selalu pakai pergi kelas tambahan. ya laah, kalau pakai baju tangan pendek, ada yang nak kena urut lengan dengan ustazah pulak. secara tak langsung kan dah menutup aurat tu.

dan sekarang aku masih suka ber-jacket dan cardigan. sebab yang utama, kerana aku sangat low self-esteem tentang badan dan diri sindiri. ohh. sesungguhnya aku banyak kekurangan sana sini. aku sedar diri dan menipu banyak mata untuk menutup kekurangan dengan jacket dan cardigan. wahh. bijak anak mama. HAHA

jacket dan cardigan juga pada aku adalah untuk melitupi badan yang selalu dipakaikan dengan baju-baju kecil, sendat dan ketat. bila ditutup dengan jacket atau cardigan, kan lebih sopan. tambah pulak bila bertudung. baju sendat padat sana sini masih nak pakai tudung macam tak kena pulak kan. dan sekali lagi aku bertindak bijak..

sebab yang lainnya adalah kerana aku kurus. wahaha. bila aku lindungkan badan aku dalam jacket atau cardigan, kan tak perasan sangat yang sebenarnya 80% anatomi badan aku hanya terdiri daripada tulang-temulang. wahh. sedih!

kegilaan aku pada jacket dan cardigan memang tak dapat dibendung lagi. terutamanya pada jacket. sampaikan aku berangan-angan nak ber-jacket untuk baju kahwin aku nanti. bukan main lagi tu berangan. kalau boleh nak wedding dress yang simple dan cool macam ni. HAHA

award from Kak Intan.


wahh. bukan main.
ni dah kali ke dua ni dapat beautiful blogger.
nak tak nak kena mengaku laah diri ini cantik. HAHA

thanks Kak Intan.
yang jauh lebih cantik luar dan dalam. :)

okay. award pass kepada :
 
kita semua ciptaan Allah yang paling agung. 
hargailah. :)

the one and only.

kisah benar boyfriend girlfriend, suami isteri yang aku lihat dan pelajari atas bumi. maaf laa. kali ini kisah cinta. siapa tak berminat boleh tekan kotak merah.

kenapa 'the one and only'?

sebabnya, kita manusia. biar seribu macam jenis manusia kita jumpa, yang tertarik cuma pada manusia yang satu. yang satu itu diingat hari-hari, yang satu itu dibawa mati, hendaknya.

suami kalau pun gatal mahu menikah lagi seorang, lama juga masa yang difikir-fikir. kenapa? kerana sayangnya pada yang satu itu masih utuh.

boyfriend girlfriend yang sudah mula hidup baru mahu tidak mahu terfikir juga pada yang dulu. kenapa? ya, kerana hebatnya yang satu.

manusia memang tak akan pernah lari buat perbandingan. mahu beli sayur lagikan dipilih-pilih, dibelek-belek. inikan pasangan hidup. biar dia merasa angin baru, biar dia tahu.

kenapa perlu gelar dia itu tukang curang? biar saja dia curang. biar dia terpana dengan belang sendiri. biar. burung kalau terbang tinggi atas awan ke tujuh sekali pun, pohon juga yang dicari.

kenapa perlu gelar dia itu perampas? bila engkau sendiri pernah merampas. it's all about karma baby, karma. what goes around come around. bila engkau yang mula-mula jadi perampas lalu tewas atas lawan yang lama, kenapa perlu gelar dia perampas? sudah jadi lumrah manusia. biar lari tinggi langit, suatu hari mendarat juga. biar pergi pada yang lain, suatu hari balik pada yang satu juga.

ya, itu laah rasionalnya 'the one and only' pada aku. dan aku tahu, kamu juga terfikir akan mahu setuju.

tak perlu risau kalau dia diambil dari kamu ataupun dia pergi jauh dari kamu. biar. sesungguhnya dalam diam dia masih terfikir akan kamu. bila saat dia singgah kembali pada kamu, nahh. semua keputusan ada pada kamu. fikir laah. tiada istilah jilat ludah sendiri dalam dunia.


aku tahu sebab aku juga begitu.

Saturday, 24 April 2010

kenapa aku suka update blog tanpa henti?!

sebab banyak cerita aku mahu khabarkan pada dunia.

dan kali ini cerita budak-budak bercinta. wahaha. sila hadap kejap yaa. gambar harus ada untuk tempek sana sini. gambar pulak wajib yang gedik gedik meroyan. okay, hadap laah sekali lagi.

ini cerita 23 April 2010. mama selalu kata aku, Mierah, Arep dan Shahir kalau keluar sekali mesti double date. nahh. kali ini triple date ma. Atiq pon dah galak sekali ma.





wooh. rindu beb duduk macam ni.
macam zaman sekolah dulu. :)

a lady to be..

I stick to wear hijab when I was in form 3, if I'm not mistaken. Shahir told me to do so after he saw my pictures in My Space. HAHA. I know.. I'm just a typical teenage girl at that time. I'm not wearing hijab for real at that age. Yes, maybe I was too young. Hello, I'm fifteen! Yeah, our mothers were also didn't wearing hijab when they were young. They were more daring with skirts and pinafore for school uniform. HAHA. That was in 80s. Should I call it isolated case?

But now, I feel more comfortable, calm and peace when I'm wearing hijab. No one force me. It's just came from my heart. And I didn't care enough about my hair like I used to. I didn't cut my hair for about a year or maybe more than a year. And yes, I didn't get any trim or treatment. It still looks good though. Why I need to waste my time and money for something that are hiding. HAHA. I'll prefer wasting my money on food, clothes, handbags, shoes or scarf. No, it's not wasting actually, but investment. HAHA. Yeah, it sounds ridiculous. I know.

When I was early fifteen, I was like obsess with facial care, hair treatment and everything. Yeah, I thought that because of hormone. I used to wash my face with a facial cleanser from Olay. Then, I switch to Body Shop and its work. I didn't have pimples or oily face or whatever. Actually, at that age, we don't need any other chemical, remedies or whatever to look good. We are already good. Yeah, a fifteen years old girls will always look innocent and cute, of course! Don't you miss it?

But now, when you are eighteen and to let your face being damage and screw up because of your laziness and crazy thinking, it's a no no thing. I don't want to get oily skin, black heads and pimples too much because I'm already low self-esteem. I'm tanned, petite and ugly. Complete package. What else?! I have to do something with my face. Yeah, a facial cleanser would be great. HAHA

Okay, it's crap. I know.. -____-"

Friday, 23 April 2010

Ariff that we call Arep.



aku pernah adore dia dulu.
eh. main sukan, cool, tinggi lampai.
siapa tak minat kan ?! HAHA

ini dia anak Teacher Ruzaida.
mak dia memang baik gila wehh.
Arep pon boleh tahan baiknya.
kawan susah dan senang.
ya, sungguh.
kami geng couple kan memang dibenci.
sorang kantoi, habis satu geng.
HAHA. kesah ?
jadi orang jugak apa.

okay Arep, happy birthday.
semoga hubungan dengan Amirah Rushaliha kekal ke akhir hayat.
jaga laah kawan hidup matiku sampai hang mati ! wahh.

Thursday, 22 April 2010

badan cergas otak cerdas, wahh !

takda apa yang lebih menyeronokkan untuk membuang toksik selain dari berfutsal. ohh. sungguh suka. biar penat, peluh, masam, comot-momot tetap pilih futsal !

okay. penat main tu wajib laah. ditambah pulak penat bergelak, menempik, terpekik terlolong. hah. sungguh haru biru. biasa laa, perempuan bertemu perempuan kan. sumpah gegar. HAHA. best tahu ?!

okay, layankan saja gambar di bawah.






ehem, ehem. best gila okay.
lama dah tak berpeluh, kusut masai macam ni.
nanti main lagi ya awek awek.
see ya. :)

Wednesday, 21 April 2010

lost weight.

hari-hari aku makan berpinggan-pinggan, tiga empat kali pulak tuu. pagi makan, lunch makan, malam makan, tengah malam pon makan. tapi kenapa masih turun berat ?! jangan kata naik, menurun lagi ada.

tension laa macam ni bila pakai seluar pon loose. seluar fit dah tak fit, skinny pants dah jadi straight cut. boot cut dah nampak baggy. apa macam ni ?! takk cool okay.

susah betul nak capai 40kg ke atas. kenapa, kenapa, kenapa ?!

semalam timbang berat, 39kg. mana lagi, mana lagi, mana lagi ?!

eh, tension laa macam ni..

naik 2kg pon cukup laahh.. tolong laa..

semua orang mahu kurus. tapi syukur laah bila korang ada berat badan yang ideal dan cantik. biar nampak sedikit chubby, itu tanda comel okay. yang penting bukan rangka atau obesiti. syukur laah dengan apa yang Allah berikan pada kita..

everyone deserve a second chance.

grab.







"life is not all about success and failure. it's about opportunities and how you deal with situations." auni

Alhamdulillah..

Tuesday, 20 April 2010

aedes dan denggi.

kawasan perumahan aku sekarang makin ramai yang kena denggi. baru-baru ni satu family lorong belakang rumah aku dah dijangkiti denggi. aduh. bahaya dohh.

yang peliknya, kawasan perumahan aku ni bersih. tapi kenapa ada kes denggi ?! mungkin nyamuk suka bertenggek dan beranak-pinak di kawasan air jernih pulak. ubah angin katanya. asal ada air bertakung, mereka berkampung. terbaik laah aedes. hotak kau.

aku paling benci nyamuk. apa-apa jenis nyamuk semua aku benci. kulit aku yang hitam kemasaman ni bila kena gigit nyamuk jaa merah habis aku garu-garu tanda protes. hah, bayangkan kalau aku putih gebu melepak tepung gombak. memang terbaik laah love bite nyamuk kelihatan.

okay, back to the topic.

sekarang ni setiap petang atau paling kurang selang sehari Jabatan Kesihatan datang sembur ubat hapuskan nyamuk aedes. baunya MasyaAllah. menyucuk. siap meniggalkan kesan yang tak menyenangkan di atas lantai rumah. apa lagi, selaku pembantu rumah tak berbayar, aku jugak yang kena mop lantai hari-hari. letih, penat, patah-riuk tahu.

semua orang dah tau demam denggi ni bahaya. boleh bawak ajal lagi tu. apa tunggu lagi, jaga kebersihan rumah sendiri. sebabnya, yang akan susah jiran-jiran. jiran-jiran yang tanggung sakit, jiran-jiran jugak yang tanggung perit mop lantai. tiba-tiba jaa aku ni. sebenarnya ini cuma protes. tak puas hati sebab hari-hari kena cuci lantai. eh, tapi best jugak apa cuci lantai. sama best dengan cuci jamban.

okay, pergi dulu !

Monday, 19 April 2010

aku orang paling happy dalam dunia.

sumpah.





Shahir dah balik oi !





congratulation sayang. tak dapat air force pon takpa. bukan rezeki kamu di udara, apa boleh buat, darat masih ada. tapi, saya masih tak dapat terima kenyataan akan jadi girlfriend tentera.. makin tak romantik laah kita macam ni.. HAHA

Sunday, 18 April 2010

sisterhood..

I found an old, dusty frame in my mum's wardrobe just now. the picture.. it's means a lot to me. yeah. I miss her so bad.




before I'm sitting for my SPM examination, she gave this to me, a card at the left side, which she made it by herself. seriously it was super cool. at the right side is from Shahir. I won't show you what he wrote. cause it's funny and not-so-romantic words for a girlfriend. HAHA




sumpah terharu baca ni.
siap ada tanda tangan semua lagi. wuwu


okay, till then.
I'm out for bowling with Alieya, Mierah and Arep.

incik blog,

blog ni dah jadi macam personal blog yang hari-hari merapu meraban cakap pasal diri sendiri yang takda orang nak ambil tahu. wahh, ambik kau. tapi betul. hari demi hari blog ni dah jadi semakin sampah dan sarap. ohh. sungguh kasihan akan kamu incik blog.

incik blog,
saya mintak maaf. saya janji tak ulang lagi lepas ni. lepas ni saya suap makanan sedap-sedap ye. tapi saya tak pandai memasak, so incik blog kena hadap laah ye. makanya incik blog, hari-hari kamu makan daily life saya saja laah. ohh. sungguh tidak menarik..

incik blog,
kamu jangan risau. malam ini Shahir balik. daily life dah tak kusam, suram, comot momot lagi dah. makanya, makanan kamu sedap le jugak. tapi mungkin ada yang akan allergic pulak. mintak maaf ye incik blog dan semua.

XOXO

Saturday, 17 April 2010

sampah ?

okay, masih cerita pasal mengemas rumah.

hari ini aku bangun 10.30 pagi. erk, masih layak dipanggil pagi kah ? penat punya pasal. 5 pagi lagi aku dengar mama sudah bangun mengemas. sengaja aku pekakkan telinga, lumpuhkan badan. aku sudah tiada kudrat lagi mahu menolong.

bangun tidur saja terus gerak kaki, tangan, heart and soul serta semua anggota badan sambung mengemas. wahh, penat bukan main. aku dengan mama saja yang sibuk itu ini. abah dengan Aiman cool jaa aku tengok, menyampah. budak kembar memang tak membantu langsung, menyemak.

eh, aku nak cerita pasal sampah kan tadi.. -___-"

okay, okay. tadi aku kelaskan baju-baju mengikut beberapa jenis. wahh, bukan main lagi tu. baju tidur, baju main-main, baju kotor, baju cool cool, ehh. macam-macam pulakk. alih-alih yang itu main, itu jugak tidur, itu jugak bawak berjalan. wahh, bagus. patut le selalu bila buka almari mesti bosan jaa tengok baju yang sama. perlu shopping ni ! wahh, ini sudah melalut..

aha, nak dijadikan cerita.. aku juga dah kelaskan mana baju yang nak bagi pada Afini, pada cousin, sedekah, jadikan kain buruk atau bakar. wahaha. underwear yang dah tak diguna mesti laah bakar weh. tak senonoh betul sedekah pada orang.. yang banyaknya baju-baju dan jeans aku turunkan pada Afini. yang tinggal untuk aku sikit jaa lagi. wahh, boleh shopping !

bila mengemas bilik mama tadi, mula laah mengenang masa lalu.
'ni skirt mama pakai waktu kita ambik gambaq kat ruang tamu rumah tok dulu ni'
'ni baju coir abah dulu ni'
'ni langsir first rumah kita laa'
dan macam-macam lagi laah. haihh.

ini laah yang dikatakan sentimental value. tapi akhirnya masuk plastik sampah jugak... kasihan. bukan apa, rumah kecik, tak muat nak simpan banyak. semak laa wehh, semakk. ikutkan hati memang nak simpan barang-barang tu semua. mana tahu biar jadi antik dan vintage bila tiba 20 tahun lagi. HAHA

tapi, ada benda yang masih disimpan sejak seabad dulu, barang mainan dan teddy bear. barang mainan dulu-dulu selalunya tahan lama. adik-adik aku pon masih main lagi, so masih simpan. dan abah selalu jugak beli teddy bear walaupun kami semua tak berapa minat dengan teddy teddy ni. konklusi yang aku buat, abah suka teddy bear. dia teringin sebab zaman dia dulu takda benda-benda ni semua..

bantal busuk jugak masih disimpan rapi. hah, bantal busuk kakak pun aku rasa mama masih simpan. bantal busuk aku yang sejak usia 5 tahun pun masih ada. tapi dah tak boleh guna.. sayang. yang kembar tu sampai sekarang masih setia dengan bantal busuk. baunya Ya Rabbi, pengsan.

buku-buku juga tersangat banyak di rumah. sesetengahnya memang dah out-dated. tak boleh pakai. not into syllabus. tapi masih simpan. tak tergamak rasa nak buang barang berilmu ni. mana tahu ada gunanya nanti. hah. ni turun sikap abah laa ni. simpan sampah..

tadi, aku baru saja recycle buku sekolah rendah dulu. nahh, berapa lama aku simpan. bila selak-selak balik, lawak. boleh tersenyum ingat satu-satu benda yang terjadi suatu masa dulu. tambah pulak bila tengok tulisan yang comot-comot tu. ahh, comel. HAHA. buku-buku 2008, 2009 aku masih simpan untuk Aiman. mana tahu, Allah buka pintu hati dia untuk rajin belajar. wahaha. yang penting saja masih simpan, yang lain, recycle. dah boleh agak, dia nanti bukan nak pandang pun buku-buku ilmu ni.

haihh. proses mengemas ni dijangka selesai Isnin depan. gila ka hapa. penat laa wehh. okay, pergi dulu dengan patah riuk. Assalamualaikum.


p/s : gila panjang wehh. punya leka aku menekan menaip. hadap jalaa.

Friday, 16 April 2010

hari ini rasa nak gila.

gila.

gila.

gila.

penat doi hari ni. punggah barang, angkat barang, simpan barang macam nak pindah rumah. urat dawai tulang besi aku dah macam patah-patah, dileburkan dek penat seharian bekerja. gila.

mulanya hanya mahu buat kabinet almari dalam bilik mama. nahh. sekali 3 bilik kena punggah. gila semak. sila jangan datang rumah.

waktu-waktu sebegini aku ambil peluang mengemas segala macam barang dalam bilik. buku-buku, kertas-kertas, exam sheets, semua masih ada dalam bilik. elok lagi. tadi aku buang sikit mana yang kurang penting, kurang sayang. sedih jugak terpaksa buang benda-benda ni semua. bagi aku, barang waktu sekolah dulu ada sentimental value yang tersendiri. buku sekolah rendah pun masih simpan. apa cer. buat semak pulakk. aku ambil jalan mudah, kumpul dan recycle.

almari bilik aku juga dah diganti yang baru. masalahnya di sini, semua baju, beg dan segala macam benda harus pindah masuk almari baru. wahh. banyak sungguh. badan aku sudah tak tertahan lagi.

sekarang semua sudah tidur, aku saja belum. atas katil dan lantai penuh baju-baju lagi. aduhh. siapa-siapa nak baju free, nak buat kain buruk ka, sila laa datang rumah. bawak lori sekali. asalkan aku boleh tidur, aku rela.

tulang-temulang aku rasa sudah mahu patah. kaki aku sudah longlai. jari-jemari sahaja yang masih tangkas bergerak. syabas.

Thursday, 15 April 2010

haven't met you yet.

okay, I'm back !

ehem, yaa. aku tahu semua rindu update blog aku terpacul dekat reading list kann. HAHA. sila muntah darah. izinkan aku berangkat bakul sekejap. bukan apa, kalau tidak sehari 2, 3 kali aku giat menaip. bukan tak pernah aku tinggal blog ini lama-lama tanpa update. selalu saja rasanya aku biar dia terabai.. kasihan..

sudah, sudah. mari dekat dekat rapat rapat. biar aku khabarkan pada semua apa terjadi selama aku menghilang. okay, bukan menghilang. cuma jauh dari kemudahan internet. ohh. bukan jauh. aku tak pergi mana-mana. cuma tidak mendapat internet. yaa, lebih tepat. HAHA

pertama sekali aku mahu khabarkan pada dunia, aku tidak terpilih untuk smart camp biasiswa Petronas. ha ha ha. pecah hati le jugak. tapi tiada rezeki aku di situ, apa boleh buat. hikmah ini semua.

sejak tidak online, aku dah habiskan Glee Season 1 dan Gossip Girl Season 3 berbelas-belas episod tanpa jemu. wahaha. semestinya jiwa dan raga aku lebih kepada Gossip Girl. apa barang obsess Glee. lelaki menari sungguh tidak cool. tapi aku tengok jugak.. -__-"

juga mahu dinyatakan di sini, supaya mama membaca, Oni tak keluar dating dah 7 hari ma, tujuh hari ! Sobs, Sobs. siapa kata hari-hari keluar, siapa, siapa ?! memang le keluar hari-hari, tapi dengan girlfriends. tak apa kann. HEHE

ehem, tau dak Oni pi mana ma. makan Secret Recipe wo, lepas tu sampai Kuala Perlis terus. hah. lama tak keluar rumah le katakann. tengok laa gambar anak mama yang sopan santun, ayu, manis dan cantik ini.








lepas tu ada lagi ma.. sampai Chuping dah kaki Oni ohh. jauh gila woh. takk, bukan dating ponn. pi rumah tok Mierah laa. HEHE







okay, pergi dulu !
terima kasih kerana membaca.
harap dimaafkan jika ada yang termuntah darah.

I miss everything about you.



yeah, I miss blogging so damn much ! no, not Facebook or whatever, but my blog. or I prefer to say my crap, rubbish and gloomy blog. not to forget, my beloved and charming friends in Plurk, of course !

I miss Shahir so muchhh. hell yeah. He'll never know, cause I'll never tell him. HAHA. see, how good I am at pretending. not cool.

okay. that's all for premiere. I got so much to mention here. what I've been going through for all these days. I'll tell you letter.

friends, I know, you miss me too.

regards, :)

Thursday, 8 April 2010

yang tiada lagikan dikenang..

malam ini, tiba-tiba aku teringat pada arwah tok.. rasa rindu yang paling aku tidak gemar, rindu pada yang telah tiada, Juriah @ Intan binti Mohammad. dia yang lebih selesa kami gelar Tok Intan sudah pergi mengadap Ilahi pada tanggal 20 Julai 2007..

sudah hampir 3 tahun kami hidup tanpa dia. tapi kesedihan dan rindu tu masih ada dan selalu ada. manakan tidak, dia laah yang membesarkan aku sejak kecil, beri makan, melayan kerenah itu ini. memang susah terima hakikat dia yang paling disayang sudah tiada lagi, tak mungkin berjumpa lagi.

ehem, kalau nak tau, senyum manis aku turunnya dari Tok.. cewah perasan. takk, bukan. mama yang kata. HEHE. tapi senyuman Tok aku kira mampu buat siapa-siapa saja tenang. sungguh ikhlas. belum dengar dia bercakap lagi.. penuh toleransi.. yang marah bisa tenang, yang sedih boleh tersenyum.

bila aku dikhabarkan Tok sudah tiada. dunia aku kosong. kelam semuanya. terkejut, terpaku. apa yang aku tahu hanya menangis, menangis dan menangis. menyesal..

kami dulu memang nakal. apa yang dilarang tu itu laa paling teringin nak buat. kalau ruang tamu dekat rumah Tok dulu, selalu jadi mangsa untuk buat tapak khemah. ambik selimut buat khemah, kusyen buat kubu. zaman tu sofa belum top lagi..

ada sekali tu, aku, Aiman dan Tok nak kait buah mempelam. aku dan Aiman naik atas bumbung bangsal yang memang dah nak reput aku kira. Tok aku mesti laa kait area bawah jaa. kait-mengait dia memang pakar. takk, bukan. semua benda Tok memang pakar.. aku dengan Aiman tukang kutip saja. lepas tu kami berdua naik atas bumbung, nak tolong petik laah konon. aku macam biasa, pro habis laah gaya berhati-hati macam Michelle Yeoh. Aiman dah macam Jackie Chan, fun semacam jaa aku tengok.

tiba-tiba kayu bumbung yang reput tu patah. apa lagi, jatuh laa dia. aku memang cuak habis. siap menjerit nama adik aku dengan penuh kasih sayang lagi. rupanya selamat saja, takda sedikit kecacatan pon. cehh.





hah, ini dah masuk cerita lain ni.. okay, okay. terima kasih kerana masih membaca. beria-ia sedih merambu ramban tadi, alih-alih terkedek-kedek pulak. bagus laah. tak baik menangisi dia yang telah tiada. hanya doa dan kenangan saja yang masih tinggal..

terima kasih kerana membesarkan kami semua, Tok.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga buatmu..

Wednesday, 7 April 2010

alahai kawan-kawan..

saya tahu saya banyak kawan, banyak orang yang senang berkawan dan banyak orang yang masih sayang. wah, wahh. biar saya angkat bakul sekejap yaa. sebab ini cerita indah. bukan mimpi atau rekaan dan bukan lagi angan-angan seorang budak sekolah rendah yang inginkan kawan perempuan yang sebenar-benar kawan.

sekarang ni tak perlu keluar rumah pergi melewar untuk bersosial. jumpa saja teman-teman di facebook atau twitter. tapi aku selesa pilih plurk, kerana semua kawan-kawan terdekat aku sememangnya aktif plurk.

okay. dah terbantut niat nak bersaya awak, HAHA.

okay, okay. tadi aku melakukan sesi berjalan dan melawat ke blog kawan-kawan. mari aku cerita satu persatu blog yang aku buka hari ini. biar kongsi gelak ketawa bersama.

kita mulakan dengan blog Atiq. kenapa dia dulu ? sebab, blog budak gemuk ini tak pernah gagal untuk buat aku tergelak. serius. sebenarnya bukan lawak pon.. tapi itu laah istimewanya. tak lawak tapi aku tetap gelak. aku rasa setiap ayat dia seperti dia sedang bercakap, bercerita dengan aku macam selalu. tapi itu laah.. dia malas update. dasar pemalas tahi kucing. yaa, kerana itu memang dia !

seterusnya, blog my beloved Meirah. aku jatuh cinta pada theme baru blog yang seakan-akan doodle. yaa, seperti lukisan-lukisan dan lakarannya yang tidak pernah menghampakan. aku hargai setiap ayat yang dia tulis. kerana aku dapat rasa kejujuran dan tulus hatinya. wahh. tapi betul. aku rasa ayat-ayat yang ditulis sangat jujur.. dan malangnya, seperti juga Atiq, mereka sangat pemalas menulis blog. yaa, kerana itu memang dia !

dan aku beralih pada blog Fath. aku suka membaca cerita dari dia. yaa, walaupun sudah 2, 3 kali bertukar link blog. takpa, itu bukan suatu masalah bagi aku. walaupun kadang-kadang sukar bagi aku untuk meneka apakah kisah yang sedang dia pendam. takpa, aku suka membaca. dan aku seronok melihat gambar-gambar cantik hasil dslr nya. dan semestinya gambar kanak-kanak comel sentiasa menggamit aku ke lamannya. wah, wahh.

aku teruskan lagi misi pengembaraan dengan blog Nia. okay, apa lagi perlu aku buktikan ?! blog dia memang cantik, comel dan cool. atau lebih tepat lagi, simple but nice. begitu juga dengan setiap tulisan yang dia coretkan. simple. baru sahaja beralih arah ke blogspot, sudah hampir mencecah 40 followers. hebat bukan ?

aku berjalan lagi ke blog Alieya. okay, blog dia sumpah cool. theme baru dia sangat tak menahan okay. Michael Jackson for sure, her beloved dead husband. aku suka membaca blog sempoi dia, sebab dia memang sempoi. lu mau apa lagi ?!

dan seterusnya aku menjejakkan kaki ke laman awesome milik Ena. apa yang dia corekan selalunya konflik seharian. tapi aku selesa membaca. apa gunanya blog jika bukan tempat meluah perasaan bagi si penulis ? aku tabik pada dia. kerana aku rasakan dia cukup tabah. bermacam-macam dugaan yang selepas satu, satu menimpa dia. dan sekali lagi aku tabik pada dia. kerana aku tidak tahu macam mana cara meluah perasaan pada blog, selalunya tangan aku dengan sendiri akan terkaku dan gundah gulana serta merta hilang.

tidak dilupa, blog Fadh dan juga blog Ili. okay, tersangat julung-julung kali mahu di update.. aku suka juga blog Fadh. pandai dia menyusun kata. dan paling penting, ciri-ciri budak tidak matang itu masih pada dia. HAHA. takpa, itu yang membuatkan kamu adik. Ili pula aku rasa kalau ada award penulis paling handal menaip panjang, itu aku beri pada dia. tahu kenapa dia menulis panjang ? daya imaginasi dia sungguh tinggi ! dan, dan. dia mempunyai perangai pelik Hagimaru. bukan kedekut tetapi juara malas update blog. HAHA. uniknya dia, dia akan kumpulkan semua cerita, dan update dalam satu masa ! bayangkan, betapa hebatnya daya imaginasi dia mengarang hampir 2, 3 entri sekali update. wah, wahh.

okay, sudah laah membebel. pergi cepat menjengah blog my girlfriends ! sungguh tidak menghampakan. sekian, pergi dulu. terima kasih yaa kawan-kawan..

Tuesday, 6 April 2010

my first interview.

Alhamdulillah. aku dah berjaya habiskan interview untuk biasiswa JPA, Program Ijazah Luar Negara. biar aku cerita serba sidikit. semoga memberi manfaat untuk semua.


pagi ini aku bangun tidur lebih awal daripada biasa, solat hajat dan ambil masa untuk check semua keperluan dan borang sudah tersedia, seterusnya last review untuk course yang aku mintak, ukur bahan.

aku bersiap ala kadar. simple dan masih mengekalkan ciri-ciri manis semulajadi yang aku ada. baju kurung tanpa corak dari Indonesia aku sarung di badan, selendang bercorak yang aku pinjam dari mama terus aku lilit. tidak lebih dari 3 warna semuanya, dan aksesori harus tidak lebih dari 7 termasuk keronsang, cermin mata, jam dan sebagainya. serta tidak dilupa, kasut bertutup.

30 minit sebelum pendaftaran aku sudah berada di UiTM Arau, ambil masa untuk bermesra dengan rakan-rakan seperjuangan. datang awal itu bagus, sekurang-kurangnya kita rasa lebih yakin dan tidak gelabah.

aku ambil masa untuk bermesra dengan kekasih gelapku, Kanagesh dan juga Chen Syen Yen. semestinya mereka memohon untuk ijazah dalam bidang kejuruteraan. tanya punya tanya, gebang punya gebang, aku seorang sahaja calon untuk ukur bahan. rasanya...

okay, kami dibawa ke bilik mesyuarat yang kadar degree Celsius nya aku rasa mencapai 16 degree.. setelah mendaftar, semestinya aku duduk laa wei. dan bermula laah sesi kedai kopi bersama Ayuni (Sekolah Jenan), Amira M. Jelani (Derma) dan Suraya dari Sekolah Sultan Badlishah. apa yang aku perhatikan, kebanyakan calon bukan dari Perlis tetapi daerah sekitar Kedah dan bersekolah asrama penuh ataupun MRSM. wahh! saat ini aku sudah cuak..

9.50 pagi, tiba laah masa aku dan 4 orang calon lain untuk menjejakkan kaki ke bilik berhantu. seorang Chinese boy dari KSAH, Chinese girls from SMK Perlis dan SMK Dato' Syeikh Ahmad dan seorang pelajar perempuan Muslim dari Kolej Islam Alam Shah. macam mana aku tau ? aku tanya laa beb sebab aku bukan psychic. first point, be friendly.

aku mula berlagak cool dan macho. aku tahu aku manis, ini Fath yang kata. takpa, aku senyum saja walaupun semua organ dalaman sudah seakan-akan mahu pecah. sempat lagi aku membaca Al-Fatihah. itu sahaja yang aku mampu..

tiba waktu untuk masuk. menjadi perempuan melayu terakhir bukan bidang aku.. takpa, aku cuba berlagak ayu pula kali ini.

apabila melangkah masuk ke bilik temuduga,
1. senyum.
2. berdiri dengan tegak di tempat masing-masing.
3. duduk setelah diarahkan. bagi perempuan, kaki dirapatkan dan halakan ke tepi dan jangan bersilang kaki.. bagi lelaki, duduk dengan gaya macho, gagah dan penuh berkaliber.
4. mendengar taklimat serba sedikit dengan penuh minat. sedikit anggukan akan menampakkan diri kita berkarisma dan penuh minat.

maka dengan itu, bermula laah sesi temuduga..

bermula laah sesi memperkenalkan diri dalam Bahasa Melayu. tiba giliran aku,
'Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera'
habis sahaja aku ucapkan kata-kata keramat itu, semua mata memerhati aku.

okay, aku tercakap kuat... mak aii gelabah. takpa, aku teruskan lagi.. 'nama saya Nurul Auni binti Zulkhairi, saya dilahirkan pada tanggal 11 Februari 1992 di Kampung Paya, Beseri Perlis....' dan mata-mata penemuduga masih pada aku dan aku terus belagak confident. 'itu sahaja serba sedikit tentang diri saya, terima kasih.' semua ini memang tak pernah ada skrip. entah macam mana boleh terkeluar dari mulut aku pon tak tahu.

dan penemuduga itu bertanya, 'ukur bahan. kenapa kamu pilih ukur bahan?' nahh. aku memang dah agak soalan ni akan ditanya. tapi apa yang aku prepare dalam Bahasa Inggeris, dan mula laah sesi translate mengikut nafsu akal tepu aku ini.

setelah semua ahli kumpulan memperkenalkan diri, tiba masa untuk sesi perbincangan dan soal jawab. ambil ini sebagai cakap-cakap kosong. macam apa yang aku selalu buat. tin kosong kalau bercakap memang meriah, tapi isinya hanya kosong, macam aku. HAHA

antara soalan yang ditanya :
1. apa pendapat kamu tentang 1 Malaysia?
2. how you would promote 1 Malaysia when you study oversea?
3. what is your mistake in your life?
4. why do you want to study abroad?
5. what is your preparation before attending this interview?

bak kata Ayuni Azmi, jawab jaa. cakap.. tiada jawapan betul atau salah. biar jawapan kita pendek, asalkan lancar bila bercakap, itu apa yang aku fikir.

sedikit tips yang boleh dicedok :
1. bercakap dengan confident, lantang dan jelas tetapi merendah diri.
2. tidak terlalu mencuba untuk menonjol.
3. menunjukkan minat dalam setiap perbincangan.
4. eye contact dan sedikit senyuman. okay, sedikit sahaja.


antara kesalahan yang aku lakukan dan wajib jauhi :
1. mungkin nampak terlalu confident dan lebih menyerlah yang mana tidak bagus dalam sesi temuduga secara berkumpulan. seharusnya sama-sama aktif memberi pendapat.
2. ada ketika kumpulan kami terdiam setelah habis memberi pendapat. seharusnya terus mengeluarkan pendapat ataupun bercakap dalam kumpulan sehingga diberi tajuk baru.
3. kurang kerjasama kumpulan. okay, kumpulan aku sangat pasif..


okay, walaupun sesi temuduga aku nampak tidak gah, asalkan sudah selesai, aku lega. urusan lain, biar Allah yang tentukan. apa yang penting, ini pengalaman pertama aku hadir temuduga. kalau ditakdirkan biasiswa JPA milik aku, Alhamdulillah, kalau tidak, aku belajar sahaja dalam negara. first class degree, itu matlamat aku selepas ini. InsyaAllah.

Monday, 5 April 2010

update yang dinanti, aku tahu.

okay. aku tak tau kenapa aku tinggalkan blog aku tanpa sebarang berita hingga berhari-hari lamanya. aku sendiri tidak tahu apa rasionalnya aku berhenti menulis. ehem, untuk beberapa hari sahaja.

dalam kepala otak aku berlambak entri-entri baru. tapi aku biar mereka tersimpan. lebih aman, lebih kukuh. aku tahu, hanya otak aku sahaja yang jujur pada hati aku, dan hanya otak kamu sahaja yang jujur dengan hati kamu.

dan sebenarnya aku gagap untuk menulis. otak aku tidak lagi berfungsi pada paras normal. mulut aku tidak lagi lancang berkata-kata. kaki dan tangan aku tidak lagi berada pada tahap kecergasan terbaik seperti selalu.

wah, aku tak tahu kenapa. dua, tiga hari ini aku kuat berangan. aku kuat bercakap sendirian. aku berfikir rasionalnya itu dan ini. nah, ini baru betul-betul gila.

esok aku akan berjumpa orang-orang bijak pandai. aku harap kondisi aku pulih seperti sedia kala. dan hari ini aktiviti aku penuh dengan membaca, membaca dan membaca. muntah!

Ya Allah, aku pohon kejayaan sekali lagi, untuk kali ini. aku lemah, lemah dan lemah.

Friday, 2 April 2010

facebook.

kenapa aku tak pernah merasa ketagihan pada facebook ? nak tulis status pon jarang-jarang. ohh. sungguh suci dan murni aku ini.

satu lagi fakta penting, aku tak pernah main game di facebook. cafe world, farmville atau apa apa saja. bukan tak pernah teringin nak main, tapi aku malas. malas nak berkomitmen sebabnya takut nanti ketagih. satu ketika dulu aku tersangat ketagih pada game sehinggakan abah bawak komputer pergi format untuk buang semua game. ohh. tragik.

aku baru berkenalan dengan facebook awal tahun ini. itu pon hanya sebab mahu keep in touch dengan kawan-kawan. kalau takda facebook, aku mungkin dikhuatiri mati lemas. ehem, boleh dikatakan aku ini sangat slow dan tidak urban.

facebook dah banyak berjasa pada semua penduduk bumi. kawan yang dah lama tak jumpa, dah boleh bertemu di alam facebook. program jejak kasih pon tak dapat lawan kehandalan facebook. dan facebook juga kadang-kadang seakan membuka peluang bermusuh. wahh. kalau-setakat-berani-dan-cool-di-alam-maya-baik-tidak-payah-la-bodoh.

dan yang penting, facebook menjadikan segala-galanya mudah. ajak main futsal, lepak or whatsoever even kenduri kahwin pon semua dalam facebook saja. mana ada pos Malaysia, maxis, celcom, digi dahh sekarang. wahh wahh wahh.

apakah motif sebenar update ini ? ohh. tak tercapai akal untuk menjawab. mungkin sebab malam ini suram, maka update ini kusam. pergi dulu dengan keliru dan was-was, Assalamualikum.