Wednesday 13 April 2011

tamat asasi.

gembira, sedih, puas, risau, semua bersatu. kalau nak diceritakan semua memori satu persatu, memang mustahil lah. aku pon tak tau nak describe macam mana. sebab pengalaman menjadi salah seorang pelajar asasi Alam Bina, UM, sangat hebat. aku kira, tak ada program asasi yang sehebat Alam Bina. serius! sebab apa? sebab kami awesome dan kami okay!

banyak sangat yang aku belajar sepanjang 10 bulan di sini. Alhamdulillah. siapa sangka aku dapat belajar Design? cita-cita dari sekolah menengah untuk bergelar arkitek mungkin akan termakbul, mungkin. cuma satu langkah sahaja lagi akan tercapai, InsyaAllah. dengan izin Mu ya Allah. tak sangka. dulu memberontak dengan abah bila dia larang ambik LK waktu sekolah menengah dan terpaksa ambik Biology. sampaikan 2 tahun aku langsung lari dari minat melukis dan seni. rebel lah konon. ahh. sekarang kan dah makan diri. sekarang baru tau apa rasionalnya keputusan abah. sebab, tak mustahil untuk mula balik dari bawah walupun tak ada asas, tak ada bakat. asalkan ada passion!

betul lah cakap-cakap orang, semua benda ada hikmahnya. ada hikmahnya aku tak dapat JPA luar negara untuk Quantity Surveying. sebab apa? sebab Allah nak aku belajar benda yang aku nak sangat dari dulu. benda ni lah. benda sekarang ni. ALAM BINA! memang keputusan aku waktu minggu haluansiswa dulu untuk tukar dari Sains Fizikal masuk Alam Bina adalah tepat! ini lah yang aku nak. bukan sains semata-mata. dan aku juga dapat merasa ada dalam satu keluarga besar yang best gila awesome!

mungkin aku tak pandai nak buat ayat proper, atau tak pandai nak bermadah bagai. atau mungkin otak aku terlalu lembap untuk fikir semua tu. tapi, ketahui lah kamu semua, aku tersangat amat bersyukur menjadi salah seorang antara kamu semua. kalau lah diberi peluang, aku harap dapat kenal setiap orang lebih rapat. sebab aku tau, setiap orang antara kamu semua sangat cool, sangat awesome! dan kalau ada salah silap, cakap kasar, lawak bodoh, terkutuk atau mengutuk, tu semua tanda sayang. maka, tolong maafkan aku.. ampun semua! semoga cuti 5 bulan tak merubah apa apa. jumpa lagi nanti! take care ABians :)

Jumaat ni pulak ialah hari terakhir kita semua. juga hari terakhir aku sebilik dengan Anim. sedih. kalau lah aku boleh tulis dalam greeting card dengan ayat yang proper dan tak nampak awkward, nak saja aku bagitau betapa aku bersyukur dan sayang dia sebagai roommate aku. atau mungkin senang cerita, aku sayang semua benda yang ada di keliling aku sekarang. kau rasa aku ada di sekeliling kau? ya, aku sayang kau!








ihsan gambar :
kawan-kawan yang rajin menge-tag di facebook.
terima kasih !

9 comments:

http://apy-10.blogspot.com/ said...

gud luck become the architect..
architect rules!

oney said...

yeah! insyaAllah.
thanks bakal arkitek :D

Diebah said...

asyik bc blog oney je...nih br reti nk comment..hehe...btw...sekejap je kan 10 bulan?...>.<..oney dh hbs asasi..hehe...semoga oney dpt jd arkitek yg berjaya di masa akan datang...hehe

oney said...

thanks Dieb sebab asyik baca, haha. ingat takda orang duk baca pon.. =p

insyaAllah Oni akan jadi arkitek nanti.. thanks :)

Mira Mahfut said...

salam...
nak tanya sikit boleh.. saya ni lepasan spm 2011.asasi alam bina ni subject2 yang bakal dipelajari nanti tough tak? susah ke? kalau boleh, list kan subject nya. thank you :)

Anonymous said...

sy pom dpt asasi alam bina kt um...sub ape yg akan d plajari kelak...hihi

Anonymous said...

Sy nak tanya, akak dpt brapa spm? Sb sy dpt 5 a ja layak ka saya ke asasi alam bina ni? Saya amat berminat tp mcm x dak harapan ja :( mohon akak reply :)

Anonymous said...

nak tanye...boleh ke smbung degree ke luar negara selepas asasi alam bina?

Anonymous said...

Maybe this will be pretty helpful :)

http://theainazulaiha.blogspot.com/2014/05/asasi-alam-bina-universiti-malaya.html