Tuesday, 23 February 2010

habis bosan lah?!

sekarang ni aku di tahap kebosanan yang melampau, kerja pun takda, kalau ada pun malas gila nak buat. kerja aku asyik online jaa, kalau aku tahap super bosan tu, tengah online pon boleh tidur. yalaa, aku online atas katil beb, aku tidur lebih membahagiakan. sejak tak pergi sekolah, aku dah tinggakan banyak jejak di alam maya ni, bosan punya pasal wehh.

kalau teringin nak lepak bersama, boleh join aku kat twitter dan plurk. yalaa, shout box kecik tu mana puas nak sempang panjang. kalau YM aku tersangat laa malas sebab banyak sangat email tak kenal, ntah mana dapatnya email buruk aku, semak ajaa. twitter aku baru setahun jagung, jangan gelak tengok follower baru 6 orang. haha. kemajuan teknologi ni aku memang lembap sikit.

kalau rasa nak tambah friend add saja di facebook. tapi pastikan ada gambar dan sekurang kurangnya nama sendiri yaa. aku pasti kenal. kawan tadika pon aku ingat.
sila elakkan : nama saya abu, panggil saya danish, atau nama saya balkis, panggil saya bell kysh.
lepas tu tanya aku, 'kenal tak ni siapa?' bila dijawab 'takk kenal laa, siapa tah, sorry.' kau kata sombong pulak lupa kawan.
ohh, tidakk. baik letak nama penuh macam dalam surat beranak. bangga abah aku.

kalau teringin nak tanya soalan pedas atau yang terbuku di hati dan yang dah lama terpendam menjadi kesumat, boleh pergi formspring.me malu bertanya sesat jalan tau, haha. tanya saja, aku jawab semua panjang lebar dengan explanation.

maaf le, aku dah delete account myspace aku, semakk. menci aw udak udak bawu na up komen gewdik gewdik suh komen pix un. friend request dew dewkat 60 uh. banya an. top le myspace wa cakap lu. Zzz

okay, sampai sini sudah, nak muntah darah sat. jumpa lagi !

No comments: