Monday, 31 May 2010

rumah oh rumah.



Minggu Haluansiswa dah habis.. cehh. Haluansiswa laah sangat.. siksa jaa lebih. sekarang ni aku tengah mencari-cari ruang untuk balik. sesak dah duduk sini.. penat, penat, penat! nanti laah aku update panjang berjela. aku penat! Assalamualaikum.

Saturday, 22 May 2010

new life?

esok aku daftar UM. air mata sudah kering mahu tinggalkan semua. asyik teriak jaa aku. emo betul, langsung tak cool.

hari ini jugak Shahir dah daftar UPNM. dah terpisah jauh tanpa sebarang berita selama 6 minggu. harap-harap kami kuat terima ujian ni..

sedikit berita tentang aku.

JPA scholar tak dapat, memang terbaikk. tengah fikir-fikir nak buat rayuan atau tak. ishk. memang bukan rezeki, aku terima. sorry buat mama dan abah.

aku dapat tau result ni dalam kereta waktu on the way ke KL, jiranku Helmie tolong check kan. frust tetap ada. tapi bila difikirkan, aku sudah dalam perjalanan untuk sambung belajar di UM, kenapa masih mengharap pada yang lain. ini memang cara aku kuatkan semangat diri, monolog dalaman dalam diri konon-konon semuanya ada hikmah, HAHA.

okay. wish me luck for tomorrow! new life begin in PASUM..

buat kawan-kawan seangkatan, kuatkan semangat! cewahh. aku yang paling emo nak nasihat orang pulakk. blahh!

Friday, 21 May 2010

till we meet again..

bye bye rumah, bye bye mama, bye bye abah, bye bye kakak, bye bye adik-adik, bye bye Shahir.. bye bye semua. Tsk. emo sungguh aku.

gila emo ni, emo. hari-hari teriak, Ahad ni waktu nak bersalam-salaman tak tau laah macam mana. cool Oney cool !

mama abah, doakan Oney.
kakak, kita ber-huha di sana, yeahh.
Aiman, study laa wei, kata nak jadi pilot mehh.
Afini, kita jumpa di sana!

kembar tersayang, bye bye. jaga diri, belajar rajin-rajin, buat latihan selalu. jangan banyak main sangat. jangan ponteng Smart Reader lagi dahh. Tsk. ni sedih ni ingat budak kembar ni. dah tak boleh tengok perkembangan budak dua orang ni depan mata. nanti tengok tengok dah besar, dah pandai macam macam. ahh. tak suka ketinggalan moment best begitu! Tsk.

buat kawan-kawan yang akan memulakan hidup baru Ahad ni, jaga diri. Mierah, Atiq, Nan, Jatt, Fath, terima kasih semuanya. nanti cuti kita jumpa yaa. Ena, Arep, Helmie dan semua yang akan daftar Jun nanti, good luck. susah nak cari kawan-kawan yang precious macam ni, susah senang jatuh bangun sama-sama. terima kasih kerana ajar aku untuk hidup!

Shahir, semoga berjumpa lagi.. 6 minggu tanpa khabar berita memang perit, tapi sabar laah. mungkin kejayaan ada di sana. saya doakan yang terbaik untuk awak sepanjang di sana. belajar bersungguh, berlatih bersungguh, biar berbaloi kita yang menjauh ni.

banyak benda aku mau tulis, tapi tak terkeluar. cehh. aku emo ni, emo.

dalam pukul 3 petang, aku sudah mau bertolak. JPA result keluar pukul 3 nanti. cilakak. punya lama aku tunggu kenapa mesti hari ni?! cehh. macam sure sangat kau dapat. okay, aku tak mau check lagi.

okay, UM ! here I come!

Wednesday, 19 May 2010

Selamat Hari Guru!

okay, okayy. walaupun sudah terlambat, nak buat entri khas jugak untuk hari guru. Selasa, 18 Mei 2010 hari tu, Derma yang tercinta buat sambutan Hari Guru.

memandangkan aku dah tak tertahan rindu yang membuat-buak pada tanah tumpah darah tercinta, aku jejakkan jua kaki di sekolah walaupun perit nak mencari baju-baju dan seluar longgar untuk dipakai. ohh. seksa. seksaan ke dua ialah bila mengenangkan diri ini yang tidak diterima malah dkecam walaupun boleh dikata saya-ini-pelajar-cemerlang. Tsk. apa dosaku.. T.T

okay, okayy. usah spoil kan mood entri Hari Guru ini dengan kisah aku diperdajal si celaka. perghh. kasar. ampun yaa.

Oney, Shahir, Mierah, Arep, Atiq, Bulan, Nan, Jatt, Fathin, Helmie, Zohdi, Atey dan lagi dan lagi dan lagi. pagi pagi lagi kita gerak!

malam tu aku dah prepare cupcake, tapi aising belum siap. maka terjadi laah mukaku-di-sekolah-setiap-hari yang mana aku sangat tak gemar. hari ini, Rabu 19 Mei 2010, aku pergi sekolah lagi. dah jadi delivery cupcake dahh. walaupun tak sedap mana malah comot pula, rasa puas sebab boleh memberi walaupun tak tercapai walau sekumit nak membalas jasa guru.. terima kasik cikgu-cikgu!

kalau nak buat list cikgu-cikgu yang pernah mengajar dulu memang banyak. takda siapa berminat membaca pon. banyak sungguh!

buat cikgu-cikgu yang tak jemu mendidik anak bangsa,
Cikgu-cikgu Tadika Kemas Kampung Paya
Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Paya
Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

tak dilupa kepada yang paling awal mengajar tulis baca, memberi suri teladan terbaik,
Allahyarhamah Juriah @ Intan Mohammad
Mama dan Abah
Tok dan Wan
Kakak, Aiman, Afini dan Kembar
Shahir dan semua kawan-kawan!

terima kasih juga kerana pernah mengajar erti hidup,
orang-orang yang pernah membenci dan dibenci.


Selamat Hari Guru!

Sunday, 16 May 2010

aku nikahkan dikau..

aku dah selamat diijabkabulkan semalam bertempat di kediaman nendaku, Kuala Nerang Kedah. ini kahwin paksa!

aku balik kampung sebenarnya untuk menghadiri kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin sempena keberangkatan aku ke Universiti.. aku tak nak pi UM sebenarnya.. Sobs. macam-macam dalam fikiran aku sekarang.

okay, okay. biar dulu keserabutan fikiran dan jiwa kacau aku. lihat gambar sudehh.



kembar dan Mak Cik.

orang sibuk berdoa, aku buat kerja lain.. cuti nokk cuti.

kenduri orang kampung makan pon harus berhidang.

semoga betul jalan yang aku pilih dan
mudah-mudahan dipermudah segala urusan di universiti.

apa-apa saja laah. aku nak berparti malam ni. dasar tak sedar diri baru lepas bacaan Yassin kau ronggeng tak ketahuan hala.

Saturday, 15 May 2010

aku tinggalkan semua kekusutan.

ecewahh. kusut laah sangat. kusut aku memikirkan layout blog yang semakin kusut-masai. mulanya nak tukar font, download font baru la apa ke benda punya semangat lagi. tiba-tiba putus asa. malas!

ellehh. buta IT tu terus terang jalaa!

okay. mohon kerjasama semua pihak agar tutup mata bila melihat header blog yang hidup segan mati tak mahu tu. tunggu kerajinan dan kepakaran datang baru godek komputer buat baru. Tsk.

okay. cukup, cukup. aku tinggalkan dulu kekusutan blog yang comot-momot ini dan segala macam persediaan masuk belajar. aku mahu pulang ke kampung! yay! kampung ya, kampung. means no internet, no phone coverage.

sekian sahaja.. terima laah gambar-gambar tiada motif, penuh perasan dan menunjuk-nunjuk penulis untuk kali ini. perghh. penulis tu.. okay, pergi dulu!




Friday, 14 May 2010

kenapa, kenapa, kenapa?!

okay. menjadi manusia biasa seperti kita memang tak  lepas dari buat persoalan sediri ala-ala sesi monolog dalaman atau lebih tepat lagi meratapi nasib diri. okay. admit. aku jaa yang macam tu.

kadang-kadang bila dah boring sangat, bangun tengok cermin, mesti akan keluar bubble bubbles persoalan yang semestinya bersifat sangat tak bersyukur! seperti?

kenapa aku tidak putih macam orang lain?!
wakaka. patetik sungguh. aku lahir lahir memang dah tak gebu. hish. terima sahaja nasib aku menerima allel dominant dan menjadi second filial dalam salasilah keluarga. yaa, tok sebelah mama aku pon memang gelap jugakk. yang hairannya, aku seorang jaa yang hitam gelap. Sobs. dulu-dulu waktu kecik selalu kena kutuk dengan Aiman yang akan kata aku anak angkat, gelap and whatsoever. aku balas balik dekat Aiman, 'hang tu anak pungut jaa, sebab tu sorang jaa laki' wakaka. padan muka.

kenapa aku gemuk?! (dalam family aku paling berisi)
yang ni tak masuk akal. bukan aku yang gemuk sebenarnya, orang lain dalam keluarga aku yang kurus kering! HAHA. aku tak muat pakai baju kahwin zaman tok aku dulu. jadi, dilabel sebagai gemuk. hish hishh. well. waktu zaman bayi dulu memang aku agak gemuk laa. 3.5 kilos keluar dari perut mama. dahsyat. thanks mama!

kenapa kening aku tak terbentuk, malah tak lebat pulak?!
okay benci. tak cantik langsung!

kenapa rambut aku tak hitam berkilat?!
hish hishh. pencemburu punya budakk. nasib baik pakai tudung kann. rambut aku nipis, lambat panjang pulak tuu. umur 2 tahun, rambut macam baru lepas cukur lagi.. okay, tipu.

kenapa mata aku tidak hitam dan tidak koko?!
benci jugakk. tak menarik langsung. mata aku dah laa rabun, kiri kanan berlainan betuk pulak tu. cacat ka hapa. tekanan perasaan jugak macam ni.

kenapa gusi aku sungguh besar, kalau senyum luas mesti nampak gusi?!
selalu kena ejek. benci, benci.

kenapa dahi aku luas?!
sebab aku bijakk. HAHA. tapi, tapi, tapi. pernah seorang kawan mama berbangsa Cina tanya, 'siapa paling pandai?' well. mama tunjuk aku laa. HAHA. kembang kempis jugak waktu tu. biasa laa. budak-budak..

tak kisah laa berapa banyak kekurangan fizikal yang aku ada, diberi peluang merasa hidup sudah cukup. at least mak aku tak campak aku dalam tong sampah lepas aku lahir. syukur. 

Wednesday, 12 May 2010

10 hari lagi.

ada lebih kurang 10 hari lagi untuk aku menikmati hari-hari cuti sebelum nyahh ke UM. ohh. sungguh tak sangka kita dah nak masuk U kan?

lepas ni tak dengar lagi dah mama membebel, suruh kemas bilik, gerak subuh. Sobs. mampu kah aku bangun pagi sendiri? ohh. siapa laah bakal roommate aku. sungguh malang beliau. aku ini kaki menyepah, payah bangun tidur, kuat teriak, moody tak tentu hala pulak tu. hishh.

lepas ni susah dah nak jumpa Shahir. ni sedih ni. dah laa dia payah nak cuti. Sobs. benda sekecil zarah pon aku biar dia yang tolong selesakan untuk aku, ini kan pulak nak menjauh, lama. 6 minggu tanpa alat komunikasi pulak tu. hishh. sebulan jugak nak meroyan macam ni.

lepas ni jugak, kita semua kawan-kawan dah terpisah jauh dahh. dari Perlis sampai ke Sarawak sana kita terpisah. lepas ni berjumpa, suasana masih sama kah? ni sedih ni. nanti nak kepoh apa pon tak tau dahh. mintak-mintak tak macam tu kan? 5 tahun kita kenal, susah senang, gelak menangis sama-sama. ohh. well, aku yang banyak teriak sekali kann. sungguh memalukan. -__-"

dan lepas ni mana boleh cakap pelat macam ni lagi dahh. buat orang gelak jaa. cakap nak kena control control pulak. tu benci tu. what the hell nak aku ko, saye awak. tak terbelit lagi lidah nak cakap cakap macam tu. lepas ni kalau aku cakap macam tu dekat tanah Perlis ni, slap me please. geli geli aii nyahh.

lepas ni aku nak ber-blog guna lorat Perlis pulak laa. ecewah. banyak kau punya lepas ni, lepas ni. pergolakan dalam diri punya pasal laa ni. aku belum bersedia lagi nak tinggal rumah. borang apa semua tak settle lagi. hishh.

leceh jugak nak sambung belajar ni. renyah.

tag by Kak Myra

1.adakah anda rasa anda hot?
tak langsung.

2.update wallpaper pc/laptop anda guna sekarang?

malas laa nak print screen.

3.cerita pasal gambar ini?
gambar mama dengan abah waktu di Makkah.

4.kali terakhir makan pizza?
triple date hari tu dengan Shahir, Mierah, Arep, Atiq dan Bulan.

5.lagu terakhir anda dengar
Warisan Wanita Terakhir. Eman main gitar sambil nyanyi sendiri. cehh.

6.apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
kentut dan sms Shahir.

7.selain nama sendiri,anda dipanggil dengan nama apa?
Oney, Kak Oni, sayang, baby. HAHAHA

8.tag lagi 5 orang sape yang nak kena tag?
1. Atiq
2. Mierah
3. Mama
4. Abah
5. siapa-siapa yang membaca

9.siapa orang no 1 dengan anda?
baca entri di bawah dan anda tahu siapa dia.

10.katakan sesuatu pada org no 5?
hai untuk kamu ! :)

11.no 3 ada hubungan dengan sape?

wahaha. dengan abah aku laa. Zulkhairi bin Ibrahim! :)

12.bagaimana pula dengan no 2?

wah. ini jiran terbaik ever! sayang sangat sangat sangat!

13.kata-kata cinta pada org no 4?
perghh. I LOVE YOU ABAH. terima kasih atas duit ringgit yang telah dicurahkan selama ini. dan terima kasih kerana tak pernah marah. Tsk. terima kasih.

14.berikan 5 fakta yang anda tahu tentang org yg anda tag?
1. dia milik Bulan dan Bulan milik dia.

2. dia kuat dan ambitious dan saya suka!
3. kuat membebel tapi hati baikk.
4. rajin cari makan, sungguh.
5. kamu sedang membaca ini bukan? terima kasih.


yaa, aku mangsa tag yang malas !

Tuesday, 11 May 2010

nak muntah.

waktu ni jugak nak bina sekolah, tadika, jambatan, jalan raya. semua. apa kau tau janji, janji, janji. yang kau mau undi, undi, undi. huh. nak muntah. guna taktik lain laa wei !

budak lapan belas macam aku pun dah boleh baca agenda politik macam ni. bosan. aku bukan anti-kerajaan, bukan juga pro-pembangkang. semua sama.

macam ni Wawasan 2020 ? jangan mimpi. kita masih jauh lagi.

Monday, 10 May 2010

Atiq ohh Atiq.

ini update khas untuk Atiq memandangkan aku terlepas update pasal birthday dia 30 April lepas.

aku selalu ada masalah bila orang tanya aku siapa kawan paling baik. sebab pada aku, yang paling paling baik dengan aku sungguh ramai. especially Mierah dan Atiq. Atiq dan Mierah. sumpah tak boleh banding.

hari ni nak cakap pasal Atiq sebab post ni untuk dia.

aku selalu speechless bila nak berjiwang-jiwang dengan dia sebab aku tak biasa bersayang, dear, honey, babe dengan dia sebab kami setiap masa hoi hoi, wei, weh, aku hang, tampar kau, cubit aku, main raba-raba dan tak ketahuan hala. dengan orang lain aku boleh jaa nak buat ayat manja, takda nya nak gagap, gugup semacam, tapi dengan dia aku jadi macho beb. HAHA.

semua ni mungkin sebab kami kenal memang dah lama, sejak form 1 lagi. sejak dari zaman budak-budak tak baligh, zaman baru nak up dan mencari identiti, sampai sekarang, yang boleh aku katakan zaman berubah menjadi lebih matang. she know me well..

aku sungguh terhutang nyawa dan budi pada dia. yang selalu bagi aku makan, menangkan aku walaupun aku yang patut kalah, banyak bersabar dan mengalah, tempat bergelak masa senang dan menangis masa susah, tempat bergosip dan membocorkan rahsia dan segalanya! wahh. betapa aku sungguh tak berguna. HAHA

walaupun aku jahat, tapi dia memang baik beb.

nak dijadikan cerita, petang tadi bertempat di kediaman beliau iaitu Mata Ayer, suatu acara makan-makan telah diadakan untuk meratapi nasib kami semua yang bakal berpisah.. Tsk. Tsk. jamuan tersebut berlangsung dengan jayanya dan berjaya menambah berat badan kami semua kerana makanan yang dihidangkan sungguh amat lazat. sila lihat gambar-gambar ikhsan Fathin dan Helmie di bawah.



may this friendship last forever ! :')

Sunday, 9 May 2010

happy mother's day Mama !

 my Momma, Noorasikin binti Awang Samat.
happy mothers's day Ma !
terima kasih atas semua jasa mengandungkan Oni,
melahirkan, membesarkan penuh kasih sayang,
memberi apa yang dihajati,
mendidik dengan tabah.
dan masih membebel mendidik tanpa jemu.
terima kasih Ma ! 
maafkan salah silap Oni selama ini.
ikhlas buat Mama dari anak yang paling keras kepala
dan selalu fikir dia saja yang betul,
malah pantang ditegur...
I LOVE YOU SO MUCH MAMA ! :')


Mama dan Tok. syukur. aku masih ada seorang lagi tok sebelah Mama.. Tok aku yang seorang ni memang cool, pandai buat lawak pulak tu. tapi yang paling best, pekasam Tok ! mak aii. boleh makan nasik 3 pinggan ! selamat hari ibu jugak buat Tok !

sama-sama laah kita hargai ibu kita, sementara dia masih ada.. buat yang telah tiada, kita berdoa semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan sentiasa berada dalam pelindungan Allah. sesungguhnya setiap ibu merupakan insan paling kuat dan tabah di atas dunia..


p/s : wei, sakit tau nak beranak ! lepas tu masih gamak nak buang lagi bayi comel? MasyaAllah.

Saturday, 8 May 2010

bukan peminat polka dot tegar.

sekarang ni bintik bintik jerawat ni boleh jumpa di mana-mana saja. bercambah. dah tak rare lagi dahh. jadi aku pon suam suam kaku jaa dengan polka dot. dah tak kipas susah mati lagi dah, cuma kipas sudah mati, mungkin..

gambar bawah hanya kebetulan. both pashmina dan selendang polka dot ni mudah nak pakai, tak payah iron, so aku selalu pakai ulang-ulang. memenuhi citarasa sebagai seorang pemalas iron baju yang tegar.

okay. okayy. nak cerita ni hah. tadi pi ambik gambar pasport yang tangkap semalam. persediaan untuk masuk belajar laah katakan. terkejut jugak bila casher tu bagi gambar aku. kenapa putih dan ber-make up! ohh. sangat tak suka fake fake ni semua. hishh.

yaa. sebenarnya mata aku penuh eye bag, muka hitam dan berjerawat, mulut pulak jangan harap nak letak lipstick bagai, blusher kat pipi tu bertuah la ! hish. malu nak tunjuk bila pakai kad matrik nanti. dah macam orang lain dahh. ni pon dah 8 keping semuanya. fuuh. rugi laah kalau nak buat lain !



kiri gambar lesen, kanan pulak gambar yang baru. hishh. tengok gambar ni buat aku teringin nak putih gebu jaa. hampeh ! ni nak emo ni. mentang-mentang mata aku penuh eye bag, muka hitam berjerawat, bibir pucat, ada ka patut photoshop kan muka aku sampai lawa macam ni ! suatu penghinaan ni..

Friday, 7 May 2010

kita dah besar kan?

yaa. kita dah nak masuk satu lagi fasa baru dalam hidup kita. dah nak sambung belajar ! belajar kali ni dah tak sama macam zaman sekolah lagi dah.. sebab kita semua akan menjauh. jauh dari rumah, jauh dari keluarga, jauh dari kawan-kawan dan semua.

walaupun ada lagi 3 hari untuk bermesra dengan intan berlian ni semua, tetap nak wish hari ni jugak ! bukan apa, takut tak sempat nak wish macam ni.. seminggu ni aku mengalami gelodak perasaan sikit. nak sambung study, tapi...

eh, eh. tutup cerita pasal aku yaa. kali ni nak bercerita pasal siblings yang nak masuk belajar Isnin depan, 10 Mei 2010 ! yang bagusnya semua dapat Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. tahniah ! duduk sekali, tolong jaga masing-masing tau.. sobs. aku pulak yang nak emo lebih.. apa jadah pompuan ni..

okay, okay. mari lihat gambar sambil baca surat cinta.

Fadh, kamu selalu jadi adik kan.
belajar rajin-rajin sebab nanti aku takda nak marah-marah lagi dah.
semoga hang dapat masuk Maktab ! 
itu cita-cita hang kann. aku doakan yang terbaik.
jaga diri yaa, good luck my dear.

Ili, kita kawan sejak sekolah rendah kan.
hang dapat UM, tapi tetap pilih Matrik.
hoi. jemu ka asyik sama dengan aku? haha
takpa, belajar mana-mana pon sama.
semoga kita dapat JPA scholarship.
hang jadi dentist, aku jadi QS ! aminn.

Nia, good luck.
aku yakin hang boleh survive di mana-mana pon.
teruskan cita-cita hang !
erk, nak cakap apa lagi ntah ?
hang dah memang bagus ! keep it up !

Azida. kita betul-betul rapat waktu form 5 kan.
sampai sekarang lepak, gedik, merintih, semua sama-sama,
baru kenal betul-betul, baru rapat tersangat rapat.
don't give up. jaga mama elok-elok yaa.
take care ! kita sama-sama tak pernah jauh dari rumah.
memang susah sikit kann.
I know you can do it !


okay. ramai lagi yang nak masuk Matrik ni, especially KMP, Arau. kalau nak wish semua kat sini memang sampai 3 hari 3 malam laa aku menaip kat sini kann. cis. hiperbola laa tu. apa-apa pun, good luck semua. jangan risau, cuti nanti kita jumpa ya !
I LOVE YOU !

Thursday, 6 May 2010

stop complaining, it doesn't make a sense!

aku benci orang suka complain itu ini. terutamanya tentang life sendiri. lain laah kalau kau terpaksa bangun awal pagi, keluar menoreh, bergegas ke sekolah, balik rumah memasak, menjaga ibu sakit, petangnya bekerja pulak di pasaraya, malam berjaga study, tidur hanya 3 jam sehari. fuhh. kalau macam tu baru layak kau nak complain !

jadi laah lebih bersyukur.

aku jarang minta duit saku lebih walaupun aku selalu sengkek dek berjoli, bukan judi.
aku masih guna phone buruk walau hakikatnya aku mampu miliki yang lebih baik.
aku masih fikir empatpuluhempat saat untuk beli sesuatu walaupun aku memang bersifat syaitan.
kadang-kadang aku benci hidup sendiri, tapi aku diamkan aja.
aku jarang emo emo dalam alam maya sebab aku sedar, promprang promprang sana sini bukan boleh ubah apa apa.


bila kau asyik complain parents bagi duit sikit, tak cukup itu tak cukup ini, fikir laah, apa kau pernah rasa susah senang mencari rezeki. mak ayah penat berkerja siang malam, kau joli. zaman sekarang bukan susah mana nak cari duit saku lebih, kerja laa wei ! baru kau tau apa rasa berbelanja guna duit sendiri.

kau selalu cakap hidup kau patetik gila, aku loner. aku takda kawan takda kekasih. kau takda kawan? habis siapa mereka mereka yang saban hari ada sama kau mana mana. belajar laah lebih banyak memberi bukan meminta kerana persahabatan tu indah, lebih indah dari harga sebuah percintaan. tapi tiada yang dapat tandingi perkahwinan, itu aku setuju!

bila kau dikritik, dihentam sana sini. fikir laah rasionalnya kenapa itu yang kau dapat. terima laah sebagai constructive criticism. kau ambik, kau simpan, kau belajar. we're not born to pleased everyone. kadang-kadang your enemy is your teacher. at least kau terdetik 'mintak simpang, aku taknak jadi macam si polan tu' itu sudah cukup baik.

dan jangan ingat kau boleh baik dengan semua orang, tapi bila tiba-tiba ada seseorang membelakangi kau, kau emo. paling tak boleh blah bila kau buat status facebook yang emo emo, marah itu ini, carut carut. fuhh. hebat kau express your feeling.

tak salah kalau kau impikan sesuatu yang lebih baik. sebabnya, bila ada angan-angan, pasti ada cita-cita, seterusnya baru datang usaha. tapi ingat laah. kita hidup atas bumi bukan boleh ada segala-gala. siapa-siapa sahaja tiada yang sempurna. eh, tak terkejar semua benda atas dunia kalau semua mahu ada depan mata.

hah. lagi satu. aku benci dengan orang-orang hatta rakyat Perlis sendiri yang terpekik terlolong sana sini cakap negeri kecil ini boring, takda apa. hoi. at least negeri kita aman, tak sangkut dalam jam. lantak laah Perlis ini kolot. mana lagi kita mahu mengaku kampung selepas ini kalau semua tempat atas bumi mahu dibangunkan?

fuhh. aku cakap mengenai aku, sebab kadang-kadang syaitan juga hasut aku untuk complain sana sini. jangan pulak main terjah lepas tu melenting sana sini. hoi, hoi. stop complaining laah!

Wednesday, 5 May 2010

aku ada.

aku masih ada sini. takda pergi mana-mana. cuma aku benci dengan blog sendiri yang layout entah apa-apa. header buruk nak mati. eiw. meluat laah tengokk. dan aku ambil jalan paling mudah, buang header. biar bertelanjang.

ada lagi satu sebab kenapa aku tak update blog sangat sangat lama. cehh. 3 hari tu dah lama laah bagi aku, HAHA. kalau tidak, tangan aku ni mana pernah berhenti menaip..

okay, ceritanya macam ni, aku dah tertangguh satu post yang langsung tiada tersimpan dalam draft. 30 April hari tu birthday Atiq. aku ingat macam nak karang surat cinta, tapi idea belum datang sampai hari ni. HAHA. takpa. biar aku karang lepas jamuan rumah dia nanti. baru ada feel beb.

okay. ini bukti mengatakan aku masih hidup.