Wednesday 3 March 2010

tahi sungguh makcik Myvi RG99**

okay, hari ni mahu cerita pasal perjumpaan persatuan perempuan muda tiada kerja. petang sikit dalam pukul 4 aku keluar rumah. takda arah tuju, jalan jalan dalam The Store tengok Barbie. habis suka suki, aku, Mierah dan Mun gerak pergi library, tempat parking. niat di hati mahu jumpa girlfriends di Roundabout Cafe.

terserempak dengan Ili dan Ena yang baru turun dari skuter. tiba tiba terkejut nampak Nia dan Nan turun dari kereta yang belum sempat keluar dari parking, tersadai. macam kelam kabut jaa nampaknya. 'eh, kenapa ni? aku mesti lakukan sesuatu. bertukar!' aku berkata. erk, takk. bukan. metafora saja. -__-"

okay, serius.

Nan datang pada aku, sempat aku kata, 'nan! comelnya baju!' aku gedik gedik kejap. dan bermula laa detik cemas apabila Nia bagitau, kereta Fadh baru lepas accident. ohh. 'apa sudah jadi dengan adikku?!' dengan lagak bergaya, aku ambil kunci kereta Fadh untuk parking bagi membolehkan laluan berjalan lanacar.

okay, ceritanya begini.

sewaktu Fadh sedang reverse kereta, ada sebuah Myvi hitam yang baru 6 bulan dilahirkan sedang membuat pusingan balik (U-turn) manakala, sebelah kereta Fadh ada sebuah van besar yang menghalang pandangan. Myvi hitam RG99** yang berada di lorong kiri, dengan lajunya datang ke arah kereta Fadh secara mengejut dan terjadi laah sedikit pelanggaran kecil ketika itu. pelanggaran kecil menjadi sedikit besar apabila Myvi hitam kepunyaan makcik berbaju purple bergelang emas, bercincinkan berlian, telah meneruskan perjalanan walaupun telah berlaku pelanggaran. maka, calar laah kereta Myvi barunya dari hadapan kereta sampai ke bontotnya. sungguh tidak masuk akal wahai kamu makcik bertudung Siti berwarna sedondon.

Fadh dengan hemahnya telah berbincang secara baik dengan makcik tuan punya Myvi tersebut. aku lihat dia sedang dileteri sambil makcik tersebut menulis sesuatu di bukunya dan kadang kala aku terlihat makcik tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

makcik tersebut telah menuntut ganti rugi dan mahu membuat laporan polis bagi membolehkan dia mendapat wang insurance. ohh. sangat kurang ajar kamu makcik tamak yang barangkali hanya mahu menambah koleksi barang kemas.

setelah semua salah yang dilembarkan terhadap Fadh seorang, datang pula seorang pakcik berbaju merah yang lagaknya mahu menjadi pengadil. kedatangannya tidak membantu apa-apa malah lebih memburukkan keadaan apabila pakcik tersebut menyokong makcik Myvi untuk membuat laporan polis. tahi sungguh. aku tidak mampu berbuat apa apa. takut nanti aku menjadi kurang ajar.

Fadh menelefon ayahnya. tiba-tiba dia menangis. lagi tidak masuk akal apabila makcik Myvi tersebut dengan lagak baiknya, memujuk Fadh pula kali ini. padahal tadinya dia yang beria-ia menambah pressure Fadh. hehs, takutkan kami bertujuh barangkali.

apabila keadaan bertambah baik, kata sepakat telah dicapai. kami bersurai dangan keputusan, ayah Fadh akan tanggung semua kos baik pulih. puas hati wahai makcik Myvi?! jangan mintak tukar Produa Alza pulak sudah laa ye makcik. gelang emas 4, 5 lapis, cincin berlian kiri kanan, pun masih tamak. dunia.

sesudah itu, kami gerak pergi Roundabout Cafe. makan-makan legakan bengkak.



p/s : aku baru dapat berita, ayah Fadh bayar perempuan tua tu RM700. cilakak, tahi laa. puas la aniya anak yatim macam tu?!

10 comments:

shezz said...

gilok~!! tuh la mslh kalo budak2 bw keta...slalu kena buli...dats y kak syaza suka bw shahir..sbb dia nmpk mcm abg rather than my adek...hahaha

its Atiq said...

okayy..mmg fuck mak cik tuh... pehall.... ngn bdk2 ja pon.... bodooo....

FamousAnynomous said...

entah la,
pandai2 la macik tuh hidup.
tak nampak kot P yg tempek kt kereta.
marah guna akal sixth sense kot.
lucu le, dengan budak bleh jadi.
then, dia sendri yang buat scratch tuh. waklu~~ kesiannnnnnnnnnn..
jadi kat anak dia bru taw!

Fi said...

go oneyyyyyyyyyyyy!
haha makcik u nnt kita p gadai emas dia
sian gila

oney said...

kak syaza : betui. orang lebih tua ni selalu duk pandang rendah kat budak muda bawa kereta, tapi ada yang cekap dari yang dah lama dapat lesen. kita pon belajar jugak. hah. hidung shahir besar, so nampak macam abang. haha

oney said...

atiq : yaa, makcik tu macam tahi.
mak aku pon besa kena depan library,
guna duit sendiri jaa repair,
dah laa time tu yang langgar tu budak takda lesen.
fikir laa sama. GRR

ena si famous anonymous :
aku rasa makcik tu panik, tu yang dia jalan terus then lagi banyak calar. haihh

firah : takpa. doa orang teraniaya dimakbulakn :)

mun said...

pergh , lagak cerita mu begitu mendalam lagi detail , aku menjadi begitu teruja membaca .
BTW , tahniah kepada makcik bergelang emas kerana berjaya menundukkan seorang hamba allah yg lemah lagi tak berdaya .

oney said...

mun : haha, mau duk tau laa aku.
kalau tengah feel memang detail habis aku cerita.
geram tak habis lagi. GRR

Amirah said...

so far masih tak p stalking lagi ye rumah makcik tersebut, haha

oney said...

haha, tu laa pasal, buat malu warga taman guru jaya jaa.