Thursday 29 April 2010

cinta zaman sekolah

tengah malam ni aku terfikir, cinta zaman sekolah sampai bila boleh bertahan? aku dengan Shahir boleh kah kekal sampai mati? uh. runsing aku fikir. ntah apa tujuan aku bercinta zaman sekolah. budak gedik jaa main cinta zaman sekolah..

berapa banyak sangat couple zaman sekolah yang berjaya kekal sampai menikah. boleh kira dengan jari. tapi semua tu tak mustahil kalau memang itu jodoh yang Allah tetapkan untuk kamu.

pada aku, bercinta zaman sekolah bukan salah. semua tu pengalaman.. pengalaman itu yang membesarkan kita. belajar laah dari apa salah silap, baik buruk sesuatu. bercinta itu jadi salah kalau kau bercinta sampai angau meroyan tak ingat dunia, belajar entah ke mana.

zaman sekolah dulu aku bercinta sama kuat dengan aku belajar. aku semangat nak pergi tusyen sebab ada Shahir. boleh jumpa, sembang sembang, gedik gedik. setiap kelas kami duduk sebelah sebelah. biar lantak apa orang kata. aku tak faham, dia ajar. dia tak faham, aku terangkan. dia mengantuk aku ketuk. sama-sama doakan kejayaan untuk exam. takda nya istilah angau bercinta, lupa belajar. tapi mungkin nasib lebih memihak pada aku waktu tu..

zaman sekolah dulu memang aku asyik berkepit jaa dengan Shahir sampai ada yang naik meluat. apa boleh buat.. kami juga asal dari berkawan. bila couple pon masih macam kawan. takda nya istilah aku bangga ada boyfriend sebab kau takda. karut!

setiap kawan aku mesti mama dan abah kenal. nama apa, tinggal mana, anak siapa. begitu juga Shahir. biarpun mak aku tak pernah cakap dia restu aku bercinta zaman sekolah, tapi at least dia tahu dengan siapa aku paling rapat. dan sampai sekarang pon mak aku akan bertanya itu ini pasal relationship kami sampaikan aku kadang-kadang naik segan.

aku tak nafikan. bercinta zaman sekolah lebih banyak yang buruk dari yang baik. tapi fikir-fikir laah baik buruk sesuatu. kalau tiada langsung pengalaman bercinta, susah jugak..

bercinta zaman sekolah juga hanya buat menambah tekanan. walaupun result kau tip top, kau aktif sukan, sumbang itu ini kepada sekolah, semua itu tertutup kalau kau salah seorang budak yang bercinta zaman sekolah.

tapi bila dah habis sekolah, ini bukan cinta zaman sekolah lagi dah. aku sendiri tak tahu apa species cinta yang aku lalui ni. bila dah habis sekolah jugak, macam-macam benda yang perlu kita fikir. masa depan.. itu yang lebih penting.

kalau dulu aku boleh jumpa Shahir setiap hari waktu sekolah dan tusyen, nanti bila masing-masing ada hidup sendiri di universiti, macam mana? keadaan dah tak sama macam dulu. macam-macam jenis orang lagi aku bakal jumpa, dan masa Shahir untuk aku dan relationship kami dah tak macam sekarang. dia akan sibuk, aku akan sibuk.

aku tak sudah sudah fikir macam mana mau jumpa dia kalau aku cuti sedangkan dia langsung tak ada cuti.. aku sikit pon tak gusar kalau kalau dia terpikat pada yang lain. sebab aku tahu dia bukan begitu. tapi aku? aku sendiri yang aku risaukan. hari-hari aku doa biar ada jodoh kami. sebab dia memang betul betul baik. tapi aku yang agak haru-biru. gila. aku belum bersedia untuk long distance relationship!



huh. otak aku memang kuat bekerja. sebab tu kepala aku besar..

10 comments:

Anati Soki said...

dear.. bercinta zaman skolah is sweet moment. cuba kekalkan okeh!!!!!

NaN said...

oney..kenapa hg slalu post benda yg aku fikir?aneh..btw..nice post!aku pernah merasa duk jaoh..boleh contact masa weekend saja..perit jugak..tapi still boleh survive..apa2 pun..aku doakan yg terbaik untuk semua kawan2 aku..n,n

ayun said...

same -_-

ezne_ezee said...

amat jatuh ati dgn entry nih..
xpa. berdoa byk2 dik..insyaAllah bahagia :)

oney said...

KAK ANATI : yaa. sweet moment, may it last forever. amin. :)


NAN : well. nak tak nak kita akan terfikir jugak benda ni..


AYUNI : berusaha! -__-


KAK EZNE : thanks kak! :D

adibah.anuar said...

dib ska semua post oney lah!..jatuh cinta kali pertama bla bca...hehe...ntahlah...like u...we are in the same boat..pape pn berserah...aduhai...bila dh matang,byk benda len lagi..insyallah..pikir guna akal,bukan ikut kata ati sgt..love will still..=)

oney said...

thanks diebah.
oney main taip ikut suka hati jaa. haha

yep. fikir guna akal.
asalkan tak buat decision guna perasaan kann. :)

Jatt said...

nice post! n,n

alieyanatasha said...

oney, ini semua jodoh. ada yang tak sempat. tapi kat rumah aku ada living proof relationship kat sekolah boleh bertahan. parents aku. sekolah derma dan sekolah sains. hehe

oney said...

hehe. betul tu leya. aku ingat parents hang, terus rasa semangat nak bercinta. haha