Sunday 5 December 2010

happy birthday sister!

hihi. kakak aku dah 22 tahun sudah hari ni. tahniah. anda makin tua, tapi makin lama makin kecik. macam mana tu?

eh. apa ntah nak tulis?

okay laa. sebenarnya aku sayang gila la kakak aku ni memandangkan aku hanya ada seorang kakak. ya laah dah anak kedua kan. kakak aku ni pemurah. selagi duit dia tak menunjukkan angka bawah RM50, dia akan guna dan belanja adik-adik. hihi. kalau keluar dengan dia memang heaven laah. duit tambang, makan semua ditanggung dan paling lekeh, dapat sehelai baju baru. cool kan? best ada kakak. banyak benda aku belajar dari kakak aku ni. haha.

1. aku belajar dengar lagu cool.
kalau sekolah rendah dulu kira aku ni pioneer lagu-lagu cool dan mantap laah. ceh. bukan main. konon-konon dulu sangat hebat lah dapat rap lagu Linkin Park dalam kelas. coy. pirahh. lame hang tau, lame!

2. aku belajar pakai baju cool. konon. -.-
HAHA. betul okay. kalau dah kakak aku pakai itu ini nampak sempoi, aku nak jugak. ini orang panggil teringin. lepas tu mula laah nak bodek-bodek.. "bagi kat Oni laah baju/kasut/jeans/tudung ni" bijak kan aku.

3. aku belajar pakai tudung.
kalau aku pakai tudung sekolah senget benget, semua gara-gara badi tudung sekolah kakak aku dulu-dulu yang tak pernah menjadi. lepas tu kan, tengok kakak aku pakai shawl macam rare, aku pon mauuuu. dulu-dulu rare laah. boleh kira ja berapa ramai orang pakai tudung belit-belit. sekarang, bercambah!

4. aku belajar buat muka comel.
oh. ini isolated case laah. bila berjalan dengan kakak aku ja aku akan buat muka comel. kakak aku ni kecik dan comel. aku rasa insecure sebab selalu orang ingat aku ni kakak. damn you. I'm eighteen and she's twenty two!

5. aku belajar untuk bercinta.
HAHA. ini tak boleh blahh. oh. aku simpati jugak laa dengan love life kakak aku ni. sebab dia selalu tak bernasib baik dalam relationship. dan sekarang bila dia dah balik kepada boyfriend zaman sekolah dia, ada pulak mulut bercakap-cakap. nasihat aku, jodoh di tangan Allah. anda apa kuasa nak mempersoal? biar lah. mama aku tak kesah pon. hang sebok-sebok apa hal? takda kerja sangat dah nak buat? kakak aku nak bahagia jugak! hang cilaka pi main jauh-jauh. tak payah nak buat cerita itu ini. kakak aku tak pernah kacau hidup orang pon. booo! you are loser boo! major loser boo!!!

okay. okay. ni cerita lain dah ni. HAHA

6. aku belajar untuk jadi perfect.
bukan main ni. aku selalu nak jadi seorang anak yang paling itu dan ini dalam rumah. wakaka. paling cool, paling macho, paling berani, paling bermasalah, paling keras kepala, paling rajin masak, paling bijak. HAHA. kalau SPM dulu kakak aku dapat 8A, aku mesti kena dapat lagi atas dari itu, which is semua A. shitto. dan sekarang bila dia dah duduk universiti Melayu, dapat anugerah itu ini dan kali ni dapat pointer 3.88, aku stress! esok lusa result aku keluar wei ! apa nak cakap kat mak aku ?
oh. kalau anak paling solehah itu mesti Afini, kalau anak paling manja itu mesti.. semua! HAHA. nanti anak paling bijak pon mesti jatuh ke tangan Afini jugak laah. takpa, takpa. ambik semua dik oi ! Kak Oni tak larat belajaq dah. HAHA

macam-macam lagi laah aku belajar dari dia memandangkan dia seorang jaa role model yang aku ada. selain mama aku laah. untung aku ada kakak..

oh. apa yang aku perhatikan. anak sulung dengan mak memang tak masuk. tapi bila berjauhan tu memang rindu berhabis-habisan laah. tapi balik rumah ja nak bergaduh. selalu aku akan kata "alaa. sebenaq nya mama dengan kakak tu sama jaa perangai, tu yang asyik tak kena tu." dan abah akan gelak. hihi



nampak tak middle child syndrome kat belakang tu? HAHA.

dulu kami macam ni.

sekarang kami macam ni. HAHA

5 comments:

.::WaNiE::. said...

kejap

ko yg mana satu??

huhuhuh

oney said...

hahaha, yang tudung merah laah.
Sama kah? Oh. No! Haha

Myra Arshad said...

hehe. hepy birthday kak khairani :))

Helmie. said...

khairani 22? peh. next year kalau ikut kalender helmie. boleh kahwin ni.

oney said...

HAHA. ikut calender aku pon 23 tu memang afdal laa kawin, subur.
tapi dia ni sebab lahir pon akhir2 tahun, tak cukup matang lagi. HAHA