okay, sila baca title di atas dengan nada lagu Alleycat.
jeng. jeng. jeng.
cepatnya masa berlalu kan, dah February !
aku suka jugak February ni.
nama pon boleh tahan sedap.
zaman sekolah dulu, bulan February selalunya hari sukan, kira gempak laa. macam macam aktiviti, belajar pon tak sangat. bulan ni laa kita bersosial sesama kita. selalunya February akan ada kem orientasi Kadet, time birthday aku pulak tu, so akan dapat birthday wishes yang best. :)
3 Ferbruary 2009, tarikh couple dengan Shahir. haha. baru nak sampai setahun. lambat lagi nak boleh kawin ponn.
11 February, aku dah masuk lapan belas tahun hidup di dunia. tak best ponn. bila dah 18, buat salah undang undang boleh masuk penjara dahh. sikit pon tak best..
aku rasa dah naik umur baru ni, aku nak berubah ke arah lebih baik sikit. aku nak jadi wanita solehah sikit. haha. dan nak matang sikit. sikit jaa tak banyak. nanti tua sebelum usia pulak. apa barang, sikit pon tak best. tak remaja laa. :D
bila umur dah 18, kena fikir masa depan lebih sikit. aku rasa nak menabung. ntah laa, selalu tak jadi bila nak menyimpan duit. aku sangat boros. ini laah sifat syaitan yang ada dalam diri aku sejak dulu.
waktu sekolah dulu, target aku bila dah habis sekolah, umur 18, aku nak cuci muka dengan berdisiplin. sekurang kurangnya tau pakai toner ka foundation ka apa apa. paling kurang sunblock. macam merapu jaa target aku ni. tapi tu laa, aku ingat nak berubah jadi feminin sikit. eii. tak jadi laah. geli geleman pulak aku.
apa apa pun, aku harap February kali ni cukup sempurna buat semua. February 2010 hanya datang sekali. manfaatkan sepenuhnya !
No comments:
Post a Comment