Wednesday, 10 February 2010

hari terakhir.

hari ni hari terakhir aku jadi budak tujuh belas, lepas ni aku bukan bawah umur lagi dahh. hampehh. sikit pon tak best. buat salah undang undang boleh masuk jail dahh. gila. aku kena jaga diri lebih.

erk, aku takda motif pon update kali ni sebenarnya, saja aku nak menulis buat kali terakhir sebagai budak 17 tahun 364 hari. haha. lepas ni dah takda istilah 'sweet seventeen' lagi dahh. okay, cuba tukar jadi 'sweet eighteen' gila tak best wehh. so kawan kawan, adik adik, nikmatilah umur tujuh belas anda. haha. cehh, cakap bajet macam besar habis umur lapan belas kau. -___-

okay, bila umur aku masuk lapan belas tanggal 11.05 pagi esok, aku akan cuba nak matang sikit dari segi pemikiran dan tindak tanduk aku. nak cuba kawal marah sikit, kawal bebai bebai sikit. kasihan Shahir dohh. haha. sekarang pon aku banyak berubah. dah boleh kawal temper, rasanya laah. at least aku try.

dan paling penting, jangan tinggal solat ! kalau boleh tak mau lagi sembahyang akhir akhir waktu. makruh, silap silap tak diterima dahh. haih. leka dengan dunia.

umur makin meningkat, aku dah besar. kena fikir baik buruk lebih mendalam laa. lepas ni kalau aku duduk hostel, mana ada mak ayah nak tolong buat apa apa, nasihat itu ini. takda dahhhh. okay sedih ! Tsk. hidup masih panjang, perjalanan masih jauh. apa apa pon boleh jadi. aku harap aku masih Auni yang dulu walaupun di mana aku berada nanti.

aku harap umur lapan belas ni boleh jadi satu turning point yang gila berkesan dan mujarab buat aku. aku mahu berubah ke arah kebaikan, nak tinggalkan segala yang buruk seboleh bolehnya. aku berazam nehh ! doa doakan laah aku panjang umur, sempat kawin dan ada anak untuk doakan aku nanti. -_-"





p/s : aku lapan belas ! boleh tengok blue, hahaha

3 comments:

myra arshad (: said...

haha, kira nk tgk blue .cehh!

pojie said...

smoga hg pndai masak mknn berzat..kesian shahir nnt.hahaha

oney said...

kak myra : haha ! melawak jaa tuhh, haha. tak sanggup ahh :D

pojie : aku pandai masak apa,
tapi malas ahh bagitau hang, haha