aku benci orang suka complain itu ini. terutamanya tentang life sendiri. lain laah kalau kau terpaksa bangun awal pagi, keluar menoreh, bergegas ke sekolah, balik rumah memasak, menjaga ibu sakit, petangnya bekerja pulak di pasaraya, malam berjaga study, tidur hanya 3 jam sehari. fuhh. kalau macam tu baru layak kau nak complain !
jadi laah lebih bersyukur.
aku jarang minta duit saku lebih walaupun aku selalu sengkek dek berjoli, bukan judi.
aku masih guna phone buruk walau hakikatnya aku mampu miliki yang lebih baik.
aku masih fikir empatpuluhempat saat untuk beli sesuatu walaupun aku memang bersifat syaitan.
kadang-kadang aku benci hidup sendiri, tapi aku diamkan aja.
aku jarang emo emo dalam alam maya sebab aku sedar, promprang promprang sana sini bukan boleh ubah apa apa.
bila kau asyik complain parents bagi duit sikit, tak cukup itu tak cukup ini, fikir laah, apa kau pernah rasa susah senang mencari rezeki. mak ayah penat berkerja siang malam, kau joli. zaman sekarang bukan susah mana nak cari duit saku lebih, kerja laa wei ! baru kau tau apa rasa berbelanja guna duit sendiri.
kau selalu cakap hidup kau patetik gila, aku loner. aku takda kawan takda kekasih. kau takda kawan? habis siapa mereka mereka yang saban hari ada sama kau mana mana. belajar laah lebih banyak memberi bukan meminta kerana persahabatan tu indah, lebih indah dari harga sebuah percintaan. tapi tiada yang dapat tandingi perkahwinan, itu aku setuju!
bila kau dikritik, dihentam sana sini. fikir laah rasionalnya kenapa itu yang kau dapat. terima laah sebagai constructive criticism. kau ambik, kau simpan, kau belajar. we're not born to pleased everyone. kadang-kadang your enemy is your teacher. at least kau terdetik 'mintak simpang, aku taknak jadi macam si polan tu' itu sudah cukup baik.
dan jangan ingat kau boleh baik dengan semua orang, tapi bila tiba-tiba ada seseorang membelakangi kau, kau emo. paling tak boleh blah bila kau buat status facebook yang emo emo, marah itu ini, carut carut. fuhh. hebat kau express your feeling.
tak salah kalau kau impikan sesuatu yang lebih baik. sebabnya, bila ada angan-angan, pasti ada cita-cita, seterusnya baru datang usaha. tapi ingat laah. kita hidup atas bumi bukan boleh ada segala-gala. siapa-siapa sahaja tiada yang sempurna. eh, tak terkejar semua benda atas dunia kalau semua mahu ada depan mata.
hah. lagi satu. aku benci dengan orang-orang hatta rakyat Perlis sendiri yang terpekik terlolong sana sini cakap negeri kecil ini boring, takda apa. hoi. at least negeri kita aman, tak sangkut dalam jam. lantak laah Perlis ini kolot. mana lagi kita mahu mengaku kampung selepas ini kalau semua tempat atas bumi mahu dibangunkan?
fuhh. aku cakap mengenai aku, sebab kadang-kadang syaitan juga hasut aku untuk complain sana sini. jangan pulak main terjah lepas tu melenting sana sini. hoi, hoi. stop complaining laah!
8 comments:
marahnye oney :)
might be complain dapat bntu kurangkan stress
hahhahahha ok itu kesimpulan sendiri :P
HAHA. marah eh?
haha. peringatan untuk diri sendiri jugakk.
plus, penat dengar orang complain sana sini, haha
aku memang setuju dengan 2nd last paragraph tu. aku takmau mula hari aku pukul 7 tu dengan traffic jam. semak tau dak. walaupun perlis ni ksong lah apa lah at least peace. pagar tak tutup pun takpa dah :)
aku suka post ni oney !
like button ada tak ?
:P
sungguh aku suka org perlis
org perlis baik2 .
tunggulah hg masuk U mesti hg akan compare .
perlis best sbab p mana2 boleh jalan ja . dekat .
hoho :D
aku suka post ni oney !
like button ada tak ?
:P
sungguh aku suka org perlis
org perlis baik2 .
tunggulah hg masuk U mesti hg akan compare .
perlis best sbab p mana2 boleh jalan ja . dekat .
hoho :D
haha..marraahh aihh..sabar2..ngee
haa manusia xpernah puas dgn apa yg ada kan ?
hahahah, perlis suci, tapi dah ada dah baur baur tak bertamadun nak menrogol adat dan kesusilaan kat sini.
Post a Comment