Monday 22 August 2011

sahur.

ada macam macam kerenah di rumah aku ketika waktu sahur. pagi sahur dimulakan dengan peperangan besar mama dan kami semua, gerak bangun sahur di 3 bilik yang berbeza dengan 6 orang anak dan seorang suami, memang banyak dugaannya. masing-masing dengan kerenah masing-masing. yang paling susah untuk bangun sahur ialah abah. lawak bukan? tapi itu lah realiti. tangga ke 2 jatuh kepada Aiman. ishk ishk ishk. mungkin golongan lelaki ni memang susah nak gerak sahur kot? dan aku mesti lah yang paling cool. senang ja nak geraknya, hehe. sila lah percaya. buat kawan-kawan yang pernah menggerakkan aku tidur, sila pejam mata waktu membaca ini. untuk gerak si kembar tidur, teknik manja haruslah digunakan. kalau dulu waktu dekat rumah Paya, nak gerak kami sahur kena angkat turun (piggyback) pergi kat meja makan. sekarang untuk gerak kembar mama kena menyanyi supaya mereka berdua tergelak lalu terjaga. "sahur-sahurrr.."

juadah sahur tak payah cakap lah. selalunya aku telan ja apa yang ada walau tanpa rasa. sebab selalunya aku jarang-jarang (atau tak pernah) gosok gigi dulu sebelum sahur. biar makan sambil mata tertutup gua tak kisah, senang nak tidur balik lepas sahur. tapi itu dulu lah. waktu takda tanggungjawab membasuh pinggan dan solat subuh. sekarang dah pandai kumur sebelum makan dah. (masih tidak gosok gigi sebelum makan)

juadah sahur tersangat lah menyelerakan kalau mama buat nasik goreng belacan. nyum nyum yummy yummy yum yum!!! bagi kembar pula, sahur dan berbuka ialah setara, makan tetap makan. selepas makan nasik selalunya mereka akan makan coco crunch and dutch lady serta mini corneto sebagai dessert. syukur ada adik senang makan macam ni.. tak macam kami dulu-dulu. sampai Tok yang kena suapkan, kalau tak masing-masing kepala di meja, terkulai layu di tasik madu. mengadoo. :')

sekarang, aku pasti akan sudah makan dulu waktu sahur berbanding yang lain-lain. sebabnya, malas nak celik mata lama lama. haha. memang perangai dari kecik tak berubah. tidur lebih diutamakan.. dan aku akan minum air sampai perut berbunyi-bunyi air bergerak macam air terjun. biar kembong perut asal tak dahaga di siang hari.

sekian, terima kasih. selamat sahur semua!

2 comments:

Intan Tengku Bokhairi said...

selamat bersahur oney :) lama tak mai sini. hihi

oney said...

hai Kak Intan, jemput sahur, hihi :D