Thursday, 12 November 2009

redha ilmu,

gahhh. lagi lima hari SPM wehh.
struggle. struggle.

lantak apa orang kata,
bukan dia berada tempat aku pon,
aku bukan genius,
aku bukan gifted tera mana pon.
this is what i am.
Alhamdulillah.
mampu hidup sampai sekarang.

aku hanya usaha sehabis baik,
tawakal.
Allah yang memberi rezeki,
ada, ada.
takk ada,
aku harus belajar terima hakikat.
andai aku tak mendapat apa-apa yang aku inginkan nanti,
itu kenyataan,
menangis, meraung tak kan merubah apa-apa.
tapi,
mungkin aku akan meratap untuk 2, 3 hari. haha.

macam PMR dulu,
2, 3 hari sebelum PMR ada majlis redha ilmu,
minta berkat guru-guru,
minta maaf rakan-rakan.

tak apa,
kita ikut adat.
jangan bersikap jumud pulak
kalaupun bukan kehendak.

ikhlas aku mohon berkat guru-guru.
terima kasih kerana mengajar.
jasa anda tak akan dilupa, sungguh.

Cikgu Aliah, Cikgu Mansur (banyak dosa dengan dia waktu form 1 dulu),
Teacher Josfina, Sensei (selalu tuang kelas Jepun dulu),
Cikgu Rohana, Cikgu Jamil, Cikgu Jamal, Ustazah Noraini, Cikgu Hasnah, Sir Amiruddin,
Cikgu Farehah, Cikgu Kamaruddin (baik, dia bagi A+ lukisan ortografik saya),
Cikgu Ferdan, Cikgu Nordin Darus (selalu buat rombongan),
Cikgu Naimah (teringat zaman kadet waktu form 1 dulu),
Teacher Mahani, Sir Hashim, Teacher Azwa, Cikgu Norizah, Cikgu Zaiton,
Sir Zulkhairi, Cikgu Faizal, Cikgu Azaliah (sempoi),
Cikgu Rahmah, Cikgu Surina, Cikgu Azu ( the best laah),
Cikgu Azizah, Ustaz Yus, Teacher Roslela, Cikgu Zainab, Teacher Rohaizah, Cikgu Zul,
Cikgu Husni, Teacher Saniah, Sir Dess (since form 3), Sir Shaharim (i'm his biggest fan),
Teacher Zaniyah (mengagumi dia), Cikgu Ruslita,
Teacher Mazuni, Cikgu Fadzillah (cikgu kadet yang sangat kuat menyokong kami).
perghh, ramai lagi ne !
terima kasih wahai guru,
jasa anda tak akan dilupa sampai bila-bila,
mohon berkati ilmu yang kalian berikan. :)

cikgu tusyen pon sangat sangat berjasa.
buat Cikgu Nordin, Teacher Fauziah, Cikgu Jaizah, Teacher Ting, Cikgu Hayazi,
special thanks to all of you.

**

dan minta maaf buat rakan-rakan,
Shahir, Atiq, Mierah, Ili, Nan, Dilah, Fadh, Hanna, Azida, Nia, Fath, Pija, Ling Hui, Pei Chia, Nazirul, Shamim, Jat, Faris, Arep, Kanagesh, Helmie,
ahh. ramai gila kot.
terima kasih kerana menjadi kawan yang sangat sangat hebat.
ayuh kita buat yang terbaik !

aku ikhlas minta maaf pada rakan-rakan,
buat rakan yang tak berapa aku suka,
aku berat nak minta maaf,
tak akan merubah apa-apa,
ego bukan ?
takk. pendirian.
walau keji pendirian aku,
aku tetap.

dan kawan-kawan yang tak suka aku,
memang tak akan ikhlas minta maaf pada aku pun.
sungguh.
dah boleh baca.
form 3 dulu pon datang peluk-peluk jugak.
sekarang pon keadaan tetap sama macam sebelum peluk-peluk.
ada merubah apa-apa kah ?

ahh. aku bercakap macam orang fasik.
tak tahu dosa pahala.

sudah. sudah.

harus menyegerakan apa-apa yang perlu.

esok akan menggedik bawa cam.
mahu merakam saat-saat akhir. haha.

till then,

2 comments:

fath kasim said...

eh ,
nama aku adaa
haha
kena kumen nih
;D
oney ,
aku dengan hati terbuka maafkan apa jua kesalahan hang ,
sungguh aku sayang persahabatan kita yang bermula di tingkatan tiga
sebab itu aku ubah fikiran pasal dinner uh ,
aku rasa hampa semua kawan aku yang hormat dan sayang aku
bantu aku waktu aku susah
apa salahnya aku gembirakan hati kawan-kawan aku kan ?
:)
selamat menduduki spm
:)

Myra Arshad said...

good girl =)