Wednesday, 24 August 2011

hukuman manusia.

kenapa ya manusia selalu sangat menghukum? kita bukan Tuhan, kita bukan yang menciptakan, tapi kenapa perlu jatuhkan hukuman?

judgementasi.

manusia sesungguhnya diberi akal dan hati. juga perasaan. akal kadangkala berfikir lagi jauh dari batasnya, maka terbabas lah ia. lahirlah negative thinking yang memakan hati. hati jadi benci, rasa jadi dengki. kita manusia, tak boleh lari.

saya tahu saya insan yang lemah. ibadah masih belum cukup untung tampung kehidupan. dosa sudah tak mampu lagi untuk dipikul. tapi saya juga ada cita-cita, azam mahu berubah ke arah kebaikan. sedikit demi sedikit saya ubah, insyaAllah.

kadang-kadang sedih juga saya bila golongan tak mahu mengakui salah sendiri ini menyalahkan yang lain agar kita juga nampak sama di mata dia.

fikirlah. dengan cara kita menjatuhkan orang lain, adakah boleh buat kita setapak lebih baik? tidak pun kan? malah orang-orang lain pula akan menjatuhkan kita. mungkin dengan cara yang berbeza, menggunakan aspek-aspek lain yang kita terlepas pandang sebagai modal mereka pula. sesungguhnya kita semua manusia.

carilah hidayah di bulan mulia ini. mana tahu ia milik kamu. hidayah itu sememangnya milik Allah. tapi ia harus dicari.

Monday, 22 August 2011

sahur.

ada macam macam kerenah di rumah aku ketika waktu sahur. pagi sahur dimulakan dengan peperangan besar mama dan kami semua, gerak bangun sahur di 3 bilik yang berbeza dengan 6 orang anak dan seorang suami, memang banyak dugaannya. masing-masing dengan kerenah masing-masing. yang paling susah untuk bangun sahur ialah abah. lawak bukan? tapi itu lah realiti. tangga ke 2 jatuh kepada Aiman. ishk ishk ishk. mungkin golongan lelaki ni memang susah nak gerak sahur kot? dan aku mesti lah yang paling cool. senang ja nak geraknya, hehe. sila lah percaya. buat kawan-kawan yang pernah menggerakkan aku tidur, sila pejam mata waktu membaca ini. untuk gerak si kembar tidur, teknik manja haruslah digunakan. kalau dulu waktu dekat rumah Paya, nak gerak kami sahur kena angkat turun (piggyback) pergi kat meja makan. sekarang untuk gerak kembar mama kena menyanyi supaya mereka berdua tergelak lalu terjaga. "sahur-sahurrr.."

juadah sahur tak payah cakap lah. selalunya aku telan ja apa yang ada walau tanpa rasa. sebab selalunya aku jarang-jarang (atau tak pernah) gosok gigi dulu sebelum sahur. biar makan sambil mata tertutup gua tak kisah, senang nak tidur balik lepas sahur. tapi itu dulu lah. waktu takda tanggungjawab membasuh pinggan dan solat subuh. sekarang dah pandai kumur sebelum makan dah. (masih tidak gosok gigi sebelum makan)

juadah sahur tersangat lah menyelerakan kalau mama buat nasik goreng belacan. nyum nyum yummy yummy yum yum!!! bagi kembar pula, sahur dan berbuka ialah setara, makan tetap makan. selepas makan nasik selalunya mereka akan makan coco crunch and dutch lady serta mini corneto sebagai dessert. syukur ada adik senang makan macam ni.. tak macam kami dulu-dulu. sampai Tok yang kena suapkan, kalau tak masing-masing kepala di meja, terkulai layu di tasik madu. mengadoo. :')

sekarang, aku pasti akan sudah makan dulu waktu sahur berbanding yang lain-lain. sebabnya, malas nak celik mata lama lama. haha. memang perangai dari kecik tak berubah. tidur lebih diutamakan.. dan aku akan minum air sampai perut berbunyi-bunyi air bergerak macam air terjun. biar kembong perut asal tak dahaga di siang hari.

sekian, terima kasih. selamat sahur semua!

Saturday, 20 August 2011

oh hai hello namaste.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

ehem. it's been a looong time since my last update kan.. phiuu. rasa awkward gila hah nak start balik menaip ni. terbiasa taip 140 characters ja dekat twitter, sms pon tak kerap mana, facebook pon jarang-jarang, apatah lagi blog kan.. anyway, lets get it started yow!

aku tak update blog bukan lah kerana malas mahupun takda benda nak cerita. heh. banyak ja benda boleh gebang. boleh ja aku cerita hari ni aku bangun tidur pukul 12, lap air liur basi, online, mandi, basuh pinggan, online, solat, online, solat, masak, pergi bazar, online, terawikh, online, tidur, sahur, tidur, bangun balik. perghh. bosan gila rutin. nak cerita pon buat muntah ja orang baca. aku yang nak menaip pon muak hah.

tapi aku suka gaya hidup tak bermanfaat macam ni. suka sangat. hehe. kena sangat dengan sifat semula jadi aku yang malas nak bergerak ni..

aku juga malas nak update blog sebab nak menjaga percakapan, perbuatan di bulan ramadhan ni. cukup cukup la sekali sekala up status sarcasm di facebook sebab nak perli orang. cukup lah. blog aku masih virgin, biarkan dia begitu.

blog tak ber update juga disebabkan aku tak selesa bila ada certain people yang baca blog aku ni. heh. ntah lah. aku tak suka. that's it. kenapa aku tak suka, biar aku simpan sorang sorang sampai berkulat, hehe.

kadang-kadang ada jugak ingat nak move to another blog, start yang baru atau tukar url atau apa apa. biar orang terdekat ja yang tau wujudnya blog ni. senang sikit. mereka lebih tahu bila masa aku melawak dan bila masa aku betul betul maksudkan apa yang aku tulis. tapi biar lah dulu. malas nak fikir blog baru apa semua. bukan penting pon weii. malas. yaa, malas lagi. sila kira berapa kali aku ulang perkataan malas. huh, malas!

well, kalau korang ingat aku tak update blog sebelum sebelum ni sebab busy beribadah pon ok jugak tu. teruskan dengan positive thought korang ok. lebih afdal.