apa punya title, apa punya content. aku pon tak tau.. update saja memandangkan aku dah rindu sangat nak menaip. setiap kali online aku buka "new post" tapi lepas tulis 2, 3 ayat, aku blah. heh. masa lebih berharga dari ketul emas. aku busy faham tak?! busy!! heh. tapi busy tak buat apa. tengok tengok dah tukar hari lain. bodoh.
tapi kalau masa itu emas, kalau dah ada emas, buat apa nak masa lagi? dah cukup kaya. tak perlu lah nak belajar susah susah, kerja teruk teruk. kan? duit lah segala-galanya dalam dunia ni. duit boleh beli orang. dengan duit kau boleh rangkul dunia.. tapi kau dah cukup amal untuk akhirat? hah. di situ lah gunanya masa..
oh. okay. berbalik kepada cerita aku.
minggu lepas ialah minggu yang paling sangat amat tough untuk aku. nampak tak!? paling sangat amat dahsyat tahap kucar kacirnya hidup. 4 hari jatuh demam di saat saat genting nak kena hantar project Basic Design dan minggu depannya pulak final exam. nampak tak?! hanya orang kuat saja boleh bertahan. iaitu aku. sebab aku tahu aku kuat. dan aku tahu aku boleh buat!
dan aku tak akan boleh siapkan projek akhir ni kalau tak ada bantuan. terima kasih Mohd Shahir bin Kholim sebab susah susah berjaga malam sampai pagi, tolong siapkan project. boleh dikatakan lebih 50% dia yang buat. terima kasih. memang lepas ni boleh tukar ambik architecture lah! buat kerja dengan tekun dan teliti. haha. sangat teliti potong kayu semua. belum dikira bertukang buat mini pagola, kerusi dan meja. haha. memang tenaga buruh yang sangat diperlukan di waktu genting. bayangkan tengah lukis elevation sempat dia terlelap lepas tu bangun tanya "bintang".. haha. lawak tak payah cakap laa. orang tak biasa tak tidur. lain lah aku.. dah immune sangat dah. heh. terima kasih sekali lagi.
aku akan rindu nak buat projek-projek ni semua. walaupun kadang-kadang rasa terbeban. mencarut, maki hamun, berhabis duit, korban tidur, lupa makan, sakit. tapi bila dah siap semua, puas! result yang elok tu sebagai bonus lah. harap-harap aku berpeluang belajar architecture untuk degree nanti.. sebab aku dah jumpa passion yang aku cari selama ni.. kalau tak dapat tu, tak ada rezeki lah kot.. pasrah. Allah lebih tau apa yang baik untuk hidup kita.
minggu ni, sudah 3 paper selesai. Macroeconomics, Physics and Chemistry, dan Introduction to Construction and Technology. ketiga-tiganya lingkup. aku tak tau apa nak jadi. bak kata seorang superior Alam Bina, project Art dan Basic Design ibarat pekerjaan aku suatu masa nanti, exam ibarat rumahtangga. kalau kepala asyik fikir pasal projek, memang lingkup lah exam. kalau kepala asyik fikir pasal kerja, tunggang langgang lah keluarga.
itu lah terjadi kepada aku sekarang. otak lembap. sedih ada jugak sikit sikit. sebab dulu aku bijak.. haha. sekarang ni, satu ayat kena ulang berkali-kali, baru masuk dalam kepala. bengap.
aku sangat berterima kasih dekat seseorang. dia lah selalu percaya yang aku boleh buat walaupun waktu tu aku rasa aku tak boleh sangat sangat. dia lah yang selalu puji hasil kerja aku bila tengok gambar-gambar projek aku walaupun sebenarnya artwork aku hanyalah picisan. dia lah yang selalu cakap aku kretif macam abah walaupun sebenarnya aku ni tak ada apa apa talent pon. dia lah yang selalu bagi kata-kata semangat dan ajarkan aku doa di waktu hidup aku kucar-kacir dengan kerja. dia lah mama! terima kasih mama sebab selalu percaya pada Oni dan support dari atas sampai bawah. terima kasih.
rasa nak menangis pulak cakap macam ni, haha. dan aku rasa ada air hangat yang jatuh sekarang ni. okay. tak perlu lah malu nak menangis untuk keluarga kita. sebab keluarga lah segala-galanya yang kita ada. semua benda dalam dunia ni hanya pinjaman. tak mustahil mereka diambil balik, sebab mereka bukan milik kita. dan kita sendiri bukan hak kita. maka, hidup biar bersungguh-sungguh!
untuk ABians sekalian, kita semua ialah superior!
tak semua orang boleh tempuhi apa yang kita lalui..
maka, selamat tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah untuk diri sendiri!
Simulation of Moods.
scary, curiosity, grand and confused.
No comments:
Post a Comment