Wednesday, 12 May 2010

10 hari lagi.

ada lebih kurang 10 hari lagi untuk aku menikmati hari-hari cuti sebelum nyahh ke UM. ohh. sungguh tak sangka kita dah nak masuk U kan?

lepas ni tak dengar lagi dah mama membebel, suruh kemas bilik, gerak subuh. Sobs. mampu kah aku bangun pagi sendiri? ohh. siapa laah bakal roommate aku. sungguh malang beliau. aku ini kaki menyepah, payah bangun tidur, kuat teriak, moody tak tentu hala pulak tu. hishh.

lepas ni susah dah nak jumpa Shahir. ni sedih ni. dah laa dia payah nak cuti. Sobs. benda sekecil zarah pon aku biar dia yang tolong selesakan untuk aku, ini kan pulak nak menjauh, lama. 6 minggu tanpa alat komunikasi pulak tu. hishh. sebulan jugak nak meroyan macam ni.

lepas ni jugak, kita semua kawan-kawan dah terpisah jauh dahh. dari Perlis sampai ke Sarawak sana kita terpisah. lepas ni berjumpa, suasana masih sama kah? ni sedih ni. nanti nak kepoh apa pon tak tau dahh. mintak-mintak tak macam tu kan? 5 tahun kita kenal, susah senang, gelak menangis sama-sama. ohh. well, aku yang banyak teriak sekali kann. sungguh memalukan. -__-"

dan lepas ni mana boleh cakap pelat macam ni lagi dahh. buat orang gelak jaa. cakap nak kena control control pulak. tu benci tu. what the hell nak aku ko, saye awak. tak terbelit lagi lidah nak cakap cakap macam tu. lepas ni kalau aku cakap macam tu dekat tanah Perlis ni, slap me please. geli geli aii nyahh.

lepas ni aku nak ber-blog guna lorat Perlis pulak laa. ecewah. banyak kau punya lepas ni, lepas ni. pergolakan dalam diri punya pasal laa ni. aku belum bersedia lagi nak tinggal rumah. borang apa semua tak settle lagi. hishh.

leceh jugak nak sambung belajar ni. renyah.

2 comments:

Cik Guli said...

taw takpa. hahaha. renyah gila kot. oney, tolong jagakan asri kat aku noh. hehehe

myra arshad (: said...

tak apa, kamu dah besar panjang apa.
boleh buat sendiri dah

kalau orang lain boleh, kamu mesti boleh jugak! chayok chayok! :)