Thursday, 26 May 2011

ini bala atau apa?

gua memang semangat nak update blog tadi, tapi bila balik dari lepak, masuk rumah terus dikejutkan dengan berita gembira suam suam kuku, gua dah takda hati nak mengadap blog lama lama.

ESOK GUA KERJA WOI !!

ni memang pengalaman pertama kerja ni. cita-cita gua nak kerja 2 bulan, hehe. zaman SPM dulu boleh lah kerja 5 hari jaga butik, sekarang gua nak serius. serius! 2 bulan untuk 2 pasang kasut dan tiket Incubus (kalau rasa berbaloi) serta pakej melawat bakal suami nun jauh di rantauan. hoi Shahir, ni untuk lu, I love you!

huhu. hari tu aku pergi interview bagai. mohon kerja kerani seni bina. kemain lagi.. tak padan dengan diri tu tak tau autocad, maka kena reject. firm kat Perlis ni satu hal, bukan nak ambik budak part time. gua bukan mintak gaji seribu lah bhai. gua nak experience!

tapi tak dapat pon takpa. gua sambung goyang kaki, rehat tangan, jemur otak di rumah. santai.

lepas tu pulak gua mintak kerja guru sandaran. hantar borang bagai. dapatnya tak jugak. heh. kalau nak tengok gua guna cable memang tak la weh. siapa sangat lah anak Zulkhairi ni..

takpa. gua masih tetap berkhidmat untuk mama di rumah.

sekali petang tadi gua suarakan pendapat, "mama, nanti suruh la abah tanya pasaraya tu ada kerja tak untuk orang cantik otak geliga"

sekali malam ni gua balik rumah, mama bukak pintu terus cakap, "abah kata esok 8.30 jumpa tokey"

hoi ! balasan apakah ini !! gua expect boleh lepak lagi sampai hujung minggu ni. picnic, karok, huha sana sini. tapi harapan. haih. kusangka panas hingga petang, rupanya ribut di siang hari. semoga gaji gua cukup tinggi. babai jumpa lagi.


3 comments:

its Atiq said...

hahahah.. nahai! lps ni aku p melawat hg! goodluck weyh.. damn. aku sorg jugak laa duk menampal lemak.. haha

Myra Arshad (: said...

phewwiitt. pasaraya seri utama kan ? haa, lepas ni bole laa kak duk p selalu naa. hehe. selamat bekerja sayang :))

oney said...

aku nak kerja sebulan ja wei..
tu pon kes tak mau mak pak aku malu kat tokey tu ja, haha.
shit menyesal !