semalam aku tidur di sekolah, budak budak Kadet Polis Wanita SMK Derma masih dengan tradisi turun temurun, adakan Kem Orientasi setiap awal tahun yang boleh dikatakan tujuannya untuk merapatkan hubungan antara ahli ahli kadet. tidak keterlaluan kalau dikatakan, hubungan kami memang erat. disiplin kami utuh. pencapaian kami gemilang namun tidak cukup terbilang, kurang publisiti mungkin, kerana kami sibuk berlatih, lupa untuk adakan sesi publisiti murahan walau untuk seketika. oh, mungkin kami lebih utamakan konsep kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
budak Kadet sekarang untung, senior semua baik, jurulatih baru, Encik Razak, tak segarang Cik Tasiron. oh, rindu pada dia yang sudah umpama bapa. Cikgu Fadzillah masih kuat menyokong seperti dulu. terima kasih cikgu.
eh, kantin sekolah dah berubah wajah, dah bertukar petugas, Mak Lang namanya. makanan sedap, layanan mesra, murah pula katanya. bagus laah, kami tumpang gembira. tak perlu lagi asyik makan nasi ayam kuah sambal kan.
apa apa pun, jum tengok gambar. :)
2 comments:
woah ,
rinduu sekolah
:(
haha, takpa fath,
nak ambik result nanti kita pi sekolah ramai ramai :D
Post a Comment