gila.
gila.
gila.
penat doi hari ni. punggah barang, angkat barang, simpan barang macam nak pindah rumah. urat dawai tulang besi aku dah macam patah-patah, dileburkan dek penat seharian bekerja. gila.
mulanya hanya mahu buat kabinet almari dalam bilik mama. nahh. sekali 3 bilik kena punggah. gila semak. sila jangan datang rumah.
waktu-waktu sebegini aku ambil peluang mengemas segala macam barang dalam bilik. buku-buku, kertas-kertas, exam sheets, semua masih ada dalam bilik. elok lagi. tadi aku buang sikit mana yang kurang penting, kurang sayang. sedih jugak terpaksa buang benda-benda ni semua. bagi aku, barang waktu sekolah dulu ada sentimental value yang tersendiri. buku sekolah rendah pun masih simpan. apa cer. buat semak pulakk. aku ambil jalan mudah, kumpul dan recycle.
almari bilik aku juga dah diganti yang baru. masalahnya di sini, semua baju, beg dan segala macam benda harus pindah masuk almari baru. wahh. banyak sungguh. badan aku sudah tak tertahan lagi.
sekarang semua sudah tidur, aku saja belum. atas katil dan lantai penuh baju-baju lagi. aduhh. siapa-siapa nak baju free, nak buat kain buruk ka, sila laa datang rumah. bawak lori sekali. asalkan aku boleh tidur, aku rela.
tulang-temulang aku rasa sudah mahu patah. kaki aku sudah longlai. jari-jemari sahaja yang masih tangkas bergerak. syabas.
6 comments:
baju buat kain buruk ?
mau baju elok mau le.
:P
HAHA. yang elok aku simpan le. haha
yang agak-agak lama, tak padan mak aku sedekah dekat anak murid dia.
yang tinggal perca tuh,
ehem, masuk dapur jadi kain buruk le.
wahh, jadi wonder women lah ang malam-malam ni.
HAHA. bukan wonder woman Leya,
dah jadi maid pon. wuwu
time kemas baju buang buang buang
lepas tu bila nak keluar tengok baju asek takdek jek
hahaha
HAHAHA. tu laah pasal.
nak kena beli baju baru le jawabnya, haha
Post a Comment