Sunday 21 February 2010

reunion SK Paya batch 2004

Location : Bukit Ayer
Time : 9.00 a.m

first time aku join reunion, tersangat laa best. tak sangka semua berjalan dengan lancar dan kawan kawan semua masih kamceng macam dulu. Alhamdulillah. terima kasih buat kawan kawan yang sudi bersusah payah organize semua ni. jasa anda dikenang ! nanti kita jumpa lagi yaa.


Che Amir, Hasif, Pak Tam and Saiful. Che Amir paling banyak berubah aku rasa, aku perlu 2 minit untuk cam, tu pon selepas kawan kawan bagitau. sumpah lain. besarr ! dulu dulu kecik, bulat, comel jaa, sekarang dah macam bapak budak. haha. dulu aku anti dengan Hasif, sebab dia budak baru, aku tak suka. haha. teruk betul. tapi sekarang baikk jaa, dah jadi kawan baik adik aku dia tu. Saiful masih tetap rendang, tapi ada peningkatan laa, Pak Tam maintain macam selalu.

Zharif and Rahmat. Zharif masih macam dulu, dah tinggi sikit. Rahmat yang dulunya konco Azizi kini bergerak sendiri, makin segak, dulu comel comel jaa, yalaa, muka budak lagi kann. sekarang dah baligh, haha. Azizi si budak gangster tu masih gangster, dia tak dapat join, kena PLKN, Faizah pon PLKN. sedih okay tak dapat jumpa. kami kawan baik sangat dulu.


Pak Din and Atiqah. sekarang ni dah ramai pulak scandal sesama schoolmate sekolah rendah. dulu dulu waktu sekolah rendah masing masing tak pandai mengayat lagi, sekarang neh makin menjadi jadi kawan kawan aku scandal sesama sendiri, haha. Azrul dengan Sharifah, Amali dengan Pak Tam, Wan dengan Atiqah. Amiruddin mungkin dalam proses mengayat, haha. suka jugak aku. bayangkan kalau nanti pergi kenduri kawin classmate sekolah rendah dulu menikah. ahh, best ! haha.


yang tengah tu, Nuraini, best friend aku dari darjah 1 sampai darjah 6. bila naik sekolah menengah dah renggang sikit, dia masuk SBPI Kubang Pasu. dia sangat baik, pandai agama, selalu bimbing aku, sebab aku dulu rock sangat. sekarang dia tetap solehah macam dulu, aku juga yang masih sesat.


Pak Tam and Azrul. memang ramai dah berubah, warna rambut Azrul pon dah karat. memang bajet Korea sungguh. tapi tetap maintain sopan santun. haha. Pak Tam tetap sama macam dulu, suka mengusik, suka mengata, tapi tu semua lawak lawak sajaa. terbaikk.


Wan dah bulat. mentang mentang kerja dekat Mingo Mingo, ayik makan ice cream jaa. dah tu, time buat bbq, sekali dia masak, tiga, empat kali masuk mulut. mana tak bulat. Hasif kata dah macam number 8, jangan jadi 9 pulakk. haha


oney, Atiqah, Wan Faris, Shafaez. team mate, campur sorang lagi, Pojie. Shafaez tensyen apa ntah hari tu, kelam kabut semacam jaa dia. yalaa, dia yang urus semua, tapi ada pulak yang buat banyak songeh. terima kasih kawan !

best friend. kawan kawan perempuan aku dulu banyak yang sekolah agama, memang terbaik jadi calon isteri.

yang duduk tu, Amiruddin aka Pak Din dan Muhaimin. best laah, kami semua tetap rapat macam dulu. sembang, bergelak macam dulu dulu, macam dah berjumpa setiap hari. kalau boleh, biar begini sampai bila bila. semoga kita jumpa lagi kawan kawan.


belakang dari kiri : Azrul Syafiq, Shafaez, Izzat aka Tam, Sazali, Amiruddin aka Pak Din, Wan Faris, Zharif, Rahmat, Asyraf, Muhaimin, Hasif, Nazrin, Saiful aka Pon, Che Amir.
duduk dari kiri : Hani, Nadia, Nuraini, Amali, Solehah, Sharifah, Ili, oney, Munirah, Atiqah, Nooraini.

4 comments:

its Atiq said...

hehe.. amboih.. syok tgkk

oney said...

haha, serious syokk :D

ファウジ said...

haha..seronok ssgt..nnt buat lg ea

oney said...

yeahh, nanti memang nak buat lagi,
hang wajib hadir :)