ini kisah 3 orang wanita hebat dalam hidup aku yang serba tak kena. masih berjalan terus mencari jalan yang lurus. teruskan mengeja kalau terlebih curious. terima kasih.
mama dengan dua orang budak belengas.
pertamanya, mama. Noorasikin Awang Samat. nama yang cantik secantik orangnya. walaupun kulit kita berbeza, tetapi rupa paras kita sama. makanya, saya cantik juga. hehe. selamat hari ibu mama. sayang mama sangat sangat sangat. terima kasih untuk semua yang ada. kehidupan yang selesa walau tidak mewah tetapi cukup segalanya. terima kasih mama kerana kekuatan yang ada, terima kasih kerana bertahan sampai ke saat ini. Oni tau Oni terlebih degil, terlebih nakal, terlebih masalah, terlebih malas, terlebih beban, terlebih belanja, terlebih segalanya dari semua. maafkan Oni. Oni tak ada apa apa untuk dibagi, cuma kejayaan saja yang boleh Oni hadiahkan untuk mama satu hari nanti. terima kasih mama kerana melahirkan kami enam. hebatnya mama. sihat lah selalu mama. Oni tak sanggup nak tengok mama sakit walau pening dan demam. semoga Allah merahmati mama selalu.. I love you mama!!
selamat hari ibu jugak untuk Tok Melah! hehe. nenek yang paling cool, sporting and has a good sense of humor! tapi sekarang nenek pon dah makin tua, dah tak larat nak layan kerenah kami semua. harap harap Tok akan sentiasa kuat dan sempat tengok kami berjaya. terima kasih Tok sebab selalu layan selera makan kami yang mengada-ngada. terima kasih jugak kerana melahirkan seorang mama yang hebat untuk kami.
dan wanita terakhir dalam hidup aku ialah, Juriah @ Intan bt. Muhammad. Tok Intan ialah orang yang mempunyai senyuman paling manis di dunia. tak pernah marah, tak pernah susah. terima kasih Tok, jaga Oni sejak kecil.. terima kasih juga untuk setiap kenangan dengan Tok. kenangan dengan Tok, Oni akan bawak sampai mati. biar Oni cerita pada semua orang setiap moment Oni dengan Tok, supaya Oni tak kan lupa walau satu pon kenangan kita. biar semua tau, betapa hebatnya Tok, perempuan yang tak ada tandingan. selamat hari ibu Tok.. semoga Tok gembira di sana.. doakan kejayaan Oni, kakak, Eman, Afini dan kembar serta semua cucu-cucu Tok. kami sayang Tok lebih dari apa yang Tok tau, tapi tak mungkin dapat tandingi sayang Tok pada kami semua. terima kasih Tok..
one day, I'll be an awesome mother and granny just like them! thank you my dear women, I adore you so much. and I promise, I'll make you proud. :)
No comments:
Post a Comment