Thursday, 26 May 2011

ini bala atau apa?

gua memang semangat nak update blog tadi, tapi bila balik dari lepak, masuk rumah terus dikejutkan dengan berita gembira suam suam kuku, gua dah takda hati nak mengadap blog lama lama.

ESOK GUA KERJA WOI !!

ni memang pengalaman pertama kerja ni. cita-cita gua nak kerja 2 bulan, hehe. zaman SPM dulu boleh lah kerja 5 hari jaga butik, sekarang gua nak serius. serius! 2 bulan untuk 2 pasang kasut dan tiket Incubus (kalau rasa berbaloi) serta pakej melawat bakal suami nun jauh di rantauan. hoi Shahir, ni untuk lu, I love you!

huhu. hari tu aku pergi interview bagai. mohon kerja kerani seni bina. kemain lagi.. tak padan dengan diri tu tak tau autocad, maka kena reject. firm kat Perlis ni satu hal, bukan nak ambik budak part time. gua bukan mintak gaji seribu lah bhai. gua nak experience!

tapi tak dapat pon takpa. gua sambung goyang kaki, rehat tangan, jemur otak di rumah. santai.

lepas tu pulak gua mintak kerja guru sandaran. hantar borang bagai. dapatnya tak jugak. heh. kalau nak tengok gua guna cable memang tak la weh. siapa sangat lah anak Zulkhairi ni..

takpa. gua masih tetap berkhidmat untuk mama di rumah.

sekali petang tadi gua suarakan pendapat, "mama, nanti suruh la abah tanya pasaraya tu ada kerja tak untuk orang cantik otak geliga"

sekali malam ni gua balik rumah, mama bukak pintu terus cakap, "abah kata esok 8.30 jumpa tokey"

hoi ! balasan apakah ini !! gua expect boleh lepak lagi sampai hujung minggu ni. picnic, karok, huha sana sini. tapi harapan. haih. kusangka panas hingga petang, rupanya ribut di siang hari. semoga gaji gua cukup tinggi. babai jumpa lagi.


Tuesday, 24 May 2011

tak lawak.

gua tak tau ini betul atau tak. tapi gua punya 99% betul lah kecuali "sexiest out of everyone" tu cukup penipu besar. Shahir Kholim saja fikir aku sexy agaknya. ehem ehem. jangan kau berani fikir biru sebab blog gua blog purple.

ehem. sebelum tu, boleh tuju lagu? *gaya Jambu Maharaja Lawak*
Sekuntum mawar merah, sebuah puisi,
Untuk gadis pilihan, oh.. di bulan Februari,
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran,
Ribuan mimpi-mimpi oh dibulan Februari..

hehe. jangan ingat rocker layan metal ja. Alleycats pon boleh tahan lah beb. ni semua pengaruh abah. okay. untuk orang orang February yang cool lagi awesome, nahh :

FEBRUARY=THUG
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. sexiest out of everyone. A real speed demon. Has more than one best friend. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

ehem. ini memang update saja saja sekadar menuruti janji. hehe. gua tak nak lah jadi Melayu sangat, mudah lupa. maka, gua update ikut suka. nak tengok lu punya, awek punya, jiran sebelah punya, mak long, kak cik punya? ikut SINI.

Monday, 23 May 2011

mojo.

sumpah rasa bersalah dekat hang blog oih. bukan tak ada benda nak tulis, ada. banyak. tapi semua setakat buat ayat dalam otak, save dalam mana mana cell yang kosong, blah. tup tap tup tap, hilang, ganti dengan new post versi dalam otak. mungkin sebab cell tu burst atau destroyed atau damaged atau apa apa saja, tak sempat nak di realisasikan dalam blog real.

kau faham? sebenarnya dari awal sampai saat ini, aku pon kurang mengerti jugak apa benda aku taip ni. maka, elok lah undur diri.

mulai hari ini, untuk bulan May ini, Jun, Julai, Ogos, September tak janji, gua akan berusaha update blog hari hari! hahaha. biar bidaah tak bidaah, ini gua punya janji. sekian, terima kasih.

Sunday, 8 May 2011

3 orang wanita.

ini kisah 3 orang wanita hebat dalam hidup aku yang serba tak kena. masih berjalan terus mencari jalan yang lurus. teruskan mengeja kalau terlebih curious. terima kasih.

mama dengan dua orang budak belengas.

pertamanya, mama. Noorasikin Awang Samat. nama yang cantik secantik orangnya. walaupun kulit kita berbeza, tetapi rupa paras kita sama. makanya, saya cantik juga. hehe. selamat hari ibu mama. sayang mama sangat sangat sangat. terima kasih untuk semua yang ada. kehidupan yang selesa walau tidak mewah tetapi cukup segalanya. terima kasih mama kerana kekuatan yang ada, terima kasih kerana bertahan sampai ke saat ini. Oni tau Oni terlebih degil, terlebih nakal, terlebih masalah, terlebih malas, terlebih beban, terlebih belanja, terlebih segalanya dari semua. maafkan Oni. Oni tak ada apa apa untuk dibagi, cuma kejayaan saja yang boleh Oni hadiahkan untuk mama satu hari nanti. terima kasih mama kerana melahirkan kami enam. hebatnya mama. sihat lah selalu mama. Oni tak sanggup nak tengok mama sakit walau pening dan demam. semoga Allah merahmati mama selalu.. I love you mama!!

selamat hari ibu jugak untuk Tok Melah! hehe. nenek yang paling cool, sporting and has a good sense of humor! tapi sekarang nenek pon dah makin tua, dah tak larat nak layan kerenah kami semua. harap harap Tok akan sentiasa kuat dan sempat tengok kami berjaya. terima kasih Tok sebab selalu layan selera makan kami yang mengada-ngada. terima kasih jugak kerana melahirkan seorang mama yang hebat untuk kami.

dan wanita terakhir dalam hidup aku ialah, Juriah @ Intan bt. Muhammad. Tok Intan ialah orang yang mempunyai senyuman paling manis di dunia. tak pernah marah, tak pernah susah. terima kasih Tok, jaga Oni sejak kecil.. terima kasih juga untuk setiap kenangan dengan Tok. kenangan dengan Tok, Oni akan bawak sampai mati. biar Oni cerita pada semua orang setiap moment Oni dengan Tok, supaya Oni tak kan lupa walau satu pon kenangan kita. biar semua tau, betapa hebatnya Tok, perempuan yang tak ada tandingan. selamat hari ibu Tok.. semoga Tok gembira di sana.. doakan kejayaan Oni, kakak, Eman, Afini dan kembar serta semua cucu-cucu Tok. kami sayang Tok lebih dari apa yang Tok tau, tapi tak mungkin dapat tandingi sayang Tok pada kami semua. terima kasih Tok..

one day, I'll be an awesome mother and granny just like them! thank you my dear women, I adore you so much. and I promise, I'll make you proud. :)

Thursday, 5 May 2011

si khinzir bosan.

malam ni, aura bosan sudah mula mencengkam rasa. sikit demi sikit si bosan mula bermain acah-acah dengan aku. sampai aku naik angin lah jugak kiranya, kalah. sampai adik kembar aku tidur bilik sendiri lah kiranya, takut nak tegur singa kacukan beruang serigala. sampai aku terpelanting di sini, update blog bersawang. hebat punya si bosan. berjaya rasuk si kental pemalas yang suka berbosan-bosan. haih. aku pon dah bosan lah asyik sebut bosan! babi punya bosan.

seseorang pernah bertanya,

kau ni suka sangat sebut babi..

aku pon kurang pasti sama ada itu persoalan atau pertanyaan sebab tak ada satu pon tanda soal yang aku nampak sejurus dia menamatkan percakapan beliau.

jawapan aku untuk soalannya yang tak semegah tu,

aku memang lah tak pernah tengok babi apatah lagi makan babi. mintak simpang hidup dan mati. tapi aku rasa comel pulak babi dalam Pooh tu, tak gitu? lagipun kalau aku sebut khinzir nanti, nampak sangat ciri-ciri pelajar cemerlang, pintar, soleh yang aku ada. nampak sangat riak dan takburnya.

bandingkanlah,

" haaaram. style gila babi kasut ni ! "

" haaaram. style gila khinzir kasut ni ! "

nampak tak impak yang cuba ditonjolkan? ciri-ciri suspen, kejutan, klimaks semua berjaya disatukan dalam satu ayat. memang tak sia-sia aku menjadi pelajar cemerlang sekolah, anak harapan bangsa. menjadi mengikut acuan.

haih. dah dah. aku pon malas lagi dah nak mencarut, bosan! oh. babi bukan lah satu carutan ya tuan-tuan dan puan-puan. dia hanya haiwan biasa yang tak berdosa, lahir-lahir sudah termaktub dalam hidupnya, haram. kasihan. tapi apakan daya, hidup aku sendiri pon tak tau untung nasib, inikan nak kasihankan babi. memang buang taik. rugi. setidak-tidaknya pon dapat jugak dijadikan baja.

jangan ingat orang mulut jahat hati busuk. mana tau hari-hari dia mandikan hati, simpan elok dalam peti sejuk, fresh. aku tak kata itu aku. mungkin orang lain yang mulut keji tapi hati suci. ada, aku tak tipu.