Saturday, 20 August 2011

oh hai hello namaste.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

ehem. it's been a looong time since my last update kan.. phiuu. rasa awkward gila hah nak start balik menaip ni. terbiasa taip 140 characters ja dekat twitter, sms pon tak kerap mana, facebook pon jarang-jarang, apatah lagi blog kan.. anyway, lets get it started yow!

aku tak update blog bukan lah kerana malas mahupun takda benda nak cerita. heh. banyak ja benda boleh gebang. boleh ja aku cerita hari ni aku bangun tidur pukul 12, lap air liur basi, online, mandi, basuh pinggan, online, solat, online, solat, masak, pergi bazar, online, terawikh, online, tidur, sahur, tidur, bangun balik. perghh. bosan gila rutin. nak cerita pon buat muntah ja orang baca. aku yang nak menaip pon muak hah.

tapi aku suka gaya hidup tak bermanfaat macam ni. suka sangat. hehe. kena sangat dengan sifat semula jadi aku yang malas nak bergerak ni..

aku juga malas nak update blog sebab nak menjaga percakapan, perbuatan di bulan ramadhan ni. cukup cukup la sekali sekala up status sarcasm di facebook sebab nak perli orang. cukup lah. blog aku masih virgin, biarkan dia begitu.

blog tak ber update juga disebabkan aku tak selesa bila ada certain people yang baca blog aku ni. heh. ntah lah. aku tak suka. that's it. kenapa aku tak suka, biar aku simpan sorang sorang sampai berkulat, hehe.

kadang-kadang ada jugak ingat nak move to another blog, start yang baru atau tukar url atau apa apa. biar orang terdekat ja yang tau wujudnya blog ni. senang sikit. mereka lebih tahu bila masa aku melawak dan bila masa aku betul betul maksudkan apa yang aku tulis. tapi biar lah dulu. malas nak fikir blog baru apa semua. bukan penting pon weii. malas. yaa, malas lagi. sila kira berapa kali aku ulang perkataan malas. huh, malas!

well, kalau korang ingat aku tak update blog sebelum sebelum ni sebab busy beribadah pon ok jugak tu. teruskan dengan positive thought korang ok. lebih afdal.

No comments: