Monday, 30 November 2009

ohh.

ura-ura mengatakan graf untuk additional mathematics akan menurun.
ohh. agak-agak,
graf untuk markah BIOLOGY turun jugak dak ?!

haha.

orang lain jawab relax jaa,
aku jugak yang sampai ketaq-ketaq.

bagi aku,
paper 1, paper 2, paper 3,
susah dol !

**

hoi. tak kesah laa,
memang aku tak akan amik madic atau apa-apa yang berkaitan dengan BIO,
sebab dulu pilihan aku ialah engineering drawing,
langsung tiada BIO,
tapi kalau diberi A+, A, atau A-,
siapa mampu tolak kan ?
haha.

**

hey. tinggal 2 subjek lagi wehh !
physics and chemistry.
ahh. excited mampos.
kembar dah plan nak masuk swimming class,
ahh. apa lagi,
pelung release tension dan usaha mencapai renangan 100m !

**

dan. dan.
semua orang dalam rumah seakan-akan suka benar karaoke.
siang malam menyanyi dan record.
afini n kakak. eman turut serta. kembar juga. haha.
ahh. yaa. yaa. saya tahu.
suara saya memang out of tune,
hanya shahir saja akan kata sedap didengar
bila saya gedik-gedik hantar voice sms lagu kukatakan dengan indah.
haha.

**

okay. sudah laa.
karut.
nak rehat-rehat !
jumpa lagi ! :)

Wednesday, 25 November 2009

g i l a

hari ini gila,
sumpah gila.

add maths paper 1 senang gila,
add maths paper 2 susah gila !

arghh.

hari ini gila,
memang gila.

**

keluar dewan pukul 10, habis saja paper 1 add maths,
bukan main aku senang hati. ahh.
keluar dewan 4.30,
menangis weh !

**

untuk SPM,
aku hanya target 2 A+,
mathematics and add maths,
yang lain aku target A jaa.
bila jadi macam ni,
arghh. A- pon cukup laah untuk add maths !

**

Tsk. Tsk.
serius rasa sangat down and lost,
aku selalu anggap add maths tu kayu ukur kepandaian seseorang,
ntah kenapa. mentaliti aku dah set sebegitu.
lihat saja berapa ramai yang boleh cemerlang setiap subjek,
tapi untuk add maths, kurang.
bila jadi macam ni,
nampak sangat aku tak tera mana pon kan.
Tsk. Tsk.

**

Isnin hari tu,
paper Maths,
InsyaAllah akan mencapai target,
A+ aminn.
terima kasih buat Sir Dess, Cikgu Rohizah n Cikgu Mazuni.
Cikgu Mazuni tak pernah jemu ingatkan saya untuk hati-hati, takk careless.
terima kasih cikgu !

**

Selasa pulak, AG.
hah. jangan tanya,
aku lemah subjek agama.
tapi Alhamdulillah,
rasanya boleh A !
terima kasih ustazah sebab kerah saya hafal ayat hafazan,
walaupun saya orang paling akhir yang dapat hafal,
masih bagi sokongan berpadu-padu dan tunggu sampai saya boleh.
terima kasih.

**

Rabu yang gila ini.
Additional Mathematics.
Tsk. Tsk.
Teacher Zaniyah, saya minta maaf.
mungkin saya tak dapat mencapai target cikgu,
apatah target saya yang sangat tinggi tu.
apa-apa pon, terima kasih teacher.
saya kagum dengan kebolehan teacher.
cikgu perempuan yang sangat-sangat hebat menyelesaikan kira-kira !
Cikgu Nordin, terima kasih atas setiap ilmu yang cikgu beri sejak 2 tahun ni.

**

okay. cuti 4 hari,
raya haji,
Isnin depan Biology,
arghh !
kadang-kadang terfikir jugak,
kenapa aku ditakdirkan ambik Bio. Tsk.

**

okay. okay.
dah laaa.
segala-galanya dah lepas,
harus cepat pergi.
nak merehatkan minda.
jumpa lagi ! :)

Saturday, 21 November 2009

short short update.

yeahh.
SPM had started.

hoho.

wish me luck, please.
I don't want to make any careless mistakes, again. huu.
like my English paper and History.
both were quite easy,
but I did silly mistakes. gahhh.
never mind.
the papers were over.
I just had to pray for 15 marks. :(

little sister, Afini.
congratulation for your result.
5A's just like a piece of cake,
it's just a beginning my dear.
I hope you'll attend Derma next year.
hostels are NOT for us.
trust me. haha.

okay, till then. :)

Tuesday, 17 November 2009

hari besar.

hari yang selalu mengganggu tidur aku dah sangat hampir,
bakal menjelang sudah.

esokk SPM !
excited jugak, serius.

pagi tadi ramai-ramai pergi market,
breakfast sama-sama,
farewell breakfast laah kiranya,
haha.
gembira jugak eh,
boleh jugak hilangkan nervous.
then, pergi library,
menelaah Sejarah,
ahh. buntu !

orang lain semua dah tinggalkan lappy, pc, blog, myspace, fb dan segala.
tapi aku masih degil.
oh. bukan apa,
hanya mahu merakam saat-saat yang aku kira penting dalam hidup.
SPM. haha.

untuk SPM,
aku dapat 2 card best wishes,
haha.
Shahir bagi dan family.
ahh. terharu.
terima kasih yaa kakak dan semua.

I'll try my very best.
thanks for your support.

till then,
I love you.

wish me luck !

Sunday, 15 November 2009

grr !

if life was easy,
where would all the adventures be ?

lagi dua hari SPM wehh.

macam-macam rasa ada.

tak apa, masih cool, :D

oke. oke.

harus cepat neh.

aku nak online sat jaa.
haha. elleh,
padahal dah dekat sejam neh,
hee. tak pa,
otak pun memerlukan rehat jugak,
asyik baca Sejarah jaa,
naik muak !
siap tertidur,
berhenti makan,
dengar muzik metal,
ahh. Sejarah,
nasib baik aku ni bersemangat patriotik jugak.
baca jalaa walaupun umum mengetahui,
Sejarah memang mencabar jiwa dan raga.

oke. oke.

sudah merapu.

harus cepat pergi.

SPM menghambat.

Thursday, 12 November 2009

redha ilmu,

gahhh. lagi lima hari SPM wehh.
struggle. struggle.

lantak apa orang kata,
bukan dia berada tempat aku pon,
aku bukan genius,
aku bukan gifted tera mana pon.
this is what i am.
Alhamdulillah.
mampu hidup sampai sekarang.

aku hanya usaha sehabis baik,
tawakal.
Allah yang memberi rezeki,
ada, ada.
takk ada,
aku harus belajar terima hakikat.
andai aku tak mendapat apa-apa yang aku inginkan nanti,
itu kenyataan,
menangis, meraung tak kan merubah apa-apa.
tapi,
mungkin aku akan meratap untuk 2, 3 hari. haha.

macam PMR dulu,
2, 3 hari sebelum PMR ada majlis redha ilmu,
minta berkat guru-guru,
minta maaf rakan-rakan.

tak apa,
kita ikut adat.
jangan bersikap jumud pulak
kalaupun bukan kehendak.

ikhlas aku mohon berkat guru-guru.
terima kasih kerana mengajar.
jasa anda tak akan dilupa, sungguh.

Cikgu Aliah, Cikgu Mansur (banyak dosa dengan dia waktu form 1 dulu),
Teacher Josfina, Sensei (selalu tuang kelas Jepun dulu),
Cikgu Rohana, Cikgu Jamil, Cikgu Jamal, Ustazah Noraini, Cikgu Hasnah, Sir Amiruddin,
Cikgu Farehah, Cikgu Kamaruddin (baik, dia bagi A+ lukisan ortografik saya),
Cikgu Ferdan, Cikgu Nordin Darus (selalu buat rombongan),
Cikgu Naimah (teringat zaman kadet waktu form 1 dulu),
Teacher Mahani, Sir Hashim, Teacher Azwa, Cikgu Norizah, Cikgu Zaiton,
Sir Zulkhairi, Cikgu Faizal, Cikgu Azaliah (sempoi),
Cikgu Rahmah, Cikgu Surina, Cikgu Azu ( the best laah),
Cikgu Azizah, Ustaz Yus, Teacher Roslela, Cikgu Zainab, Teacher Rohaizah, Cikgu Zul,
Cikgu Husni, Teacher Saniah, Sir Dess (since form 3), Sir Shaharim (i'm his biggest fan),
Teacher Zaniyah (mengagumi dia), Cikgu Ruslita,
Teacher Mazuni, Cikgu Fadzillah (cikgu kadet yang sangat kuat menyokong kami).
perghh, ramai lagi ne !
terima kasih wahai guru,
jasa anda tak akan dilupa sampai bila-bila,
mohon berkati ilmu yang kalian berikan. :)

cikgu tusyen pon sangat sangat berjasa.
buat Cikgu Nordin, Teacher Fauziah, Cikgu Jaizah, Teacher Ting, Cikgu Hayazi,
special thanks to all of you.

**

dan minta maaf buat rakan-rakan,
Shahir, Atiq, Mierah, Ili, Nan, Dilah, Fadh, Hanna, Azida, Nia, Fath, Pija, Ling Hui, Pei Chia, Nazirul, Shamim, Jat, Faris, Arep, Kanagesh, Helmie,
ahh. ramai gila kot.
terima kasih kerana menjadi kawan yang sangat sangat hebat.
ayuh kita buat yang terbaik !

aku ikhlas minta maaf pada rakan-rakan,
buat rakan yang tak berapa aku suka,
aku berat nak minta maaf,
tak akan merubah apa-apa,
ego bukan ?
takk. pendirian.
walau keji pendirian aku,
aku tetap.

dan kawan-kawan yang tak suka aku,
memang tak akan ikhlas minta maaf pada aku pun.
sungguh.
dah boleh baca.
form 3 dulu pon datang peluk-peluk jugak.
sekarang pon keadaan tetap sama macam sebelum peluk-peluk.
ada merubah apa-apa kah ?

ahh. aku bercakap macam orang fasik.
tak tahu dosa pahala.

sudah. sudah.

harus menyegerakan apa-apa yang perlu.

esok akan menggedik bawa cam.
mahu merakam saat-saat akhir. haha.

till then,

Tuesday, 10 November 2009

m e n g e l u h

sememangnya aku jarang meluahklan perasaan dan bercerita. payah.
walaupun pada shahir, atiq atau meirah.
orang yang paling dekat, dekat sangat dengan aku.
ntah laa,
mungkin aku malu atau segan.
mungkin aku rasa meluahkan itu poyo, lebih-lebih, over.
tapi sebetulnya,
aku takk tahu meluahkan perasaan, takk pandai nak bermain emosi.
dan kadang-kadang, aku payah menerima pandangan, nasihat dan teguran.
sebab, aku punya cara sendiri.
dan aku percaya diri. hoho.

kadang-kadang aku meluah perasaan dengan contengan-contengan pada kertas,
lalu aku renyuk-renyuk, dan akhirnya ke bakul sampah.
kadang-kadang aku melakar, boleh buat aku lupa segala.
sedih, gembira atau apa saja rasa.
sebab itu aku selalu ada blog.
aku boleh share apa-apa yang kadangnya tak terluah.
sedih, gembira atau apa saja rasa.

ahh ! persetankan. bukan itu persoalannya pun.
kisahnya, di sini aku mahu meluah rasa,
aku mahu mengeluhh !

ohh. beri aku sedikit masa untuk mengeluh, sekejap saja.
sekali ini saja.

okay. okay.
mahu start meluah rasa.

begini.

aku pelik dengan golongan yang tak tahu berfikir rasional dan berfikiran positif. setelah susah payah aku dan rakan-rakan lain menghabiskan masa, berkorban tenaga merancang dinner akhir tahun, macam-macam cakap belakang yang aku dengar. konon, AJK tak adil, berat sebelah. ahh. kamu tahu susah mana plan ini semua ? susah laah nak puaskan hati semua. ada rasionalnya tak dibenarkan bawa orang luar selain TINGKATAN 5 SMK DERMA.
mahu bawa bersama teman sehidup semati ? ahh. tak cukupkah cuti 3 bulan nanti berjumpa bermesra. ini masa kita.
kamu ingat kami nanti ada masa berpacar-pacar ? sibuk okay. sedaya upaya kami cuba menjayakan majlis agar lancar dan memenuhi kehendak semua. berbaloi dengan duit RM 40 KITA semua.
jangan ingat kami dapat apa-apa keuntungan. merugikan ada. rugi tenaga, masa, idea. ahh. semua ini kami rancang atas kesedaran, kita nanti tak mungkin mudah berjumpa lagi. bergaduh macam mana, bermasam muka, bermusuh, sekurang-kurangnya masih di bumbung yang sama waktu itu. ada juga kenangan kita bersatu. ahhh. fahamkanlah. kamu semua bijak.


okay. lagi satu,
pelik. kenapa guru dibebankan dengan banyak tugas yang jauh menyimpang dari kerjaya mendidik ?


ahh. itu saja. lega sedikit.

yang pergi dulu dengan senang hati,
auni. :)

Friday, 6 November 2009

a walk to remember..

tinggal 2 minggu lagi nak cuti sekolah kan, dah tak lama lagi dah nak pakai baju kurung putih, tudung putih, kain biru tu.
tak lama dah nak galas backpack penuh buku-buku sampai leweh bahu.
tak lama dahh.

okay. ini post flash back..
panjang. sungguh.

rasa macam baru sangat tempik teriak tak suka ke Derma.
rasa macam baru sangat daftar masuk Derma, baca ikrar minggu orentasi.
rasa macam baru sangat tunduk-tunduk takut kakak senior.
rasa macam baru sangat pilih aliran, muzik atau seni visual.

yeahh. aku pilih seni visual. Alhamdulillah. tepat !
muzik kat rumah pon boleh belajar.
keyboard ada, gitar ada, mahu atau tidak saja.
tapi agak mustahil nak ada alat mencanting batik, ukir kayu.
ahh. mana mungkin aku lupa kenangan, kesungguhan buat seni tekad.
ahh. mana mungkin aku lupa lukisan labu sayung, kolaj dan segala.
indahnya seni, ruginya aku kurang berseni. haha.

seawalnya aku di Derma, jahil. sungguh.

tingkatan 1, bergiat aktif mampos.
budak-budak, segala dikerah, segala aku turut.
tak cukup hari sukan, MSSPs.
MSSPs 2007, aku tak akan lupa.
lompat kijang no. 5, haha.
itu pon aku sudah bangga habis.
latihan boleh kira dengan jari.
susah, kamu tahu.

paling kuat ingatan aku pada Kadet Polis Wanita.
umur 13 aku capai kejayaan besar.
tempat ke-3 kawat formasi kebangsaan. susah, kamu tahu.
zaman Kadet dulu tak sama macam sekarang. jauh.
aku dulu kena tengking maki semua cukup.
kau bayang sendiri apa rasa budak baru mahu belajar dimaki ditengking kerana salah.
ahh. suruh saja aku ajar budak-budak kawat, itu ini dan segala,
geram laah sampai mana, sepatah pon aku simpan saja di hati.
aku faham macam mana rasa, berat.

tak cukup dengan tu, tingkatan 2 aku masuk kem kebangsaan.
Subahanallah. seksa.
setiap kali latihan pusat,
paling kurang 60 kali tekan tubi, 60 kali bangkit tubi, belum tambah denda dan segala.
sampaikan masa tu aku dah naik six pack, kamu tahu.
mak ayah kata jangan, itu lah aku paling nakk buat. degil.
ini baru erti mencabar, kamu tahu.
angkat tong gas, berlari, berselut, merangkak, memanjat.
sikit pon aku tak kesah.
yang penting, menang.
kamu tahu macam mana rasa berlari 8km under pressure.
4 tahun training, akhirnya sekali kami menang. haha. Alhamdulillah.
syed hassan, syed alwi, mereka jaguh.
kami bukan siapa-siapa. susah, kamu tahu.
sungguh aku tak akan lupa.
Kadet banyak ajar aku untuk kuat, tabah.

3 Tekun sangat best.
bergaduh sampai menangis,
bersatu sampai gagah.
sambutan merdeka aku tak lupa,
bersungguh, berhempas pulas, kita menang !
ahh, hidup ini mudah.
pergi sekolah, bergembira, berfoya,
belajar ala kadar, 8A PMR.
indah.
tapi ada makhluk robek kisah indah.
buat aku jadi pendendam, tahu ?!

okay.

tingkatan 4, aku rasa aku kuat belajar dalam kelas. haha.
pelik. aku semacam malangkah 1 tahap aku rasa perubahan yang amat sangat dalam diri.
akhir tahun aku dalam kelompok 25 terbaik. hebat.
pelik. entah masa mana aku belajar.
pergi sekolah, tusyen, malam aku lepak, enjoy. ahh.
waktu ini, aku frust cinta. haha. bodoh.
aku dan shahir sama-sama bengap. rugi setahun. haha.
waktu tu, apa aku tahu, aku mahu berubah, tapi aku ubah cara salah.
kononnya aku hidup mahu pekakkan telinga, butakan mata.
ahh. bohong.
hidup di dunia bukan berseorang.
mahu tidak, kata-kata orang terdengar juga.
mahu tidak, hati sendiri mana bisa tipu.
akhirnya aku kembali begini. yess !
akhirnya, mujur jodoh kami panjang.

oh. 2008 aku banyak enjoy. gila.

tahun ni, ada hari besar menanti. ahh.
aku sudah tujuh belas.
siapa sangka,
anak Zulkhairi lagi seorang sudah besar.
wah. aku teruja ! :D

Thursday, 5 November 2009

at last..

ahh. today is very blissful, i think. serious. :D

i'm not annoyed.
i'm not stress.
i did'nt getting into any trouble.
i'm not bothering my family and
i treat shahir nicely. :)

ohh. i do nothing with books ! haha.

well.
the thing is,
i got merit for Malaysian National Chemistry Quiz !
bahaha. merit is more than enough for me.
susahh mampos kott jawab kuiz tu. sumpah !
congratulate anyone ? :D

okay. okay.

since teachers were very very busy,
we were busy planning, brain storming for the dinner.
i wish the dinner would be great.

hah. i heard abah enjoying this song, Making Love Out of Nothing at All.
evergreen dohh.

i wish i would have afro hair, or even just like aleya's cousin maybe.
instead of plain straight hair. booring.

*wondering how i would look with afro, tanned skin.
haha. completely african.

erk. okay. okay.
stop mumbling.

i got to go.
time to sleep bebeh.
toodles ! :D

Wednesday, 4 November 2009

sekejap saja.

tahan sekejap jika aku pekak.
tahan sekejap jika aku bisu.
tahan sekejap jika aku buta.
tahan sekejap jika aku anjing.

beri aku cuma sekali ini.

aku mahu berjihad.

oh. haha !