Wednesday, 25 November 2009

g i l a

hari ini gila,
sumpah gila.

add maths paper 1 senang gila,
add maths paper 2 susah gila !

arghh.

hari ini gila,
memang gila.

**

keluar dewan pukul 10, habis saja paper 1 add maths,
bukan main aku senang hati. ahh.
keluar dewan 4.30,
menangis weh !

**

untuk SPM,
aku hanya target 2 A+,
mathematics and add maths,
yang lain aku target A jaa.
bila jadi macam ni,
arghh. A- pon cukup laah untuk add maths !

**

Tsk. Tsk.
serius rasa sangat down and lost,
aku selalu anggap add maths tu kayu ukur kepandaian seseorang,
ntah kenapa. mentaliti aku dah set sebegitu.
lihat saja berapa ramai yang boleh cemerlang setiap subjek,
tapi untuk add maths, kurang.
bila jadi macam ni,
nampak sangat aku tak tera mana pon kan.
Tsk. Tsk.

**

Isnin hari tu,
paper Maths,
InsyaAllah akan mencapai target,
A+ aminn.
terima kasih buat Sir Dess, Cikgu Rohizah n Cikgu Mazuni.
Cikgu Mazuni tak pernah jemu ingatkan saya untuk hati-hati, takk careless.
terima kasih cikgu !

**

Selasa pulak, AG.
hah. jangan tanya,
aku lemah subjek agama.
tapi Alhamdulillah,
rasanya boleh A !
terima kasih ustazah sebab kerah saya hafal ayat hafazan,
walaupun saya orang paling akhir yang dapat hafal,
masih bagi sokongan berpadu-padu dan tunggu sampai saya boleh.
terima kasih.

**

Rabu yang gila ini.
Additional Mathematics.
Tsk. Tsk.
Teacher Zaniyah, saya minta maaf.
mungkin saya tak dapat mencapai target cikgu,
apatah target saya yang sangat tinggi tu.
apa-apa pon, terima kasih teacher.
saya kagum dengan kebolehan teacher.
cikgu perempuan yang sangat-sangat hebat menyelesaikan kira-kira !
Cikgu Nordin, terima kasih atas setiap ilmu yang cikgu beri sejak 2 tahun ni.

**

okay. cuti 4 hari,
raya haji,
Isnin depan Biology,
arghh !
kadang-kadang terfikir jugak,
kenapa aku ditakdirkan ambik Bio. Tsk.

**

okay. okay.
dah laaa.
segala-galanya dah lepas,
harus cepat pergi.
nak merehatkan minda.
jumpa lagi ! :)

4 comments:

Myra Arshad said...

chill dear!
ala, sure grph turun .hahah

Anonymous said...

1. Budak2 KYS Melaka pun kata susah..Depa contact my son tadi..gila punya susah kata mereka..
2. Contact my friend from Seremban yang mark paper Add Maths.. Dia pun kata paper 2 susah..
3. Jgn risau la.. graf turun nanti. Satu Malaya kata susah !!
4. Take a day off. Fokus balik untuk Bio, OK? Good Luck......

oney said...

oh. klu student KYS pon kata susah,
apatah kami kan,
mintak-mintak graf turun dengan merudum.
hehe

acap said...

good luck adik kay