kisah benar boyfriend girlfriend, suami isteri yang aku lihat dan pelajari atas bumi. maaf laa. kali ini kisah cinta. siapa tak berminat boleh tekan kotak merah.
kenapa 'the one and only'?
sebabnya, kita manusia. biar seribu macam jenis manusia kita jumpa, yang tertarik cuma pada manusia yang satu. yang satu itu diingat hari-hari, yang satu itu dibawa mati, hendaknya.
suami kalau pun gatal mahu menikah lagi seorang, lama juga masa yang difikir-fikir. kenapa? kerana sayangnya pada yang satu itu masih utuh.
boyfriend girlfriend yang sudah mula hidup baru mahu tidak mahu terfikir juga pada yang dulu. kenapa? ya, kerana hebatnya yang satu.
manusia memang tak akan pernah lari buat perbandingan. mahu beli sayur lagikan dipilih-pilih, dibelek-belek. inikan pasangan hidup. biar dia merasa angin baru, biar dia tahu.
kenapa perlu gelar dia itu tukang curang? biar saja dia curang. biar dia terpana dengan belang sendiri. biar. burung kalau terbang tinggi atas awan ke tujuh sekali pun, pohon juga yang dicari.
kenapa perlu gelar dia itu perampas? bila engkau sendiri pernah merampas. it's all about karma baby, karma. what goes around come around. bila engkau yang mula-mula jadi perampas lalu tewas atas lawan yang lama, kenapa perlu gelar dia perampas? sudah jadi lumrah manusia. biar lari tinggi langit, suatu hari mendarat juga. biar pergi pada yang lain, suatu hari balik pada yang satu juga.
ya, itu laah rasionalnya 'the one and only' pada aku. dan aku tahu, kamu juga terfikir akan mahu setuju.
tak perlu risau kalau dia diambil dari kamu ataupun dia pergi jauh dari kamu. biar. sesungguhnya dalam diam dia masih terfikir akan kamu. bila saat dia singgah kembali pada kamu, nahh. semua keputusan ada pada kamu. fikir laah. tiada istilah jilat ludah sendiri dalam dunia.
aku tahu sebab aku juga begitu.
5 comments:
uuu.... karma mmg karma. tp kakt tak oenah merampas bf org.tetiba bf sendiri kena rampas. :( heeeeeee
biar jaa dia dirampas kak.
dalam diam, dia masih ingat kak.
percayalah.
biar kita menang dalam diam.
sabar yaa. :)
hee, posting kali ni tak berapa nak ada comment sendiri. love life teruk kot? hehe
i mean, love life aku teruk :)
hehe. aku juga macam teruk.
i mean, aku yang teruk.
nasib baik Shahir baik. wuwu
Post a Comment