okay, fine, aku tau hari ni dah 4 hari bulan kan, tapi apa kesah, nak cerita tiga februari jugak. banyak aktiviti, banyak benda terjadi, dan aku suka.
3 februari aku bangun awal, bersedia untuk memulakan latihan kereta yang pertama. haha. hari first dah keluar jalan besar, agak cuak, tapi ada pakcik instructor kat sebelah, buat apa nak takot, tak mati punya. Pakcik Mail penat suruh aku slow sikit, sebab asyik nak masuk 60 km/h. gila apa, dia kata paling tinggi 40 km/h jaa dik. bab masuk gear pon aku lemah jugak, mati enjin sekali kat traffic light. haha. okay laa tu, first time latihan kann.
habis latihan tu, pergi KFC, celebrate anniversary laa konon. haha. tu jaa kami mampu. kesah, janji kenyang. then, jalan jalan saja, pergi The Store jumpa cikgu Azaliah dengan cikgu Norizah. haha. kantoi pulakk. takpa, cikgu cikgu tu dah ajar kami dari form 3 lagi. teringat zaman dulu, cikgu Norizah selalu bagi coklat, apollo. best laah form 3 !
okay, lepas tu datang laah Arep, Mierah, Atey dan juga Faris membuat kacau di pekan Kangar. Faris tengah semangat nak sambut Chinese New Year, dah prepare gaya tarian singa terbaru. menyampah aku. haha. Mierah pulak dapat hadiah cincin pertunangan, eceh silap, cincin lamaran pertama. :D
then, bermula laah misi berfutsal. okay, serious best ! dapat jumpa girlfriends, gila lama tak jumpa kan.
walaupun aku tengah period pain yang tak mampu ditahan oleh calang calang, tetap ada gol jugak. well, penyerang utama, haha. namun begitu, kami tewas dengan bergaya. bising satu court bila segerombolan mudi mudi main sepak sepak tendang bola. sungguh tak feminin.
nak gambar ? jum tengok !
tengok, busy kan ? sampai malas nak update blog hari tu, online pon kurang. takpa, best jugak menyibukkan diri, lama dah tak rasa penat macam ni. nanti kita berfutsal lagi yaa kawan kawan. till then, see you ! thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment