Friday, 5 February 2010

takk, aku bukan mamai.

currently, mata aku buta, kaca mata aku patah, lucut screw. aku berasa sangat sedih dan kecewa kerana aku amat sayang padanya. Tsk.

okay, move. bukan nak cerita pasal tu pon. bukan mau mintak simpati pon atas kekecewaan dan kepecahan hati ni. Tsk lagi.

bercerita mengenai hari ini,

semalam aku tidur di bilik kembar, saja, supaya aku mudah terjaga. ada janji dengan Pakcik Mail jam 7.40, tiba tiba dia datang 7.30, nahh, kelam kabut.

semalam seperti malam malam yang lain, aku mengalami insomniac yang kritikal, payah benar untuk aku lelap. jam menunjukkan 2.15 pagi, namun aku masih segar. tiba tiba aku dengar budak kembar menangis, aku dengar pula budak kembar lagi sorang bergelak.
aku senyum, lucu. aku lihat kiri, kanan, atas, kemudian bawah, kelam. gelap. aku lena entah pukul berapa.

tiba tiba aku jaga, terdengar suara mama, 'adik, kakak, bangun meh, mandi, kita pi sekolah, jum' aku dengar bunyi merengek, aku lihat jam, 6.20, awal. aku mahu tidur lagi.
telinga aku terdengar lagi, 'hari ni adik nak pi smart reader ka kelas kafa, pi kelas kafa naa, hari jumaat kita pi smart reader pulak naa' aku dengar budak kembar merengek lagi, 'takpa laa, nanti jadi pandai, haa.'
telinga aku terpasang lagi, 'nanti adik nak pi sekolah asrama macam kakcik dak?' aku dengar budak kembar menjawab, 'nak'. sambil mengangguk, pendek.
'aik. nak tingal mama dengan abah sorang soorang' (ayat pasrah mama)
lepas tu aku lupa. terlelap mungkin.




sah, mak aku teringat anak kesayangan.

No comments: