Friday, 29 April 2011

Home.

hello there.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

how's life everyone? mine's pretty good, Alhamdulillah. I cherish every moments spend at home even though there's nothing much to do, the same routine going on day by day.. but there's nothing to complain. not even a sigh or a thought of boredom (for now). this is what I've been waiting for.. Home and a loooong holiday.

I just love the smell of Home, the presence of family, the priceless moments with my twin little sisters, the fridge with full of foods and dutch lady's milk, home cooked meal, I enjoy cooking and baking (soon), crossing legs on the couch like a boss, watching sports, home wifi, own bed, pillows and comforters, purple painted walls and white ceiling on my room, and not to forget, super duper cool and awesome friends..

I just love every single thing about Home. there's nothing to worry. and everything seems so nice, cosy and safe.

soon, I'll look for a job. maybe I'll go for a part time teacher or casher (?) blerghh. even though I hate working with a fix schedule, but I have too. I need money! and experience, of course. and maybe I'll look for a construction firm around Kangar if there's any part time work that I can do.. insyaAllah. tengok lah kalau rajin.. everyday I don't feel like doing anything.. *gaya Mars Bruno dan konco-konco monyetnya*

there's a lot more to do! I want to polish my guitar skill and play keyboard sometimes.. so the keyboard in my house would not be just a deco.. I want to sketch frequently and learn how to draw and colour so that I won't be so down in the class because of this disability. I want to be a better person, a good daughter and an awesome friend. and I wanna go to SMK Derma tayang muka dan bermesra dengan cikgu-cikgu sambil mengimbau kenangan lalu.. because once Dermarian always a Dermarian!

so, yaa! that's it. till then, see ya again! choy. I don't know when is it, maybe tomorrow, maybe tonight, maybe next week? I'll write if I want to. so, have a great day everyone. whoever you are, thank you for coming and sorry for taking your time. take care and.. enjoy your time whenever, wherever you are cause time that past, will never return. so, grab the chance and live your life to the fullest!

Thursday, 21 April 2011

Coming Home.

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

seminggu sudah tamat asasi. apa rasa? 50-50. sama. tak ada rasa aku kira.. memang seronok nak balik rumah. 2 bulan tak nampak rumah.. tapi nak tinggal apa yang ada di sini bukan senang. dah sebati. 5 bulan nampak lama, tapi sekejap saja. sekarang pon dah akhir April bukan? aku sedih sebenarnya. takut nanti haluan kita tak sama. tapi aku rasa, rezeki kita ada, insyaAllah.

dari sebelum pergi Tioman, on the way balik dari Tioman, lunch terakhir di De' Chiangmai Sungai Buloh, balik kolej, dalam kereta asyik dengar "Coming Home" ja ulang-ulang. kebetulan ka apa benda, aku pon tak tau.. kami semua meninggalkan Amal seorang di KL.

hari-hari akhir kita, selalu kita harapkan hari paling akhir nanti akan ada proper good bye.. tapi aku tak mampu. kalau proper good bye aku maknanya dari bersalam, berpeluk, berucap, naik kereta semuanya basah kuyup dengan air mata, siang sampai malam. bab menangis aku memang paling lame, langsung tak cool. tapi aku kira, tak payah lah ada proper good bye untuk kita. biar tak ada titik dalam persahabatan kita. sebab aku tau, kita akan tetap akan bersama, lama.









Amal, AC, Fendi, Mai.

thank you for spending time with me.
thank you for your motivation and support.
thank you for the memories.
and for everything you've done,
thank you, friends.

I'm sorry if I hurt you.
I'm sorry if I bother you.
I'm sorry if I burden you.
and for everything wrong I've done till now,
I'm sorry.


__________________________________________________________

malam ni dah balik rumah! yeah!
mama, abah,
Eman, baby..
kawan-kawan,
Perlis.
tunggu!
Oni bawak balik muka hitam mengelupas. :)

kenapa balik lewat?
salahkan Afini.
nak jumpa dia punya pasal.
susah gila nak jumpa orang duduk dalam penjara ni..
kthxbye! nak jemput orang bebas dari pejara Cyberjaya. haha

Friday, 15 April 2011

malam akhir.

kemain lagi tau. Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat akhir, malam akhir, makan akhir, berak akhir. semua nak akhir. over betul minah ni. ya, sama jugak rasa waktu kali akhir zaman sekolah dulu. rasa sayang nak tinggal environment yang dah sebati dengan hidup.

environment happy, busy, kusut, ahh. semua lah. dan tak dilupa, shopping malls, Art Friend, Bukit Bintang, Dool Store, wayang, McD, Wendy's, Kenny Rogers, dan semua yang tak ada di Perlis. tapi Perlis ada rumah aku, family, kawan-kawan, laksa kuala, kuey teaw sup, tomyam, semua la beb yang tak ada kat sini. rindu Perlis..

for sure akan rindu sini jugak. heh. lepas ni dah tak boleh keluar weekend dengan Shahir. haih. ni baru long distance relationship! tahan tak tahan, kena tahan! so Shahir, cari lah partner seorang dua buat bekal keluar berjalan. haha

esok sejurus selepas habis paper English, aku, Amal, AC, Fendi akan ke Pulau Tioman! yeay! sedikit terkilan sebab Mai tak dapat join.. but I'm sure that this is not our last vacation together. so, nanti kita pergi ramai ramai okay. ya, doakan kami selamat pergi dan balik. :)

ya, wahai laptop, ini lah kali akhir UM-Wifi-Student berkhidmat untuk kau. say bye bye crappy arubanetworks!! :D

Wednesday, 13 April 2011

tamat asasi.

gembira, sedih, puas, risau, semua bersatu. kalau nak diceritakan semua memori satu persatu, memang mustahil lah. aku pon tak tau nak describe macam mana. sebab pengalaman menjadi salah seorang pelajar asasi Alam Bina, UM, sangat hebat. aku kira, tak ada program asasi yang sehebat Alam Bina. serius! sebab apa? sebab kami awesome dan kami okay!

banyak sangat yang aku belajar sepanjang 10 bulan di sini. Alhamdulillah. siapa sangka aku dapat belajar Design? cita-cita dari sekolah menengah untuk bergelar arkitek mungkin akan termakbul, mungkin. cuma satu langkah sahaja lagi akan tercapai, InsyaAllah. dengan izin Mu ya Allah. tak sangka. dulu memberontak dengan abah bila dia larang ambik LK waktu sekolah menengah dan terpaksa ambik Biology. sampaikan 2 tahun aku langsung lari dari minat melukis dan seni. rebel lah konon. ahh. sekarang kan dah makan diri. sekarang baru tau apa rasionalnya keputusan abah. sebab, tak mustahil untuk mula balik dari bawah walupun tak ada asas, tak ada bakat. asalkan ada passion!

betul lah cakap-cakap orang, semua benda ada hikmahnya. ada hikmahnya aku tak dapat JPA luar negara untuk Quantity Surveying. sebab apa? sebab Allah nak aku belajar benda yang aku nak sangat dari dulu. benda ni lah. benda sekarang ni. ALAM BINA! memang keputusan aku waktu minggu haluansiswa dulu untuk tukar dari Sains Fizikal masuk Alam Bina adalah tepat! ini lah yang aku nak. bukan sains semata-mata. dan aku juga dapat merasa ada dalam satu keluarga besar yang best gila awesome!

mungkin aku tak pandai nak buat ayat proper, atau tak pandai nak bermadah bagai. atau mungkin otak aku terlalu lembap untuk fikir semua tu. tapi, ketahui lah kamu semua, aku tersangat amat bersyukur menjadi salah seorang antara kamu semua. kalau lah diberi peluang, aku harap dapat kenal setiap orang lebih rapat. sebab aku tau, setiap orang antara kamu semua sangat cool, sangat awesome! dan kalau ada salah silap, cakap kasar, lawak bodoh, terkutuk atau mengutuk, tu semua tanda sayang. maka, tolong maafkan aku.. ampun semua! semoga cuti 5 bulan tak merubah apa apa. jumpa lagi nanti! take care ABians :)

Jumaat ni pulak ialah hari terakhir kita semua. juga hari terakhir aku sebilik dengan Anim. sedih. kalau lah aku boleh tulis dalam greeting card dengan ayat yang proper dan tak nampak awkward, nak saja aku bagitau betapa aku bersyukur dan sayang dia sebagai roommate aku. atau mungkin senang cerita, aku sayang semua benda yang ada di keliling aku sekarang. kau rasa aku ada di sekeliling kau? ya, aku sayang kau!








ihsan gambar :
kawan-kawan yang rajin menge-tag di facebook.
terima kasih !

Saturday, 9 April 2011

hai ha hai.

apa punya title, apa punya content. aku pon tak tau.. update saja memandangkan aku dah rindu sangat nak menaip. setiap kali online aku buka "new post" tapi lepas tulis 2, 3 ayat, aku blah. heh. masa lebih berharga dari ketul emas. aku busy faham tak?! busy!! heh. tapi busy tak buat apa. tengok tengok dah tukar hari lain. bodoh.

tapi kalau masa itu emas, kalau dah ada emas, buat apa nak masa lagi? dah cukup kaya. tak perlu lah nak belajar susah susah, kerja teruk teruk. kan? duit lah segala-galanya dalam dunia ni. duit boleh beli orang. dengan duit kau boleh rangkul dunia.. tapi kau dah cukup amal untuk akhirat? hah. di situ lah gunanya masa..

oh. okay. berbalik kepada cerita aku.

minggu lepas ialah minggu yang paling sangat amat tough untuk aku. nampak tak!? paling sangat amat dahsyat tahap kucar kacirnya hidup. 4 hari jatuh demam di saat saat genting nak kena hantar project Basic Design dan minggu depannya pulak final exam. nampak tak?! hanya orang kuat saja boleh bertahan. iaitu aku. sebab aku tahu aku kuat. dan aku tahu aku boleh buat!

dan aku tak akan boleh siapkan projek akhir ni kalau tak ada bantuan. terima kasih Mohd Shahir bin Kholim sebab susah susah berjaga malam sampai pagi, tolong siapkan project. boleh dikatakan lebih 50% dia yang buat. terima kasih. memang lepas ni boleh tukar ambik architecture lah! buat kerja dengan tekun dan teliti. haha. sangat teliti potong kayu semua. belum dikira bertukang buat mini pagola, kerusi dan meja. haha. memang tenaga buruh yang sangat diperlukan di waktu genting. bayangkan tengah lukis elevation sempat dia terlelap lepas tu bangun tanya "bintang".. haha. lawak tak payah cakap laa. orang tak biasa tak tidur. lain lah aku.. dah immune sangat dah. heh. terima kasih sekali lagi.

dan mungkin kalau aku tak demam, dan tak malas, mungkin aku boleh buat lebih baik. syukur Alhamdulillah. untuk project ni, aku dapat A-/A. sebab apa dapat macam tu? aku pon tak tau. sebab aku punya biasa sangat, tak cukup umph. mungkin waktu tu mood Prof baik. heh. aku bersyukur sangat lepas ni dah tak jumpa Prof Jaapaq tu lagi. setiap kali dengar hilai tawa dia gelakkan design orang, hati aku sakit. bagi aku, kutukan diiringi jenaka bodoh dan perlambangan yang bukan-bukan untuk hasil kerja orang lain ialah sangat kurang ajar. tak kisah lah apa pangkat kau sekali pun, raja, sultan, perdana menteri, atau Prof, kau tak layak disanjungi. hanya sekadar rasa hormat untuk orang yang lebih tua. kan lebih elok kalau Prof macam En. Taufiq.. terima kasih En. Taufiq atas tunjuk ajar selama ni. ingat kawan-kawan. kalau jadi arkitek nanti, jangan jadi macam ayam.. bila dah dapat terbang dengan kepak, lupa diri yang sebenarnya dia ada kaki. lainlah burung, dia memang dilahirkan boleh terbang walaupun ada kaki.

aku akan rindu nak buat projek-projek ni semua. walaupun kadang-kadang rasa terbeban. mencarut, maki hamun, berhabis duit, korban tidur, lupa makan, sakit. tapi bila dah siap semua, puas! result yang elok tu sebagai bonus lah. harap-harap aku berpeluang belajar architecture untuk degree nanti.. sebab aku dah jumpa passion yang aku cari selama ni.. kalau tak dapat tu, tak ada rezeki lah kot.. pasrah. Allah lebih tau apa yang baik untuk hidup kita.

minggu ni, sudah 3 paper selesai. Macroeconomics, Physics and Chemistry, dan Introduction to Construction and Technology. ketiga-tiganya lingkup. aku tak tau apa nak jadi. bak kata seorang superior Alam Bina, project Art dan Basic Design ibarat pekerjaan aku suatu masa nanti, exam ibarat rumahtangga. kalau kepala asyik fikir pasal projek, memang lingkup lah exam. kalau kepala asyik fikir pasal kerja, tunggang langgang lah keluarga.

itu lah terjadi kepada aku sekarang. otak lembap. sedih ada jugak sikit sikit. sebab dulu aku bijak.. haha. sekarang ni, satu ayat kena ulang berkali-kali, baru masuk dalam kepala. bengap.

aku sangat berterima kasih dekat seseorang. dia lah selalu percaya yang aku boleh buat walaupun waktu tu aku rasa aku tak boleh sangat sangat. dia lah yang selalu puji hasil kerja aku bila tengok gambar-gambar projek aku walaupun sebenarnya artwork aku hanyalah picisan. dia lah yang selalu cakap aku kretif macam abah walaupun sebenarnya aku ni tak ada apa apa talent pon. dia lah yang selalu bagi kata-kata semangat dan ajarkan aku doa di waktu hidup aku kucar-kacir dengan kerja. dia lah mama! terima kasih mama sebab selalu percaya pada Oni dan support dari atas sampai bawah. terima kasih.

rasa nak menangis pulak cakap macam ni, haha. dan aku rasa ada air hangat yang jatuh sekarang ni. okay. tak perlu lah malu nak menangis untuk keluarga kita. sebab keluarga lah segala-galanya yang kita ada. semua benda dalam dunia ni hanya pinjaman. tak mustahil mereka diambil balik, sebab mereka bukan milik kita. dan kita sendiri bukan hak kita. maka, hidup biar bersungguh-sungguh!

untuk ABians sekalian, kita semua ialah superior!
tak semua orang boleh tempuhi apa yang kita lalui..
maka, selamat tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah untuk diri sendiri!



Simulation of Moods.
scary, curiosity, grand and confused.