Friday, 6 November 2009

a walk to remember..

tinggal 2 minggu lagi nak cuti sekolah kan, dah tak lama lagi dah nak pakai baju kurung putih, tudung putih, kain biru tu.
tak lama dah nak galas backpack penuh buku-buku sampai leweh bahu.
tak lama dahh.

okay. ini post flash back..
panjang. sungguh.

rasa macam baru sangat tempik teriak tak suka ke Derma.
rasa macam baru sangat daftar masuk Derma, baca ikrar minggu orentasi.
rasa macam baru sangat tunduk-tunduk takut kakak senior.
rasa macam baru sangat pilih aliran, muzik atau seni visual.

yeahh. aku pilih seni visual. Alhamdulillah. tepat !
muzik kat rumah pon boleh belajar.
keyboard ada, gitar ada, mahu atau tidak saja.
tapi agak mustahil nak ada alat mencanting batik, ukir kayu.
ahh. mana mungkin aku lupa kenangan, kesungguhan buat seni tekad.
ahh. mana mungkin aku lupa lukisan labu sayung, kolaj dan segala.
indahnya seni, ruginya aku kurang berseni. haha.

seawalnya aku di Derma, jahil. sungguh.

tingkatan 1, bergiat aktif mampos.
budak-budak, segala dikerah, segala aku turut.
tak cukup hari sukan, MSSPs.
MSSPs 2007, aku tak akan lupa.
lompat kijang no. 5, haha.
itu pon aku sudah bangga habis.
latihan boleh kira dengan jari.
susah, kamu tahu.

paling kuat ingatan aku pada Kadet Polis Wanita.
umur 13 aku capai kejayaan besar.
tempat ke-3 kawat formasi kebangsaan. susah, kamu tahu.
zaman Kadet dulu tak sama macam sekarang. jauh.
aku dulu kena tengking maki semua cukup.
kau bayang sendiri apa rasa budak baru mahu belajar dimaki ditengking kerana salah.
ahh. suruh saja aku ajar budak-budak kawat, itu ini dan segala,
geram laah sampai mana, sepatah pon aku simpan saja di hati.
aku faham macam mana rasa, berat.

tak cukup dengan tu, tingkatan 2 aku masuk kem kebangsaan.
Subahanallah. seksa.
setiap kali latihan pusat,
paling kurang 60 kali tekan tubi, 60 kali bangkit tubi, belum tambah denda dan segala.
sampaikan masa tu aku dah naik six pack, kamu tahu.
mak ayah kata jangan, itu lah aku paling nakk buat. degil.
ini baru erti mencabar, kamu tahu.
angkat tong gas, berlari, berselut, merangkak, memanjat.
sikit pon aku tak kesah.
yang penting, menang.
kamu tahu macam mana rasa berlari 8km under pressure.
4 tahun training, akhirnya sekali kami menang. haha. Alhamdulillah.
syed hassan, syed alwi, mereka jaguh.
kami bukan siapa-siapa. susah, kamu tahu.
sungguh aku tak akan lupa.
Kadet banyak ajar aku untuk kuat, tabah.

3 Tekun sangat best.
bergaduh sampai menangis,
bersatu sampai gagah.
sambutan merdeka aku tak lupa,
bersungguh, berhempas pulas, kita menang !
ahh, hidup ini mudah.
pergi sekolah, bergembira, berfoya,
belajar ala kadar, 8A PMR.
indah.
tapi ada makhluk robek kisah indah.
buat aku jadi pendendam, tahu ?!

okay.

tingkatan 4, aku rasa aku kuat belajar dalam kelas. haha.
pelik. aku semacam malangkah 1 tahap aku rasa perubahan yang amat sangat dalam diri.
akhir tahun aku dalam kelompok 25 terbaik. hebat.
pelik. entah masa mana aku belajar.
pergi sekolah, tusyen, malam aku lepak, enjoy. ahh.
waktu ini, aku frust cinta. haha. bodoh.
aku dan shahir sama-sama bengap. rugi setahun. haha.
waktu tu, apa aku tahu, aku mahu berubah, tapi aku ubah cara salah.
kononnya aku hidup mahu pekakkan telinga, butakan mata.
ahh. bohong.
hidup di dunia bukan berseorang.
mahu tidak, kata-kata orang terdengar juga.
mahu tidak, hati sendiri mana bisa tipu.
akhirnya aku kembali begini. yess !
akhirnya, mujur jodoh kami panjang.

oh. 2008 aku banyak enjoy. gila.

tahun ni, ada hari besar menanti. ahh.
aku sudah tujuh belas.
siapa sangka,
anak Zulkhairi lagi seorang sudah besar.
wah. aku teruja ! :D

2 comments:

fath kasim said...

oney ,
tingkatan 3 ,
rinduu masa itu ,
tiap-tiap kali lalu depan kelas tu an ,
sayu jaa ,
dan masih ada lagi bunga raya yang aku buat kat sudut bacaan
sob3

oney said...

ha ah. betol. betol.
sayu an, banyak sangat kenangan kita.
gambar poster tu, ahh. gah.
moto aku cipta tuh pun masa ada tau,
together towards excellent. haha.
peristiwa bergaduh pantun sampai teriak tuh.

semua tuh kenangan kita wehh. :)

form3 paling best an.